Posts

Showing posts from December, 2016

Siasatan Terhadap Dakwaan Pemanduan Bas Secara Berbahaya Bermula

Image
SPAD MEMULAKAN SIASATAN TERHADAP DAKWAAN PEMANDUAN BAS EKSPRES SECARA BERBAHAYA

KUALA LUMPUR, 27 DISEMBER 2016 – Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) telah memulakan siasatan berdasarkan maklumat yang didapati daripada Facebook yang dikongsikan oleh seorang pengadu mengenai perlakuan pemandu bas ekspres. Di dalam video yang dirakamkan oleh pengadu, pemandu dipaparkan telah menghisap rokok dan menggunakan telefon bimbit ketika sedang bertugas. SPAD sedang mengambil langkah segera bagi memastikan kesahihan fakta bagi mengambil tindakan yang sewajarnya.

Setelah menghubungi pihak-pihak yang terlibat semalam, Pegawai Penguatkuasa SPAD telah bertemu pengarah syarikat Aerosystem Tour & Travel (M) Sdn Bhd yang mengendalikan bas Mayang Sari tersebut dan pemandu yang terlibat pada jam 9.30 pagi hari ini bagi mengambil keterangan mereka dan mengesahkan maklumat seperti mana yang diperlukan di bawah peruntukan undang-undang. SPAD juga telah bertemu pengadu pada 4.30 petang hari ini bagi m…

SPAD tak boleh ramal kemalangan...

Image
Seperti biasa setiap kali selepas berlaku kemalangan membabitkan bas ekspres, kebanyakan jari dituding khususnya ke arah Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD). Insiden terkini di mana SPAD turut dipersalahkan dalam kemalangan Sabtu lalu yang mengorbankan 14 nyawa dan 16 cedera apabila sebuah bas ekspres terjunam di sebuah gaung di kilometer 137.3 Lebuhraya Utara-Selatan, di Kampung Jayor, Muar, Johor. "Walaupun SPAD sudah meletakkan pelbagai syarat dan peraturan, masih ramai yang tidak mengendahkannya dan apabila berlaku tragedi yang disebabkan faktor manusia, kita juga dipersalahkan. Kita tak boleh meramalkan kemalangan," kata pengerusi SPAD, Tan Sri Dr Syed Hamid Albar. Begitupun kata Syed Hamid, SPAD tetap menerima kritikan dan pandangan semua pihak. "Kita pandang ke hadapan dan tak perlulah menyalahkan mana-mana agensi. Rakyat kita selalu cepat melenting apabila tragedi berlaku. "Ada yang mengatakan syarat dan peraturan tidak mencukupi. Padahal ia mencuku…

SPAD memulakan siasatan terhadap dakwaan pemanduan bas ekspress secara berbahaya

Image
SPAD MEMULAKAN SIASATAN TERHADAP DAKWAAN PEMANDUAN BAS EKSPRES SECARA BERBAHAYA
KUALA LUMPUR, 27 DISEMBER 2016 – Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD)

telah memulakan siasatan berdasarkan maklumat yang didapati daripada Facebook yang

dikongsikan oleh seorang pengadu mengenai perlakuan pemandu bas ekspres. Di dalam

video yang dirakamkan oleh pengadu, pemandu dipaparkan telah menghisap rokok dan

menggunakan telefon bimbit ketika sedang bertugas. SPAD sedang mengambil langkah

segera bagi memastikan kesahihan fakta bagi mengambil tindakan yang sewajarnya.

Setelah menghubungi pihak-pihak yang terlibat semalam, Pegawai Penguatkuasa SPAD

telah bertemu pengarah syarikat Aerosystem Tour & Travel (M) Sdn Bhd yang

mengendalikan bas Mayang Sari tersebut dan pemandu yang terlibat pada jam 9.30 pagi

hari ini bagi mengambil keterangan mereka dan mengesahkan maklumat seperti mana

yang diperlukan di bawah peruntukan undang-undang. SPAD juga telah bertemu pengadu

pada 4.30 petang hari ini bagi merakamkan …

Kenyataan SPAD mengenai insiden tragedi kemalangan bas ekspres Alisan Golden Coach.

