61 syarikat bas sertai skim ISBSF

MOHD Isa menyerahkan cek peruntukan
parlimen Jempol kepada wakil persatuan sekitar
DUN Bahau pada Majlis Malam Kebudayaan
Tahun Baru Cina di Bahau. - Foto Abnor Hamizam
BAHAU: Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) meluluskan permohonan 61 syarikat perkhidmatan bas bagi menyertai Skim Dana Sokongan Sementara Bas Henti-Henti (ISBSF).

Pemangku Pengerusi SPAD, Tan Sri Mohd Isa Abdul Samad, berkata ISBSF diwujudkan kerajaan pada 2012 bagi membantu menampung kos operasi harian syarikat terbabit, berikutan kerugian dialami disebabkan sebahagian laluan mereka tidak menguntungkan.

Katanya, kerajaan memberi perhatian terhadap isu itu kerana kebanyakan laluan yang terbabit terletak di luar bandar dan perkhidmatan itu masih diperlukan oleh penduduk untuk meneruskan akvititi harian mereka.

"ISBSF diwujudkan kerajaan untuk memastikan syarikat pengendali bas henti-henti, terutama di kawasan luar bandar tidak menamatkan perkhidmatan kerana peningkatan kos dan kerugian yang dialami kerana laluan terbabit kurang penumpang.

"Dengan dana ISBSF ini, banyak syarikat dapat meneruskan operasi di kawasan luar bandar dan pengguna di kawasan berkenaan tidak menghadapi masalah untuk mendapatkan khidmat pengangkutan awam ini," katanya selepas merasmikan Malam Kebudayaan Sempena Tahun Baru Cina di Bahau, malam tadi.

Hadir sama Ketua MCA Bahagian Jempol, Datuk Yap Cheng Leong dan Pengerusi Kelab Bola Sepak N Nine FC, Datuk Seri S Surash.

Pada majlis sama, Mohd Isa yang juga Ahli Parlimen Jempol, turut menyampaikan sumbangan kepada 32 persatuan dan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) Cina di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Bahau.

Mengulas lanjut, Mohd Isa berkata, sebuah syarikat yang beroperasi di Simpang Pertang di Jelebu, Gopi Travel Tours(GTT), adalah syarikat ke- 61 yang diluluskan SPAD bagi menyertai skim ini, membolehkan mereka membuka semula laluan dari Simpang Pelangai- Bentong- Batu Kikir yang ditamatkan 15 tahun lalu.

Comments

Popular posts from this blog

LRT3 dari Bandar Utama ke Klang dibina tahun depan dan siap 2020

3 Bulan Untuk Mengambil Kad Bantuan Teksi 1Malaysia

30 minit dari Putrajaya ke KL bila MRT siap