Posts

Showing posts from 2018

3 Bulan Untuk Mengambil Kad Bantuan Teksi 1Malaysia

Image
MAKLUMAT TERKINI MENGENAI PENGAMBILAN
KAD BANTUAN TEKSI 1MALAYSIA



15 April 2018 – Berikutan sambutan yang menggalakkan daripada para pemandu teksi
terhadap Kad Bantuan Teksi 1Malaysia pada 13 April, Suruhanjaya Pengangkutan Awam
Darat (SPAD) ingin memaklumkan bahawa warga pemandu tidak perlu risau kerana SPAD
telah menyediakan 67,000 kad bantuan untuk mereka.

Tambahan pula, pemandu teksi diberi tempoh selama 3 bulan (dari 16 April sehingga 16
Julai 2018) untuk mengambil kad bantuan tersebut dari pejabat-pejabat cawangan SPAD
seperti yang tertera di dalam lampiran di bawah. Segala urusan pengambilan kad ini
adalah tertakluk kepada waktu pejabat dan hari-hari kelepasan am setempat. Tarikh dan
tempat pengambilan untuk para pemandu di Sabah dan Sarawak akan diumumkan dalam
masa terdekat oleh pejabat Lembaga Pelesenan Kenderaan Perdagangan (LPKP) Sabah dan
Sarawak.

Semua kad bantuan akan diaktifkan setelah diambil oleh pemandu teksi dan mereka boleh
membelanjakan nilai sehingga RM800 untuk…

Kenyataan SPAD mengenai insiden agihan Kad Bantuan Teksi 1 Malaysia

Image
Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) telah mengeluarkan kenyataan mengenai insiden berebut untuk ambil Kad Kad Bantuan Teksi 1Malaysia di MAEPS,Serdang petang Jumaat.

Menurutnya seramai 30 orang pemandu teksi mengalami kecederaan ringan dalam insiden itu .

Pemandu-pemandu yang terlibat telah menerima rawatan serta-merta, manakala seorang lagi individu telah mengalami kecederaan dan terpaksa dibawa ke hospital bagi menerima rawatan selanjutnya.

SPAD akan menanggung kos perubatan bagi individu tersebut.
Anggota penguatkuasaan SPAD, PDRM dan RELA telah mengambil tindakan serta-merta untuk mengawal keadaan dan pada jam 7.00 malam keadaan sudah terkawal.

Insiden yang tidak diingini ini telah berlaku akibat segelintir para hadirin yang tidak mematuhi langkah-langkah pengurusan kawalan sistematik yang disediakan apabila mereka masuk ke dewan pengambilan kad.

Seramai 12,000 pemandu teksi telah hadir dan didapati sebahagian besar pemandu-pemandu teksi tersebut telah memberi…

Pemandu teksi pula dapat durian runtuh dari PM…

Image
Seramai 67,000 pemandu teksi di seluruh negara dapat khabar gembira dari Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.

Beliau mengumumkan pemberian Kad Bantuan Teksi 1 Malaysia yang bernilai RM800.

Ia merupakan kad prabayar yang boleh diguna untuk membeli petrol dan NGV Petronas.

Pengumuman itu dibuat dalam himpunan bersama 10,000 warga teksi di MAEPS, Serdang pada Jumaat.

Najib memberitahu pemberian kad berkenaan melibatkan dana RM53.6 juta.
Kad berkenaan juga membolehkan mereka mendapat kemudahan lain di bawah program kesetiaan Mesra (Petronas) termasuk pelindungan insurans kemalangan peribadi sehingga RM50 ribu.
"Saya percaya dengan penggunaan kad ini pemandu teksi dapat mengurangkan kos operasi harian, dan dengan itu meningkatkan pendapatan" katanya.

Satu lagi berita gembira yang diumumkan oleh Perdana Menteri pada majlis itu ialah pemandu teksi yang layak memohon Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) tetapi gagal kerana berdaftar sebagai pemilik syarikat dengan Suruha…

Handal Indah akan kedalikan myBAS Johor Bahru

Image
SPAD MEMETERAI KONTRAK myBAS JOHOR BAHRU

11 April 2018, Johor Bahru – Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) pada hari ini
telah memeterai kontrak bersama Handal Indah Sdn Bhd (Handal Indah) yang menandakan
pra-pelancaran perkhidmatan myBAS Johor Bahru di bawah program Transformasi Bas
Berhenti-henti (SBST).