Image
Sabtu, 24 Disember 2016 -Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) telah menggantung dengan serta merta Lesen Pengendali Goldstar Express (M) Sdn Bhd bersama kesemua bas di bawah pengendali itu, bagi menjalankan siasatan di dalam kejadian tragedi kemalangan bas ekspres Alisan Golden Coach yang berlaku pada jam 3.45 pagi di KM 137.4 lebuh raya PLUS yang telah mengakibatkan penumpang kehilangan nyawa dan cedera parah.

Suruhanjaya dengan itu mengucapkan takziah kepada keluarga mangsa yang terlibat dan memberikan jaminan bahawa siasatan yang mendalam akan dijalankan ke atas tragedi ini. Pasukan tindakan kecemasan daripada pelbagai agensi Kerajaan telah membawa mangsa-mangsa terlibat ke Hospital Pakar Sultanah Fatimah (HPSF), Muar.

Berkuatkuasa pada hari ini, SPAD telah menggantung operasi syarikat bas terlibat sehingga siasatan dilengkapkan atas sebab-sebab keselamatan penumpang dan bagi membantu siasatan agensi-agensi yang terlibat. Siasatan sedang diketuai oleh MIROS, manakala SPAD aka…

Isu tambang teksi RM800, SPAD akan siasat dan bertindak tegas dalam hal ini

Image
MAKLUMBALAS SPAD MENGENAI INSIDEN PENUMPANG DIKENAKAN TAMBANG RM800 BAGI PERJALANAN DARI KLCC KE MASJID NEGARA

 Kuala Lumpur, 23 Disember 2016 – Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) memandang serius terhadap laporan yang diterima baru-baru ini daripada pelancong yang mengadu telah dikenakan tambang RM800 bagi perjalanan daripada KLCC ke Masjid Negara.

 Suruhanjaya telah memulakan siasatan mengenai insiden tersebut susulan daripada pertemuan dengan pengadu di pejabat SPAD, Pudu.

 SPAD ingin memberikan jaminan kepada orang ramai bahawa siasatan dan tindakan segera akan diambil terhadap pengendali. Ini termasuk tindakan menarik balik Lesen Pengendali sekiranya didapati bersalah atas kegagalan menjaga teksi yang telah dilesenkan kepada pengendali.

 Pengendali pengangkutan awam mempunyai tanggungjawab untuk memberikan perkhidmatan yang selamat dan jujur kepada semua pengguna pengangkutan awam darat, tidak kira bagi pelancong mahupun penumpang tempatan.

 Justeru itu, SPAD ingin memberikan …

Kenyataan SPAD mengenai cadangan pengendali bas sekolah untuk meningkatkan tambang bas sekolah.

Image
MAKLUMBALAS SPAD KEPADA CADANGAN PENGENDALI UNTUK MENINGKATKAN TAMBANG BAS SEKOLAH
 Kuala Lumpur, 20 Disember 2016 – Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) ingin merujuk kepada laporan media baru-baru ini berkenaan tambang bas sekolah bagi tahun hadapan. Isu yang dibangkitkan ini kerap kali timbul sebelum bermulanya setiap musim persekolahan.
 Pada kali ini terdapat pengendali yang menyatakan bahawa penarikan subsidi diesel oleh Kerajaan telah meningkatkan kos operasi dan oleh itu kenaikan tambang perlu dilakukan. Mengikut pengamatan SPAD terhadap data yang dikumpulkan dahulu, pihak pengendali pernah juga memohon untuk meningkatkan tambang walaupun ketika subsidi minyak diesel masih diberikan oleh Kerajaan.
 Susulan itu, tambang bas sekolah telah diliberalisasikan pada tahun 2015 dengan syarat pihak pengendali perlu mendapatkan persetujuan pihak sekolah dan persatuan ibu bapa dan guru. Suruhanjaya berpendapat bahawa penetapan kadar tambang oleh kuasa pasaran, adalah satu pendekat…