Posts

Showing posts from July, 2016

Maklum balas Media TEKS1M tidak gagal - masih di peringkat awal

21 Julai 2016 - Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) ingin merujuk kepada laporan media di dalam Berita Harian yang bertajuk ‘TEKS1M gagal jadi ikon negara,’ pada 20 Julai 2016.                  
                                                                                   SPAD ingin menegaskan adalah tidak adil dan tidak tepat sama sekali untuk menghukum bahawa inisiatif TEKS1M telah gagal, sedangkan ia masih di peringkat awal dan masih berjalan mengikut fasa-fasa pelaksanaan.

Memandangkan terdapat sekitar 86,000 teksi daripada pelabagai kelas lesen di Malaysia, perubahan yang perlu dilaksanakan tidak boleh dilakukan dalam sekelip mata. Kita perlu berhadapan dengan pelbagai cabaran yang merangkumi permasalahan struktur, budaya dan warisan yang rumit serta isu-isu semasa seperti perkhidmatan ‘e-hailing’.
                                                                                   Teksi 1 Malaysia (TEKS1M) merupakan penjenamaan semula teksi bermeter bagi mengubah dan…

Memorandum of Understanding is a Major Milestone for the Kuala Lumpur-Singapore High Speed Rail Project

Image
Joint SPAD - LTA Press Release  


Memorandum of Understanding is a Major Milestone for the  Kuala Lumpur-Singapore High Speed Rail Project 

1. Malaysia’s Land Public Transport Commission (SPAD) and Singapore’s Land Transport Authority (LTA) welcome today's signing of the Memorandum of Understanding (MOU) between the Government of Malaysia and the Government of the Republic of Singapore on the Kuala Lumpur-Singapore High Speed Rail (HSR) Project, by YB Datuk Abdul Rahman Dahlan, Malaysia’s Minister in the Prime Minister's Department and H.E. Minister Khaw Boon Wan, Singapore’s Coordinating Minister for Infrastructure and Minister for Transport. The signing ceremony, which was witnessed by Malaysia’s Prime Minister Dato’ Sri Mohd Najib Tun Abdul Razak and Singapore’s Prime Minister Lee Hsien Loong, signifies Malaysia and Singapore’s firmest commitment yet to this iconic project.

2. The MOU reflects the outcome of extensive discussions between officials led by the Ministry of Transpo…

Malaysia-Singapura tandangani MoU projek HSR

Image
Bayangkan - dalam masa 10 tahun lagi, tak mustahil kita bersarapan di Kuala Lumpur, makan tengahari di Singapura dan sempat kembali untuk makan malam di Kuala Lumpur!
Itulah yang dibayangkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak selepas menyaksikan majlis menandatangi Memorandum Persefahaman (MoU) projek Rel Berkelajuan Tinggi (HSR) Kuala Lumpur-Singapura di Putrajaya, Selasa. Turut bersama menjadi saksi ialah rakan sejawatnya dari Singapura, Lee Hsien Loong.
Menandatangani bagi pihak kerajaan Malaysia ialah Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Rahman Dahlan dan Menteri Penyelaras Infrastruktur dan juga Pengangkutan Singapura, Khaw Boon Hwan.
Dalam ucapannya, Najib berkata,  termeterainya MoU itu membuktikan kesungguhan kedua-dua negara untuk menjadikan projek berkenaan satu kenyataan dan pada masa yang sama memperatkan hubungan.
Najib berkata, MoU itu akan dijadikan garis panduan untuk Perjanjian Dua Hala yang sah antara kedua-dua negara yang dijangka …

Syed Hamid - bukan SPAD yang sebabkan kemalangan

Image
Setiap kali berlaku kemalangan yang membabitkan bas, pasti ada pihak-pihak tertentu yang menyalahkan Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD). Sekali dua, kira okaylah. Tetapi kalau selalu sangat berlaku, kalau kita berada di  kerusi Tan Sri Dr Syed Hamid Albar, kita pun akan berasa rimas.

Pengerusi SPAD itu pun merasa musykil di mana logiknya apabila berlaku kemalangan, SPAD dipersalahkan sehinggakan ada pihak mendesak supaya suruhanjaya itu diletakkan di bawah Kementerian Pengangkutan (MOT).

"Saya lihat banyak sangat spekulasi. Ada orang bila berlaku kemalangan, salahkan SPAD. Kita nak memperbaiki sistem pengangkutan awam darat.

"Adalah lebih baik kita tumpukan kepada masalah sebenar sama ada SPAD di bawah bidang kuasa siapa atau masalah kemalangan yang berlaku. Adakah kemalangan itu disebabkan kegagalan SPAD?

"Saya fikir ini bukan isunya. Nak letak bawah siapa pun terpulang kepada Kerajaan. Bukan SPAD yang menentukan kita patut berada di bawah siapa.

&quo…

SPAD gantung lesen syarikat bas kemalangan di Terowong Menora

Image
Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) telah memulakan proses penggantungan lesen serta 26 permit bas Qistna Express Sdn. Bhd.

