Malaysia bakal ada perkhidmatan tram…di Putrajaya,Bangi dan Kajang

Putrajaya, Cyberjaya, Bangi dan Kajang bakal dilengkapi dengan sistem perkhidmatan tram dalam jangkamasa tiga tahun akan datang.
Ketua Pegawai Eksekutif Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD), Mohd Azharuddin Mat Sah, berkata pihaknya akan mengemukakan Permohonan Cadangan (RFP) kepada kerajaan tidak lama lagi.
"Sistem pengangkutan ini lebih cekap dan mesra alam sekitar. Kos pembinaannya pula 30 peratus lebih murah berbanding perkhidmatan monorel.
"RFP bagi projek berkenaan dijangka siap antara tiga dan enam bulan. Manakala projek ini akan mengambil masa tiga tahun untuk dilaksanakan," katanya.
Menurutnya, sistem tram yang bakal digunakan adalah lebih baharu, moden dan senyap daripada yang terdapat di Amerika Syarikat, Taiwan, China dan Eropah.
Katanya fasa pertama tram berkenaan sejauh 53 kilometer akan meliputi Putrajaya, Cyberjaya, Bangi dan Kajang. Sistem itu akan bersalinghubung dengan sistem LRT, MRT, Monorel, ERL dan HSR.
Mohd Azharuddin berkata demikian selepas sesi taklimat kepada media mengenai Laporan Tahunan Pengangkutan Awam Darat 2017 di Kuala Lumpur, Selasa.
Azhar berkata, selepas mendapat RFP, SPAD akan membentangkan kertas projek itu kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak. - 6/3/2018- OLEH NOOR HASILAH ISMAIL

Comments

Popular posts from this blog

LRT3 dari Bandar Utama ke Klang dibina tahun depan dan siap 2020

3 Bulan Untuk Mengambil Kad Bantuan Teksi 1Malaysia

30 minit dari Putrajaya ke KL bila MRT siap