Kontrak tersebut telah ditandatangani oleh Ketua Pegawai Operasi SPAD, Puan Qamar Wan
Noor, dan Pengarah Urusan Handal Indah, En. Lim Han Weng. Pemeteraian kontrak tersebut
telah disaksikan oleh Menteri Besar Johor, YAB Dato’ Sri Mohamed Khaled Nordin dan
Pemangku Pengerusi SPAD Tan Sri Datuk Seri Utama Mohd Isa Abdul Samad.

Perkhidmatan myBAS di Johor Bahru akan memperkenalkan 27 laluan utama dan perantara
yang mencecah jarak perjalanan 16.8 juta kilometer setahun, dengan kekerapan setiap 20
minit berbanding kekerapan setiap 30 minit sebelum ini. Ini akan membolehkan pengguna
di Johor Bahru dan kawasan sekitar untuk menikmati perkhidmatan bas yang boleh
dipercayai dan serta lebih menyelu…

Hak Pengguinan Tetap Menjadi Keutamaan SPAD

Image
KUALA LUMPUR, 27 MAC, 2018 – Pendirian Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD)
terhadap pengawalseliaan sektor e-hailing tidak berubah dengan penggabungan Grab dan
Uber di Asia Tenggara.

Pihak Suruhanjaya akan terus memantau dan menyelia sektor e-hailing berdasarkan rangka
perundangan dan polisi yang sedia ada agar industri ini mampu berkembang sejajar dengan
medan persaingan yang sihat, tahap keselamatan operasi yang baik, serta memastikan
kebajikan penumpang dan pemandu sentiasa terpelihara.

Bagi memastikan hak pengguna terjamin di bawah gabungan Grab-Uber, pihak SPAD akan
bekerjasama dengan agensi-agensi Kerajaan seperti Suruhanjaya Persaingan Malaysia
(Malaysia Competition Commission) dan badan bukan kerajaan (NGO) yang relevan agar
pengguna dilindungi daripada amalan yang tidak adil.

Pada masa yang sama, SPAD akan memastikan bahawa industri teksi dan e-hailing akan
beroperasi dan bersaing secara adil di bawah inisiatif Program Transformasi Industri Teksi
(TITP) yang bertujuan…

Akta e-hailing diwarta suku kedua 2018

Image
Dua akta bagi mengesahkan perkhidmatan e-hailing seperti Uber dan Grabcar akan diwartakan pada suku kedua tahun ini. Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Nancy Shukri berkata ia membabitkan Akta Pengangkutan Awam Darat 2017 dan Akta Lembaga Perlesenan Kenderaan Perdagangan 2017 yang telah diluluskan di Parlimen pada Julai tahun lepas. Katanya buat masa ini pihaknya perlu menyelaraskan beberapa perkara membabitkan tambang, pemeriksaan PUSPAKOM dan pembahagian kuasa antara Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) dengan Jabatan Pengangkutan Jalan sebelum e-hailing dapat dilaksanakan sepenuhnya. "Selepas mengkaji pelbagai aspek dan melakukan penyelarasan, kedua-dua akta itu akan diwartakan secara rasmi pada suku kedua tahun ini," katanya kepada pemberita selepas menyampaikan surat tawaran kelulusan bagi permit teksi individu kepada pemandu teksi di Kuala Lumpur Selasa. Turut hadir Pemangku Pengerusi SPAD Tan Sri Isa Samad. Terdahulu, seramai 300 pemandu teksi mener…

