Posts

Showing posts from 2017

Penempatan Semula Had Medan Pasar

Image
PENEMPATAN SEMULA HAB MEDAN PASAR Hentian Akhir Bandar (HAB) dialihkan bagi melancarkan aliran trafik di pusat bandar 22 Disember, 2017, Kuala Lumpur – Berkuat kuasa pada hari Sabtu 23 Disember, 2017, Hentian Akhir Bandar (HAB) Medan Pasar akan dikategorikan semula sebagai sebuah hentian bas.  Dengan perubahan ini, bas tidak dibenarkan lagi untuk menunggu atau diparkir di lokasi tersebut. Bas hanya dibenarkan untuk mengambil dan menurunkan penumpang.  Perubahan ini adalah bagi melancarkan aliran trafik di kawasan Medan Pasar (berdekatan HSBC), yang mengalami masalah kesesakan lalu lintas ketika waktu puncak.  Bas yang berhenti di kawasan itu juga didapati telah menyumbang kepada kesesakan tersebut. HAB Lebuh Pudu juga menyediakan kemudahan dan tempat berteduh yang lebih baik bagi keselesaan pengguna.  Peralihan ini akan melibatkan 50 bas yang dikendalikan oleh syarikat Selangor Omnibus Co Bhd dan Setara Jaya Sdn Bhd. Perkhidmatan yang terbabit bagi Selangor Omnibus adal

Lawatan Bersama YB Dato’ Sri Hajah Nancy Shukri Sempena Kempen Keselamatan Musim Cuti Sekolah, Perayaan Krismas & Tahun Baru 2018

Image
Lawatan Bersama YB Dato’ Sri Hajah Nancy Shukri Sempena Kempen Keselamatan Musim Cuti Sekolah, Perayaan Krismas & Tahun Baru 2018 YB Dato’ Sri Hajah Nancy Shukri dan barisan pengurusan telah melawat Terminal Bersepadu Selatan di Bandar Tasik Selatan (TBS) bagi meninjau persiapan terminal bagi musim cuti sekolah, perayaan Krismas dan Tahun Baru 2018 yang akan datang. YB Menteri telah meninjau keadaan kaunter tiket bas serta mengedarkan risalah ‘Hak Anda Sebagai Pengguna’ dan menyampaikan cenderahati kepada para pengguna bas ekspres yang sedang di dalam perjalan sempena musim cuti akhir tahun ini.

E-hailing tingkat pendapatan pemandu teksi

Image
KUALA LUMPUR 11 Dis. - Pemandu teksi mengakui perkhidmatan e-hailing iaitu aktiviti tempahan teksi secara dalam talian melalui aplikasi mudah alih meningkatkan pendapatan mereka sekali ganda berbanding ketika menjalankan operasi teksi secara konvensional. Seorang pemandu teksi, Rizki Malindo Wijaya, 28, berkata, sejak menggunakan perkhidmatan tersebut setahun lalu, pendapatannya bertambah sekali ganda iaitu daripada RM2,000 kepada RM3,000 sebulan. “Penumpang kini lebih gemar menggunakan aplikasi tertentu untuk mendapatkan khidmat teksi kerana mudah dan pantas. Jadi sebagai pemandu teksi, kita perlu mengikut peredaran semasa tak boleh ikut cara lama. “Kerajaan pun telah beri geran RM5,000 kepada pemandu teksi yang layak, jadi kepada mereka yang belum mempunyai kereta sendiri, jangan lepaskan peluang beli kereta baru dan mulakan operasi menggunakan e-hailing,” katanya ketika ditemui pemberita dalam Majlis Penyampaian Surat Tawaran Kelulusa

300 pemandu teksi terima lesen individu

Image
KUALA LUMPUR 11 Dis. - Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) hari ini menyerahkan 300 lesen individu kepada pemandu teksi yang telah tamat tempoh perjanjian sewa-pajak kenderaan mereka.  Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Nancy Shukri berkata, bilangan tersebut menjadikan jumlah keseluruhan lesen yang dikeluarkan SPAD tahun ini adalah 1,208. “Manakala seramai 125 individu yang layak menerima geran tunai kerajaan sebanyak RM5,000 menjadikan jumlah keseluruhan pemandu yang menerima geran pada tahun ini lebih 500 orang. KUALA LUMPUR 11 Dis. - Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) hari ini menyerahkan 300 lesen individu kepada pemandu teksi yang telah tamat tempoh perjanjian sewa-pajak kenderaan mereka.    Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Nancy Shukri berkata, bilangan tersebut menjadikan jumlah keseluruhan lesen yang dikeluarkan SPAD tahun ini adalah 1,208. “Manakala seramai 125 indi

