Posts

Showing posts from July, 2015

Toyota Innova jadi TEKS1M tak ada kena mengena dengan politik.

Image
Keputusan penggunaan Toyota Innova adalah sebagai model tambahan bagi Teksi 1Malaysia (TEKS1M) dan bukannya menggantikan Exora yang digunakan sebelum ini. Pengerusi Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD), Tan Sri Dr Syed Hamid Albar, berkata, keputusan itu dibuat bukan atas kehendak suruhanjaya tetapi atas permintaan pengusaha dan pemandu teksi supaya mereka mempunyai pilhan. Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas majlis penyerahan Toyota Innova sebagai TEKS1M di Petaling Jaya, pada Selasa. Turut hadir ialah Ketua Pegawai Eksekutif SPAD, Mohd Nur Ismal Mohamed Kamal. Syed Hamid turut menafikan keputusan itu ada kena mengena dengan senario politik sekarang di mana berlaku pergeseran antara pengerusi proton, Tun Dr Mahathir dengan Perdana Menteri. "Saya tak terfikir pun. Kita mengambil masa yang amat panjang memikirkan perkara ink. Kita menyokong industri kereta nasional. Kita tidak boleh menggantikan Exora dengan Toyota. Ini adalah pengelebaran bekalan

SPAD jalankan Ops SERKAP bantu pengguna pengangkutan awam

Image
Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) telah menyita 55 kenderaan dan mengesan 89 kes kesalahan menggunakan kenderaan persendirian sebagai teksi sapu  di Lembah Klang sejak Oktober tahun lalu. Ketua Jabatan Penguatkuasaan SPAD, Mejar Jeneral (B) Datuk Paduka Che Hasni Che Ahmad, berkata kejayaan itu adalah hasil kerjasama orang ramai dan aduan pemandu-pemandu teksi berlesen yang pendapatan mereka terjejas berikutan aktiviti haram itu. Menurut beliau, ramai daripada pemandu kereta sapu haram itu menggunakan aplikasi telefon pintar untuk mendapatkan pelanggan. "Menggunakan aplikasi pintar bukan bermakna mereka boleh menjadi pemandu teksi. Kenderaan ini haram dan tidak mempunyai permit yang dikeluarkan SPAD serta tidak menjamin perlindungan insuran untuk penumpang," katanya. Beliau berkata demikian selepas mengetuai Ops Serkap di Pudu Sentral, pada Khamis. Ops berkenaan bertumpu kepada pemeriksaan penjualan tiket serta perjalanan bas-bas sempena cuti Aidilfitri. Dalam Ops be

Penumpang kerusi belakang yang tak pakai talipinggang keledar akan dikenakan tindakan!

Image
Kerajaan akan mempertingkatkan penguatkuasaan terhadap penumpang kereta kerusi belakang yang tidak memakai talipinggang keledar sepanjang Ops Hari Raya Aidilfitri (Ops HRA) 2015 bermula pada 11 hingga 25 Julai 2015. Menteri Pengangkutan, Datuk Sri Liow Tiong Lai, berkata tindakan itu dibuat memandangkan kadar pematuhan penumpang kereta kerusi belakang yang memakai tali pinggang keledar adalah rendah, iaitu antara tujuh hingga sembilan peratus sahaja. Beliau berkata demikian ketika melancarkan Kempen Keselamatan Jalan Raya dan Ops Bersepadu Peringkat Kebangsaaan Sempena Hari Raya Aidilfitri Tahun 2015 di Terminal Bersepadu Selatan (TBS), Bandar Tasik Selatan pafa Sabtu. Bercakap kepada pemberita selepas pelancaran majlis itu, Liow berkata hanya sembilan peratus penumpang kerusi belakang yang menggunakan talipinggang keledar. Menurutnya penguatkuasaan penggunaan talipinggang keledar untuk penumpang kerusi belakang telah dilaksanakan sejak 2009 tetapi menurut Institut Kajian