SPAD serah lagi 300 lesen teksi individu

Image
SPAD MENYERAHKAN 300 LESEN INDIVIDU KEPADA KUMPULAN PEMANDU TEKSI YANG KELIMA DIBAWAH TITP

47 Pemandu Turut Menerima Bantuan Geran Tunai Kerajaan Sebanyak RM5,000



KUALA LUMPUR, 20 Mac 2018 – Seramai (300) pemandu teksi telah menerima lesen individu hari
ini daripada Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) melalui Program Transformasi Industri
Teksi (TITP). Ini adalah selaras dengan usaha Kerajaan bagi mempertingkatkan industri teksi untuk
menjadi lebih responsif kepada kuasa pasaran.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, YB Dato’ Sri Hajah Nancy Shukri yang telah menyempurnakan
majlis tersebut, berkata pemberian lesen teksi individu itu adalah satu inisiatif progresif oleh
Kerajaan dan SPAD untuk membuka jalan bagi menyelesaikan isu serta rungutan pemandu teksi di
bawah sistem pajak yang telah lama membebankan mereka. Tambah beliau, pemberian lesen
individu itu diadakan menerusi inisiatif TITP bagi menambah baik kebajikan pemandu teksi, sekali
gus mewujudkan daya saing yang lebih sih…

Fasa 1 myBAS Kuala Terengganu dilaksanakan lebih awal daripada jangkaan.

Image
Bagi mendapatkan maklumat terkini yang lebih terperinci mengenai perkhidmatan myBAS
Kuala Terengganu, orang ramai boleh melayari www.maralinergroup.my atau melalui
Facebook.com/MARALinerSdnBhd atau Twitter @MaralinerGroup.

Laluan MYBAS Ipoh disusun semula demi keselesaan pengguna

Image
Bagi mendapatkan maklumat terkini mengenai perkhidmatan myBAS Ipoh orang ramai
boleh menghubungi pengendali Perak Transit (peraktransit.com.my) di talian 05-545 5318
atau emel kepada enquiry@peraktransit.com.my atau layari laman Facebook
www.facebook.com/PerakTransit/.

Malaysia bakal ada perkhidmatan tram…di Putrajaya,Bangi dan Kajang

Image
Putrajaya, Cyberjaya, Bangi dan Kajang bakal dilengkapi dengan sistem perkhidmatan tram dalam jangkamasa tiga tahun akan datang. Ketua Pegawai Eksekutif Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD), Mohd Azharuddin Mat Sah, berkata pihaknya akan mengemukakan Permohonan Cadangan (RFP) kepada kerajaan tidak lama lagi. "Sistem pengangkutan ini lebih cekap dan mesra alam sekitar. Kos pembinaannya pula 30 peratus lebih murah berbanding perkhidmatan monorel. "RFP bagi projek berkenaan dijangka siap antara tiga dan enam bulan. Manakala projek ini akan mengambil masa tiga tahun untuk dilaksanakan," katanya. Menurutnya, sistem tram yang bakal digunakan adalah lebih baharu, moden dan senyap daripada yang terdapat di Amerika Syarikat, Taiwan, China dan Eropah. Katanya fasa pertama tram berkenaan sejauh 53 kilometer akan meliputi Putrajaya, Cyberjaya, Bangi dan Kajang. Sistem itu akan bersalinghubung dengan sistem LRT, MRT, Monorel, ERL dan HSR. Mohd Azharuddin berkata demikian sele…

Perkhidmatan rel bandar semakin popular

Image
Nampaknya segala usaha Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) untuk meningkatkan mutu perkhidmatan dan mengembangkan rangkaian pengangkutan awam darat di Lembah Kelang telah menerima sambutan positif daripada rakyat.

Jumlah penumpang harian bagi pengangkutan rel dan bas di Lembah Kelang pada tahun lalu berjumlah 1,206,111, meningkat 3.7 peratus daripada tahun 2016, iaitu 1,162,717.

Jumlah penumpang harian bagi pengangkutan rel bandar pada tahun lalu mencatatkan peningkatan 7.5 peratus, iaitu 694,057 berbanding 645,601 pada 2016. Faktor utama peningkatan ini ialah pembukaan jajaran MRT Sungai Buloh-Kajang pada 17 Julai tahun lalu.

Ketua Pegawai Eksekutif SPAD, Mohd Azharuddin Mat Sah mengumumkan demikian pada majlis taklimat kepada media di Kuala Lumpur, Selasa.

Beliau berkata, jumlah penumpang harian perkhidmatan KTM Komuter bagaimanapun menurun 14.5 peratus disebabkan kerja-kerja pembaikpulihan trek berganda Lembah Klang (KVDT). Begitu juga jumlah penumpang harian monorel yang t…

MyBAS Terengganu mula beroperasi 1 Mac ini.