Kemalangan Tren: SPAD tubuh Jawatankuasa Siasatan Keselamatan

Image
Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) akan menubuhkan jawatankuasa siasatan keselamatan pelbagai agensi untuk menentukan punca utama di sebalik beberapa insiden kemalangan tren kargo Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB).   Jawatankuasa tersebut juga akan memperkenalkan langkah-langkah penambahbaikan untuk operasi perkhidmatan kargo KTMB.   SPAD, dalam kenyataan Jumaat, berkata suruhanjaya itu akan mengetuai jawatankuasa itu yang akan dianggotai oleh pakar daripada beberapa kementerian, agensi dan sektor swasta berkaitan.   Antara lain, jawatankuasa itu akan ditugaskan untuk mengkaji secara komprehensif semua rangka kerja, struktur, proses yang sedang diguna pakai serta mendapatkan jaminan bahawa keselamatan diberi keutamaan yang tinggi dalam operasi dan perkhidmatan penyelenggaraan KTMB.   Sebelum ini, Ogos lepas, dua insiden tren kargo tergelincir dilaporkan dan semalam, perkhidmatan tren di sekitar Lembah Klang terjejas selepas 12 gerabak tren kargo tergelincir

Operasi tren kargo sepanjang laluan Rawang – Salak Selatan digantung - SPAD

Image
SPAD MENGARAHKAN KTMB UNTUK MENGGANTUNG OPERASI TREN KARGO SEPANJANG LALUAN RAWANG - SALAK SELATAN BERIKUTAN KEGELINCIRAN  KUALA LUMPUR, 23 NOVEMBER 2017 - Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) memandang serius kejadian kegelinciran tren kargo KTMB di stesen Bank Negara yang telah mengakibatkan ramai pengguna KTM mengalami gangguan perkhidmatan.  Suruhanjaya menganggap bahawa kejadian itu tidak boleh diterima dan dengan itu telah mengarahkan KTMB bagi mempercepatkan siasatan serta mengemukakan laporan penuh mengenai insiden tersebut bagi mengenal pasti punca sebenar kegelinciran.  Sebagai langkah berjaga-jaga yang segera, SPAD telah mengarahkan KTMB untuk menggantung perkhidmatan kargo di sepanjang laluan Rawang-Salak Selatan sehingga siasatan dimuktamadkan. Di samping itu, SPAD telah menegaskan kepada KTMB untuk mengkaji semula dan memperbaiki prosedur pengendalian gerabaknya bagi memastikan keselamatan terjamin.  Suruhanjaya juga telah mengarahkan KTMB bagi memperc

Sultan Johor perkenan jambatan lurus JB-Singapura untuk projek RTS

Image
Sultan Johor telah beri perkenan baginda bagi jajaran jambatan setinggi 25m yang akan merentasi Selat Johor secara lurus ke Woodlands,Singapura untuk projek Rapid Transit System (RTS) Link.   Baginda beri perkenaan itu dalam pertemuan dengan Ketua Pegawai Eksekutif SPAD Mohd Azharuddin Bin Mat Sah bersama pegawai-pegawai kanan beliau di Istana Bukit Pelangi, Johor Bahru pada 15 November.   Sebelum ini Sultan Johor yang menyambut baik projek RTS Link bagaimanapun  tidak bersetuju dengan cadangan reka bentuk trek rel yang melengkung, selain jambatannya yang mungkin mencapai ketinggian 30 meter di bahagian tengahnya.   Satu kenyataan SPAD kata  dalam pertemuan dengan baginda SPAD telah mengemukakan tiga pilihan jajaran bagi projek RTS.   Jajaran ini mematuhi panduan teknikal Jabatan Laut Malaysia yang menetapkan had ketinggian jambatan bersama drauf udara minima 25m. Menurut kenyataan SPAD Sultan Johor juga menekankan kepentingan memastikan penyuraian trafik di k

SPAD teruju dengan perhatian kerajaan dalam Bajet 2018

Image
 Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) melahirkan teruja dengan perhatian kerajaan yang ingin menubuhkan Pusat Kecemerlangan Kebangsaan untuk menyokong pembangunan tenaga kerja mahir dalam industri keretapi.  Pusat yang akan diseliakan SPAD itu akan memainkan peranan mengenalpasti, melatih dan mengiktiraf kakitangan untuk pekerjaan mahir dalam sektor keretapi.  "Malaysia Rail Link Sdn Bhd (yang dimiliki oleh Kementerian Kewangan) akan bekerjasama dengan universiti awam untuk melatih 3000 orang daripada golongan profesional untuk Projek Keretapi Pantai Timur," katanya dalam satu kenyataan pada Jumaat.  Tambahnya lagi, MRT yang dikenali sebagai Circle Line, yang bakal siap pada 2025 iaitu dua tahun lebih awal dari yang dianggarkan, akan menjadi perkara penting kepada usaha SPAD untuk mencapai bahagian modal yang disasarkan sebanyak 40 peratus di kawasan bandar menjelang 2030.  Selain itu, peruntukkan sebanyak RM45 juta untuk memperkenalkan inisiatif berasaskan t

