Posts

Showing posts from March, 2017

Pengusaha teksi perlu terima e-hailing...

Image
Pengusaha dan pemandu teksi perlu berhenti merungut, sebaliknya menerima perubahan masa dan menggunakan teknologi seperti perkhidmatan e-hailing seperti yang dibuat oleh UBER dan Grabcar. Pengerusi SPAD, Tan Sri Dr Syed Hamid Albar berkata, pihaknya menyedari ramai dalam kalangan pemandu teksi merungut apabila UBER dan Grabcar beroperasi kerana ia menjejaskan pendapatan mereka, namun SPAD tidak boleh menghalang perkhidmatan berkenaan kerana ia mempunyai permintaan dan turut digunakan di beberapa negara maju lain. Syed Hamid Albar berkata demikian pada sidang media selepas majlis penyerahan Surat Tawaran Kelulusan (STK) Lesen Individu kepada 300 pemandu teksi yang telah menamatkan tempoh kontrak pajak mereka di Subang Jaya, Jumaat. "Satu perkara yang kita tak dapat tahan ialah perubahan. Bila kita berdepan dengan perubahan kita sama ada boleh melihat dan merungut atau kita mengambil pendekatan untuk mencari ruang yang terbaik untuk mendapat faedah daripada perubahan itu. "Bi…

300 pemandu teksi dapat lesen individu

Image
Seramai 300 pemandu teksi yang telah menamatkan tempoh kontrak pajak mereka, menerima Surat Tawaran Kelulusan (STK) Lesen Individu dari Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD), pada Jumaat. Kumpulan penerima itu adalah sebahagian daripada 3.007 pemohonan yang telah diterima oleh SPAD sejak Ogos 2016 di bawah Program Transformasi Industri Teksi (TITP). Kesemua 300 penerima Lesen Individu itu juga menerima geran tunai Kerajaan berjumlah RM5 ribu untuk membeli kenderaan baharu. Geran berkenaan adalah sebahagian daripada RM150 juta yang diperuntukkan Kerajaan dalam Bajet 2017. Pengerusi SPAD, Tan Sri Dr Syed Hamid Albar berkata pemberian lesen individu itu adalah salah satu langkah Kerajaan untuk membantu pemandu dan pengusaha teksi untuk keluar dari sistem pajak. "Saya harap dengan pemberian surat tawaran kelulusan ini, kita dapat melahirkan satu generasi usahawan teksi yang berkemampuan berdaya saing pada ketika industri sedang berhadapan dengan kemajuan teknologi terkini,"…

Jangan politikkan projek ECRL kerana ia untuk kebaikan negara dan keselesaan rakyat - PM

Image
Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak meminta supaya Projek Laluan Rel Pantai Timur (ECRL) tidak dipolitikkan kerana ia adalah untuk kebaikan negara dan keselesaan rakyat. Malah katanya ECRL juga selain menguntungkan negara boleh menjadi pemangkin untuk meningkatkan ekonomi serta mengubah kehidupan dan taraf hidup penduduk di negeri-negeri Pantai Timur. "Saya musykil bila projek ini begitu menguntungkan negara khususnya negeri-negeri Pantai Timur, dan diakui boleh menjadi "game-changer", boleh mengubah gaya hidup kita menjadi lebih moden, lebih progresif, tapi ada pula orang yang cuba menidakkan usaha ini kononnya kita menjual kedaulatan negara. "Memang kita buat hubungan dengan China dengan mendapat pinjaman dari Exim Bank. Dengan China juga kita wujudkan kerjasama antarabangsa. Sudah tentu ia mengukuhkan hubungan antara negara. "Projek ini sebagai pemangkin mengubah cara hidup kita. Bila masa pengangkutan rel bermaksud jual negara? Tak ada kena m…