Image

KTMB, SPAD teliti tata cara operasi koc wanita

Image
KUALA LUMPUR 23 Feb. - Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) sedang meneliti semula tata cara pengoperasian koc wanita dalam perkhidmatan KTM-Komuter bagi memastikan penggunaan kemudahan itu dapat dikhaskan untuk wanita sahaja.

Ketua Pegawai Eksekutif KTMB, Mohd. Rani Hisham Samsudin berkata, usaha menangani isu pencerobohan koc wanita melalui usaha mendidik dan memberi kesedaran kepada orang ramai mengenai etika penggunaan koc berkenaan dimulakan sejak Khamis lalu melibatkan polis bantuan KTMB dengan Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD).

“Selain penguatkuasaan, kami menyeru orang ramai supaya lebih sensitif dengan saling memperingati antara satu sama lain tentang kepentingan koc itu untuk keselesaan kaum wanita.

Utusan Malaysia baru-baru ini melaporkan pencerobohan koc wanita perkhidmatan KTMB oleh pengguna lelaki sehingga menganggu keselesaan golongan wanita terutama yang mengandung, menyusukan anak dan warga emas yang menggunakan kemudahan itu.

Menurut Mohd Rani, pencerobohan …

Ratusan penumpang terkandas di Hentian Duta

Image
KUALA LUMPUR 16 Feb. – Lebih 300 penumpang bas yang ingin pulang ke kampung halaman sempena cuti Tahun Baharu Cina terkandas beberapa jam semalam apabila bas yang ingin mereka naiki tidak muncul di Hentian Duta di sini seperti dijadualkan.

Kejadian itu dipercayai gara-gara pemandunya cuba mengelak daripada diperiksa Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD).

Pengurus Besar Kanan Bahagian Penguatkuasaan SPAD, Datuk Che Hasni Che Ahmad berkata, pemeriksaan bawah Op Serkap mendapati kira-kira 10 bas tidak tiba pada waktu ditetapkan sejak pukul 8 malam.

“Mereka mungkin ingin mengelak daripada diperiksa SPAD kerana dipercayai tidak mempunyai Lesen Perubahan Sementara (LPS) atau kesalahan lain,” katanya kepada pemberita mengenai operasi itu di hentian berkenaan di sini.

Che Hasni berkata, Op Serkap dari 9 hingga 25 Februari ini dilancarkan di semua terminal bas bagi memastikan keselamatan penumpang bas ekspres terjamin.

Katanya, setakat ini, SPAD me­ngeluarkan 146 saman bagi pelbagai kesa…

SPAD ramps up enforcement campaign during chinese new year.

Image
KUALA LUMPUR, 15 FEBRUARY 2018 - The Land Public Transport Commission (SPAD) will
boost patrols and other enforcement activities as Malaysians start their journey back home
for the festivities.

As a proactive measure, the Commission has begun an integrated enforcement exercise in
collaboration with Royal Malaysian Police, Road Transport Department, Agensi Anti-Dadah
Kebangsaan and Highway Enforcement agencies which will be held for 17 days from 09 to
25 February.

This includes public engagement to create awareness at terminals and 24-hour checks
running from 14, 15 and 18 February when public transport movement is expected to be at
the highest.

Amongst the activities include special enforcement audits to examine GPS vehicle records,
undercover operations and patrolling in high risk locations together with speed traps and
surveillance via CCTV in Highway Operation Centres, in cooperation with the police and
highway operators.

SPAD’s enforcement team has also begun conducting checks on…

61 syarikat bas sertai skim ISBSF

Image
BAHAU: Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) meluluskan permohonan 61 syarikat perkhidmatan bas bagi menyertai Skim Dana Sokongan Sementara Bas Henti-Henti (ISBSF).

Pemangku Pengerusi SPAD, Tan Sri Mohd Isa Abdul Samad, berkata ISBSF diwujudkan kerajaan pada 2012 bagi membantu menampung kos operasi harian syarikat terbabit, berikutan kerugian dialami disebabkan sebahagian laluan mereka tidak menguntungkan.

Katanya, kerajaan memberi perhatian terhadap isu itu kerana kebanyakan laluan yang terbabit terletak di luar bandar dan perkhidmatan itu masih diperlukan oleh penduduk untuk meneruskan akvititi harian mereka.