Tindakan itu diambil berikutan kemalangan membabitkan bas syarikat berkenaan pada 10 Julai di KM265.8 Lebuh Raya Utara-Selatan berhampiran Terowong Menora.

Ketua Pegawai Eksekutif SPAD, Mohd Azharuddin Mat Sah berkata, pihaknya telah memulakan tindakan itu akibat pelanggaran syarat keselamatan mandatori berdasarkan laporan audit SPAD terhadap syarikat tersebut bertarikh semalam (12 Julai 2016).

Katanya, tindakan itu diambil sementara menunggu hasil siasatan dari Institut Penyelidikan Keselamatan Jalan Raya (MIROS) yang sedang dijalankan.

Tegas beliau, SPAD memandang serius pematuhan keselamatan mandatori oleh pengusaha bas ekspres.

“Suruhanjaya (SPAD) percaya tindakan terhadap Qistna Express akan menjadi peringatan tegas kepada pengendali bas ekspres lain untuk memastikan mereka sentiasa mematuhi Kod Amalan Industri (ICOP) SPAD setiap masa bag…

SPAD tegas terhadap Qistna Express demi keselamatan pengguna

Image
SPAD MEMULAKAN PROSES PENGGANTUNGAN TERHADAP QISTNA EXPRESS


Kuala Lumpur, 13 Julai 2016 – Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) telah memulakan proses penggantungan lesen serta 26 permit bas yang dipegang oleh Qistna Express Sdn. Bhd. sehubungan dengan kemalangan yang melibatkan bas syarikat tersebut pada 10 Julai 2016 di Km265.8 Lebuh Raya Utara-Selatan berhampiran Terowong Menora.

Ketua Pegawai Eksekutif SPAD, Mohd Azharuddin Mat Sah berkata pihak Suruhanjaya telah memulakan tindakan itu akibat pelanggaran syarat-syarat keselamatan mandatori berdasarkan laporan audit SPAD terhadap syarikat tersebut bertarikh 12 Julai 2016. Tindakan ini diambil sementara menunggu hasil siasatan dari Institut Penyelidikan Keselamatan Jalan Raya (MIROS) yang sedang dijalankan.

SPAD ingin sekali lagi menegaskan bahawa Suruhanjaya memandang serius pematuhan keselamatan mandatori oleh pengusaha bas ekspres. Suruhanjaya percaya bahawa tindakan terhadap Qistna Express akan menjadi peringatan tegas kepada…

Pengusaha bas yang melanggar peraturan keselamatan akan diambil tindakan - SPAD

Image
11 JULAI 2016, KUALA LUMPUR – Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) tidak akan bertolak ansur untuk mengambil tindakan terhadap pengendali bas ekspres yang terlibat dalam kemalangan di Km265.8 Lebuhraya Utara-Selatan berhampiran Terowong Menora pada jam 2.45 petang semalam.

Institut Penyelidikan Keselamatan Jalan Raya (MIROS) telah memulakan siasatan kemalangan dan SPAD sedang memberi kerjasama yang diperlukan. Siasatan insiden ini akan merangkumi semua aspek keselamatan termasuk kejuruteraan jalan raya serta pengurusan keselamatan, dan pengurusan kenderaan dan pemandu.

"Keselamatan pengguna merupakan prioriti utama bagi SPAD dan Suruhanjaya akan mengambil tindakan yang tegas terhadap pengusaha bas yang melanggar syarat-syarat keselamatan," kata Ketua Pegawai Eksekutif SPAD, Mohd Azharuddin Mat Sah.

"Tindakan ini termasuk penggantungan dan pembatalan lesen pengendali," katanya.

-tamat-

Untuk sebarang pertanyaan, sila hubungi:
Radha Warrier
Pengurus, Komunikasi
Suruha…

Walau ramai suka guna UBER, Grabcar, ia masih haram sehingga diputuskan kabinet - SPAD

Image
Kebelakangan ini segelintir pemandu teksi dok sibuk buat protes sana sini menentang keputusan kerajaan untuk menimbangkan kemungkinan membenarkan perkhidmatan UBER dan Grabcar.
Realitinya, ramai rakyat yang mahukan perkhidmatan itu dibenarkan. Malah kajian terkini yang dibuat oleh Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Darat (SPAD) mendapati 75% pengguna negara ini memilih perkhidmatan UBER berbanding teksi. Pengerusi SPAD, Tan Sri Syed Hamid Albar berkata kaji selidik yang dijalankan secara dalam talian melibatkan 45,000 pengguna menunjukkan 75 peratus daripadanya memilih perkhidmatan UBER sebagai pengangkutan awam utama. “Sebanyak 75% daripada responden dalam kaji selidik itu memilih Uber. Setakat ini itulah realiti sebenar,” katanya kepada wartawan selepas membuat lawatan di Terminal Bersepadu Selatan (TBS) sambil mengedarkan juadah berbuka kepada penumpang bas, pada Jumaat. Syed Hamid berkata, sehubungan itu SPAD akan membentangkan kertas kerja untuk membenarkan UBER dan Grab…