Posts

Showing posts from November, 2013

SPAD Lindungi Kepentingan Awam Sebelum Putuskan Kenaikan Tambang Bas Sekolah

SPAD Lindungi Kepentingan Awam Sebelum Putuskan Kenaikan Tambang Bas Sekolah KUALA LUMPUR, 26 Nov (Bernama) -- Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) akan memberi pertimbangan ke arah melindungi kepentingan awam sebelum membuat keputusan berhubung cadangan menaikkan tambang bas. Pengerusinya Tan Sri Syed Hamid Albar berkata suruhanjaya itu juga akan berusaha mencapai formula agar tidak menimbulkan ketidakpuasan hati dalam kalangan pihak yang berkaitan. "Kadar tambang bagi bas sekolah akan diumumkan tidak lama lagi. Kami mengadakan beberapa mesyuarat dan meneliti beberapa cadangan. "Kami perlu menimbangkan (kepentingan) orang awam juga, kerana mereka sudah tentulah tidak mahu sebarang kenaikan," katanya kepada pemberita selepas menyampaikan ucaptama pada Sidang Kemuncak Pengangkutan Bandar dan Transit Aliran Massa (MRT) 2013 di sini Selasa. Syed Hamid mengulas cadangan Gabungan Persatuan Pengusaha Bas Sekolah Malaysia untuk menaikkan tamba

SPAD gantung lesen pengendali Genting Highlands Transport

Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) telah menggantung lesen pengendali Genting Highlands Transport Sdn.Bhd berkuatkuasa 25 November 2013. Dalam kenyataan yang diedar kepa media pada Selasa, SPAD memaklumkan notis mengenai keputusan berkenaan ttelah dihantar pada 18 November 2013. Menurut kenyataan itu lagi, tindakan menggantung lesen pengendali berkenaan diambil setelah meneliti laporan audit ICOP keselamatan yang dilakukan oleh pasukan SPAD, berikutan kemalangan yang melibatkan bas syarikat tersebut yang meragut 37 nyawa di Jalan Genting Highland pada 21 Ogos 2013.  Syarikat berkenaan diberi tempoh tujuh hari dari tarikh notis dikeluarkan untuk memaklumkan kepada penumpang mengenai penggantungan perkhidmatan tersebut. Sebagai alternatif, Resort World Tour Sdn.Bhd akan menyediakan perkhidmatan bas ekspres dari Pudu Sentral, KL Sentral dan Stesen LRT Putra, Gombak ke Genting Highlands. - 19/11/13.

SPAD anjur anugerah untuk pengusaha, pengendali dan pemandu pengangkutan awam darat.

Image
SPAD anjur anugerah untuk pengusaha, pengendali dan pemandu pengangkutan awam darat. Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) akan mengiktiraf pengusaha dan pemandu pengangkutan awam darat yang telah memberikan perkhidmatan cemerlang atau menyumbang kepada masyarakat dalam satu majlis gemilang yang dijadualkan berlangsung Disember depan. Pengerusi SPAD, Tan Sri Syed Hamid Albar berkata, anugerah itu akan diadakan bersempena Simposium Pengangkutan Awam Darat 2013 di Kuala Lumpur. Beliau mengumumkan demikian semasa majlis taklimat SPAD kepada Majlis Ahli Parlimen Barisan Nasional (BNBBC) di Kuala Lumpur, Ahad. Ia adalah pertemuan pertama diadakan antara SPAD dan BNBBC sejak ia ditubuhkan pada 2010. “Menjelang Tahun Melawat Malaysia 2014 kita ada ganjaran untuk duta-duta kecil pengangkutan awam darat. Mereka yang memberikan perkhidmatan cemerlang dan sifat terpuji akan dihargai,” katanya. Antara kategori yang disediakan untuk malam berkenaan ialah Anugerah

Pemandu mungkin lupa, tapi SPAD tak pernah lupa.

Image
Pemandu mungkin lupa, tapi SPAD tak pernah lupa. Pelanduk lupakan jerat, tetapi jerat tak lupakan pelanduk. Begitulah halnya dengan Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD). Pemandu teksi mungkin ada kalanya terlupa SPAD sentiasa buat operasi, lantas sesuka hati melanggar peraturan. Tetapi SPAD tak pernah lupa pada pemandu teksi. Itulah mesej yang mahu diberikan kepada pemandu-pemandu teksi yang tak serik-serik melakukan pelbagai kesalahan di bawah Akta Pengangkutan Awam Darat dan secara langsung menjejaskan imej negara, apatah lagi menjelang Tahun Melawat Malaysia. Pengurus Besar Bahagian Penguatkuasaan SPAD , Datuk Paduka Mejar (B) Che Hasni Che Ahmad berkata, pihaknya tidak mengadakan operasi secara bermusim, malah sentiasa melakukannya untuk memantau pemandu teksi, terutama yang tidak menggunakan meter. “Kami melakukan operasi dari semasa ke semasa untuk mentertibkan pemandu-pemandu yang tidak bertanggungjawab.   Malah, setiap kali ada perayaan, kami bekerja