Posts

Showing posts from January, 2018

Malaysia dan singapura tandatangan perjanjian RTS

Image
Malaysia dan Singapura pada Selasa, melakar sejarah apabila masing-masing menandatangani perjanjian Sistem Rapid Transit (RTS Link) yang akan menghubungkan kedua-dua negara secara lebih cepat dan efisien.
Dalam perjanjian itu, Malaysia diwakili Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Panglima Abdul Rahman Dahlan manakala Singapura oleh Menteri Penyelaras bagi Infrastuktur dan Menteri Pengangkutan, Khaw Boon Wan. Perjanjian itu disaksikan oleh Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak dan rakan sejawatanya dari Singapura, Lee Hsien Loong.
RTS Link berkeupayaan membawa 10 ribu penumpang sehala dalam masa sejam dan seramai 60 ribu penumpang pada waktu-waktu puncak untuk menyeberangi sempadan kedua-dua negara melalui Tambak Johor.
Untuk melancarkan pergerakan keluar masuk penumpang, kedua-dua pihak akan membina Pusat Pemeriksaan Kastam, Imigresen dan Kuarantin (CIQ) di Bukit Chagar, Johor Bahru dan Woodlands North di Singapura. Penumpang dari kedua-dua arah akan me…