Posts

Showing posts from May, 2017

SPAD Gesa Pengendali E-Hailing Amal Standard Keselamatan

Image
SPAD MENGGESA PENGENDALI E-HAILING UNTUK MENGAMALKAN STANDARD KESELAMATAN YANG TERBAIK
26 Mei 2017 - SPAD ingin menzahirkan simpati kepada penumpang wanita yang baru-baru ini mengalami pengalaman yang menakutkan dan menggerunkan di dalam satu kejadian rompakan yang melibatkan pemandu Uber bersama seorang lagi individu yang telah bersubahat. Walaupun kejadian ini diklasifikasikan sebagai satu perbuatan jenayah di bawah bidang kuasa PDRM, SPAD amat memandang serius insiden tersebut. Dengan itu, Suruhanjaya menyarankan agar Uber mengkaji semula proses saringan pemandu mereka pada kadar yang segera.
SPAD sentiasa mengutamakan keselamatan penumpang pengangkutan awam darat. Apabila peraturan e-hailing diluluskan oleh Parlimen (dijangka pada Julai 2017), pengendali perkhidmatan e-hailing akan bertanggungjawab untuk mengamalkan standard keselamatan dan mutu perkhidmatan yang tertinggi. Di bawah pindaan yang dicadangkan bagi Akta Pengangkutan Awam Darat 2010, kesemua pemandu e-hailing perlu mend…

LRT 3 : Menjelang 2020

Image
Infografik mengenai LRT 3 menjelang tahun 2020


Infografik terkini Projek MRT Laluan 1 (Sungai Buloh - Kajang)

Image

SPAD Gesa Prasarana Tangani Isu KL Monorel

Image
KENYATAAN MEDIA

SPAD MENGGESA PRASARANA UNTUK BERTINDAK SEGERA
DALAM MENANGANI ISU KL MONOREL

KUALA LUMPUR, 15 MEI 2017 – SPAD memandang serius terhadap pengumuman oleh Rapid Rail Sdn Bhd baru-baru ini bahawa ia telah menghentikan operasi beberapa tren set 4-gerabak pada hari Jumaat lepas berikutan timbulnya isu-isu keselamatan.  Penghentian operasi tren tersebut diperlukan demi kepentingan keselamatan penumpang dan Suruhanjaya akan terus memantau langkah-langkah pemulihan yang sedang dijalankan oleh Rapid Rail untuk memastikan bahawa penumpang terus menerima perkhidmatan yang boleh dipercayai. Bagi menampung kekurangan perkhidmatan yang timbul daripada penggunaan tren set 2-gerabak dengan kekerapan setiap 8 minit, Rapid Rail telah memberikan jaminan kepada Suruhanjaya bahawa ia akan menyediakan bas ulang-alik tambahan dengan kekerapan di antara 7 dan 15 minit di stesen-stesen yang sibuk pada waktu 7 sehingga 9 pagi dan 5 sehingga 7 petang.

SPAD telah mengarahkan Prasarana dan Scomi untuk…

Projek HSR guna 40 peratus komponen tempatan

Image
KUALA LUMPUR: Projek Kereta Api Berkelajuan Tinggi (HSR) yang menghubungkan Kuala Lumpur dengan Singapura menggunakan 40 peratus sumber komponen tempatan. Pengerusi Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD), Tan Sri Syed Hamid Albar, berkata ia bagi membolehkan kontraktor tempatan mengambil bahagian dalam projek mega itu.

 Katanya, syarikat yang dipilih melaksanakan projek itu belum disenarai pendek dan akan dimuktamadkan hujung tahun manakala pembinaan bermula tahun depan. "Saya yakin projek ini akan siap ikut jadual pada 2026 dan semuanya berdasarkan perancangan awal ditetapkan kerajaan.

 Beberapa syarikat dari luar negara sudah membuat bidaan," katanya. Beliau berkata demikian pada sidang media selepas menghadiri Simposium Kereta Api Berkelajuan Tinggi anjuran Kementerian Tanah, Infrastruktur, Pengangkutan dan Pelancongan Jepun bersama SPAD di sini, hari ini.

 Projek HSR yang disasar memulakan operasi pada 2026, akan mempunyai lapan stesen iaitu Bandar Malaysia, Putrajaya, …