Posts

Showing posts from September, 2017

Semua pengangkutan awam guna Touch 'n Go menjelang 2019

Image
Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Nancy Shukri berkata, semua sistem pengangkutan awan di negara ini akan menggunakan sistem tiket bersepadu menerusi platform Touch 'n Go menjelang tahun 2019. Beliau yang merupakan menteri yangbertanggungjawab terhadap Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) berkata, setakat ini sistem tersebut telah dilaksanakan oleh Transit Aliran Ringan (LRT) dan Transit Aliran Massa (MRT). "Tidak semua pembekal pengangkutan awam bersedia dengan sistem tersebut. Jadi kita menjangkakan semua bersedia menjelang 2019. "Penumpang akan menggunakan kaedah pembayaran tiket tunggal yang boleh digunakan untuk semua pengangkutan awam termasuk bas," katanya kepada media selepas menghadiri Perhimpunan Persatuan Antarabangsa Pengangkutan Awam Asia Pasifik (UITP) pada Isnin. Ia mengambil masa untuk menyelaraskan penggunaan sistem tersebut kerana ia difahamkan kos untuk memasang keperluan sistem tersebut agak tinggi dengan keperluan tekn

Qamar Wan Noor dilantik Ketua Pegawai Operasi SPAD yang baru

Image
SPAD MELANTIK KETUA PEGAWAI OPERASI BARU KUALA LUMPUR, 5 September 2017: Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) telah melantik Qamar Wan Noor sebagai Ketua Pegawai Operasi (COO) yang baru berkuatkuasa 5 September 2017.  Qamar adalah penerima aunugerah magna cum laude Sarjana Muda di dalam bidang Sains Kejuruteraan Kimia dari Rensselaer Polytechnic Institute, New York pada tahun 1990 dan telah memulakan kerjayanya sebagai seorang ahli teknologi penapisan di Shell pada tahun 1990. Sepanjang kerjayanya selama 26 tahun bersama Shell, beliau telah memegang pelbagai jawatan termasuk menjadi ahli pengurusan kanan di Malaysia, Asia Pasifik dan Timur Tengah.  Beliau juga telah mengetuai pasukan Bekalan dan Pengedaran Pemasaran yangmemastikan penggunaan aset secara selamat dan cekap di terminal-terminal darat dan logistik marin di Oman dan Emiriah Arab Bersatu (UAE), dan kemudiannya di Malaysia serta Singapura.  “Kepimpinan dan pengalaman beliau yang luas dan menyerlah dalam b