Bas elektrik diguna di Kuching tahun ini

Abang Johari Tun Openg meraasmikan
 premis baharu Inter-Continental Travel Centre Sdn. Bhd.
di Kuching, petang ini. - UTUSAN ONLINE

KUCHING 2 Feb. - Sarawak mahu memperkenalkan pengunaan bas elektrik di bandar raya ini yang dilihat lebih kondusif dan mesra alam pada tahun ini.

Ketua Menteri, Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg berkata, perbincangan sedang dijalankan bersama Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Darat (SPAD) untuk melihat semula pelaksanaan program Skim Transformasi Bas Berhenti-Henti yang dianggarkan membabitkan peruntukan sekitar RM50 juta di negeri ini.

Katanya, kabinet negeri tidak bersetuju dengan penggunaan bas diesel dalam skim itu kerana dilihat kurang mesra alam dan efisien bagi jangka masa panjang.

"Kerajaan negeri bersedia menanggung sebahagian kos yang diperlukan bagi penggunaan bas elektrik di bandar raya ini.

"Mungkin pada peringkat awal kita boleh mengurangkan jumlah bas elektrik berikutan kos yang akan meningkat," katanya dalam sidang akhbar selepas merasmikan Premis Baharu Inter-Continental Travel Centre Sdn. Bhd., di sini hari ini.

Yang turut hadir, Menteri Pelancongan, Kesenian, Kebudayaan, Belia dan Sukan negeri, Datuk Abdul Karim Rahman Hamzah dan Pengarah Urusan Inter-Continental Travel Centre Sdn. Bhd., Dayang Azizah Abang Zaidan.

Mengulas lanjut, beliau berkata, kebanyakan orang awam dan pelancong kini mengambil berat terhadap alam sekitar.

"Saya fikir harga caj tambang bas elektrik ini juga lebih murah kerana tarif elektrik di Sarawak adalah terendah dan murah di negara ini.

"Selain itu, kita juga akan membuat projek perintis penggunaan bas hidrogen pada tahun ini," ujarnya.

Beliau berkata, tiga bas hidrogen akan diperoleh pada suku ketiga tahun ini untuk projek perintis berkenaan.

Tambahnya, sebagai permulaan, pembinaan stesen pengisian hidrogen di Bintawa dan sebuah bas akan diserahkan kepada Sarawak Tourism Board (STB) untuk membawa pelancong di bandar raya ini. - UTUSAN ONLINE

Comments

Popular posts from this blog

LRT3 dari Bandar Utama ke Klang dibina tahun depan dan siap 2020

3 Bulan Untuk Mengambil Kad Bantuan Teksi 1Malaysia

30 minit dari Putrajaya ke KL bila MRT siap