"ISBSF diwujudkan kerajaan untuk memastikan syarikat pengendali bas henti-henti, terutama di kawasan luar bandar tidak menamatkan perkhidmatan kerana peningkatan kos dan kerugian yang dialami kerana laluan terbabit kurang penumpang.

"Dengan dana ISBSF ini, banyak syarikat dapat meneruskan operasi di kawasan luar bandar dan pengguna di kawasan berkenaan tidak men…

Bas elektrik diguna di Kuching tahun ini

Image
KUCHING 2 Feb. - Sarawak mahu memperkenalkan pengunaan bas elektrik di bandar raya ini yang dilihat lebih kondusif dan mesra alam pada tahun ini.

Ketua Menteri, Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg berkata, perbincangan sedang dijalankan bersama Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Darat (SPAD) untuk melihat semula pelaksanaan program Skim Transformasi Bas Berhenti-Henti yang dianggarkan membabitkan peruntukan sekitar RM50 juta di negeri ini.

Katanya, kabinet negeri tidak bersetuju dengan penggunaan bas diesel dalam skim itu kerana dilihat kurang mesra alam dan efisien bagi jangka masa panjang.

"Kerajaan negeri bersedia menanggung sebahagian kos yang diperlukan bagi penggunaan bas elektrik di bandar raya ini.

"Mungkin pada peringkat awal kita boleh mengurangkan jumlah bas elektrik berikutan kos yang akan meningkat," katanya dalam sidang akhbar selepas merasmikan Premis Baharu Inter-Continental Travel Centre Sdn. Bhd., di sini hari ini.

Yang turut hadir, Menteri Pelancongan, …

Sarawak tolak bas henti-henti

Image
PETRA JAYA: Kerajaan Sarawak menolak penggunaan bas henti-henti berkuasa enjin diesel yang ingin dibawa masuk oleh Kerajaan Pusat menerusi Skim Transformasi Bas Henti-Henti.

Sebaliknya, mereka mahu bas berkenaan ditukar kepada enjin berkuasa elektrik.

Keputusan penggunaan bas elektrik oleh kerajaan negeri dibuat bertujuan menyerap tekanan harga tambang berpunca daripada turun naik harga diesel setiap minggu terutama kepada rakyat kebanyakan yang sering menggunakan pengangkutan terbabit.

Ketua Menteri, Datuk Patinggi Abang Johari Abang Openg, berkata transformasi bas henti-henti perlu dilaksanakan berkonsepkan cekap tenaga, selain sejajar teknologi moden dengan Sarawak mempunyai kapasiti membekalkan tenaga elektrik pada tarif rendah.

"Sejumlah RM50 juta diperlukan bagi membawa masuk sekurang-kurangnya 50 bas elektrik ke negeri ini dalam tempoh tiga tahun akan datang.

"Penggunaan bas elektrik berkenaan memberi kesan signifikan dan nilai tambah kepada industri pelancongan Sara…

Amphicoach kini di Pelabuhan Klang, isu selesai - Ahmad Razif

Image
KUALA TERENGGANU 1 Feb. - Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Razif Abdul Rahman menyifatkan isu penghantaran bas dua alam, Amphicoach yang tertangguh sekian lama telah selesai apabila kenderaan terbabit kini berada di Pelabuhan Klang, Selangor.
Beliau berkata, semua pihak diminta sabar menanti ketibaan bas itu kerana terdapat beberapa perkara yang perlu diuruskan terlebih dahulu termasuk pemeriksaan Puspakom Sdn. Bhd. (Puspakom), pendaftaran dengan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) dan penyerahan dokumen berkaitan.

"Ini merupakan bas pertama seumpamanya di Malaysia yang tidak pernah ada di rantau ini, maka urusan itu akan mengambil sedikit masa.

"Bagaimanapun, Amphicoach sudah ada di Pelabuhan Klang jadi tidak ada isu mengenai di mana bas? mana pergi bas? atau berlaku macam-macam pada bas.

"InsyaAllah dengan operasi bas ini nanti di samping pelaksanaan perkhidmatan Bas Awam Bersepadu Malaysia (myBas) oleh Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) dan Mara Liner Sdn. Bhd. (Mara…