10 ulat tiket ditahan dalam Ops Parasit

Image
Oleh Akmal S Manaf  bhnews@bh.com.my ANGGOTA penguatkuasa SPAD membuat pemeriksaan terhadap Ulat Tiket yang ditahan dalam Operasi Parasit di Pudu Sentral.  - Foto Nazran Jamel KUALA LUMPUR: Seorang perempuan warga Indonesia berumur lingkungan 25 tahun antara 10 ulat tiket yang ditahan Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) dalam Ops Parasit, di UTC Pudu Sentral, sebentar tadi.  Operasi yang bermula pada jam 8.30 malam dan berakhir satu jam kemudian itu, membabitkan kekuatan seramai 64 anggota penguat kuasa SPAD.  Ketua Bahagian Penguatkuasaan SPAD, Datuk Che Hasni Che Ahmad, berkata pihaknya menerima banyak aduan berkaitan ulat tiket di hentian bas berkenaan sehingga mengganggu penumpang. Beliau berkata, pergerakan ulat tiket terbabit dikesan bergiat aktif terutama pada musim perayaan, selain menggunakan kesempatan hujung minggu bagi menjalankan aktiviti tidak bermoral itu.  "SPAD akan terus mempergiatkan operasi memburu ulat tiket di sekitar Pudu Sentral dan

Sekitar Majlis Berbuka Puasa anjuran S.P.A.D.

Image
Sekitar Majlis Berbuka Puasa anjuran Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat 2 Julai 2015 Kuala Lumpur Golf and Country Club.

Permit Perjalanan Teksi Johor Bahru-Singapura

Image
Kuala Lumpur,1 Julai 2015 – Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) dalam memberi maklumbalas kepada laporan media mengenai permasalahan permit perjalanan teksi Johor Bahru-Singapura, ingin menjelaskan bahawa perkhidmatan teksi akan tetap diteruskan. Bagi memastikan kesinambungan di dalam perkhidmatan teksi merentasi sempadan itu, sokongan daripada teksi dari Singapura telah diterima.  Ini bermakna tidak akan ada gangguan perkhidmatan teksi daripada Singapura ke Larkin dan Larkin ke Singapura. SPAD juga sedang bekerjasama dengan pihak POS Malaysia dan Kastam DiRaja Malaysia bagi mendapatkan permit perjalanan yang dikeluarkan oleh pihak Penguasa Pengangkutan Darat (LTA), Singapura pada 2 Julai (esok). Isu mengenai penyerahan permit kepada pemandu teksi Johor dijangka akan selesai dalam jangka masa 1 hingga 2 hari. SPAD akan menyelesaikan isu ini secepat mungkin dan berharap ianya tidak akan berulang lagi pada masa hadapan.

SPAD selesaikan secepat mungkin isu permit teksi Johor Baharu-Singapura

Image
Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) menjelaskan isu permit perkhidmatan teksi Johor Baharu-Singapura akan diselesaikan secepat mungkin dan perkhidmatan itu akan tetap diteruskan.   Dalam satu kenyataan, SPAD menarik perhatian bahawa pihaknya sedang bekerjasama dengan POS Malaysia dan Jabatan Kastam Diraja Malaysia mendapatkan permit perjalanan yang dikeluarkan oleh pihak Penguasa Pengangkutan Darat (LTA) Singapura pada 2 Julai. "Isu mengenai penyerahan permit kepada pemandu teksi Johor dijangka selesai dalam jangka masa satu hingga dua hari," menurut kenyataan 1 Julai 2015 itu. SPAD berkata bagi memastikan kesinambungan perkhidmatan teksi merentasi sempadan itu, sokongan daripada pihak teksi Singapura telah diterima. "Ini bermakna tidak akan ada gangguan perkhidmatan teksi dari Singapura ke Larkin dan Larkin ke Singapura," katanya. Perkhidmatan teksi Johor Baharu-Singapura dilaporkan terjejas berikutan masalah permit yang tama