Budget 2018 - Goverment Strengthens Commitment To Improve Land Public Transport

Image
BUDGET 2018: GOVERNMENT STRENGTHENS COMMITMENT TO IMPROVE LAND PUBLIC TRANSPORT KUALA LUMPUR  (27 October 2017) – The Land Public Transport Commission (SPAD) welcomes the significant allocations announced by YAB Prime Minister Dato’ Sri Mohd Najib Tun Abdul Razak in Budget 2018 for key infrastructure projects in Greater Kuala Lumpur/ Klang Valley and across the nation. SPAD is enthused to note that the Government will establish the National Rail Centre of Excellence to support the development of skilled workforce for the rail industry. The Centre which will be supervised by SPAD, will identify, train and accredit personnel for skilled jobs in the national rail sector. In addition, Malaysia Rail Link Sdn Bhd (owned by Ministry of Finance Inc) will collaborate with public universities to train up to 3,000 professionals for the East Coast Rail Link Project.  The fast-tracked completion of MRT3, also called the Circle Line, by phases in 2025, instead of the previously estimate

Usaha S.P.A.D Diiktiraf

Image
LAND PUBLIC TRANSPORT COMMISSION RECOGNISED BY INTERNATIONAL ASSOCIATION OF TRANSPORTATION REGULATORS Mr Matthew Daus of IATR (left) presenting the award to SPAD CEO Encik Mohd Azharuddin Mat Sah KUALA LUMPUR, 26 OCTOBER, 2017: The Land Public Transport Commission (SPAD) has been honoured with the first ever International Best Practices Award for Transportation Innovation, Reform, and Multi-Modal Planning by the International Association of Transportation Regulators (IATR). Into its 30th year, International Association of Transportation Regulators ("IATR"), is a nonprofit educational and advocacy organisation dedicated to improving the practice of licensing, enforcement and administration of transportation through the sharing of information and resources. The award was presented by Matthew Daus, board member of US-based IATR, to SPAD CEO, Mohd Azharuddin Mat Sah at the sidelines of the Land Public Transport Symposium 2017 here on Monday (October 23). In the cit

Kemalangan Bas Kilang di Juru : Permit Pengendali Digantung

Image
SPAD MENGGANTUNG PERMIT KENDERAAN PENGENDALI BAS PEKERJA BERIKUTAN TRAGEDI DI JURU, BUKIT MERTAJAM KUALA LUMPUR, 25 OKTOBER 2017: Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) menzahirkan rasa simpati dan merakamkan takziah kepada keluarga mangsa yang terlibat dalam nahas bas pekerja yang mengorbankan lapan nyawa di kilometer 147, berhampiran Plaza Tol Juru, Bukit Mertajam baru-baru ini.  Berikutan tragedi tersebut, Suruhanjaya telah menggantung permit setiap kenderaan milik kedua-dua pengendali tersebut – KJJ Maju Enterprise dan Icon Tours Sdn Bhd – pada 24 Oktober 2017 bagi membolehkan siasatan terperinci dijalankan oleh Bahagian Pematuhan dan Audit Keselamatan SPAD ke atas kedua-dua pengendali berdasarkan piawaian Kod Amalan Keselamatan Industri (Industrial Code of Practice atau ICOP).  SPAD akan mengambil tindakan yang sewajarnya di bawah Akta Pengangkutan Awam Darat (APAD 2010) ke atas mana-mana pihak yang didapati melanggar undang-undang.  Keselamatan pengguna jalan r

Malaysia on Track to Expand Rail Mileage by 65% as Key Projects Unfold by 2027.

Image
KUALA LUMPUR (23 October, 2017) – Malaysia has recorded significant achievements in the land public transport sector since it was identified as a key agenda under the Government Transformation Plan (GTP) in 2010, through the inclusion of Urban Public Transport under the National Key Result Areas (NKRA).  Rail is earmarked as the backbone of Malaysia’s land public transport network, and under the 2013 National Land Public Transport Masterplan (NLPTM), the Government seeks to boost the carrying capacity of rail through a three-pronged strategy involving the construction of new lines, procurement of additional trains for existing lines, and upgrading the signaling system to increase service frequency.  The determination to make rail as the artery for the movement of people has borne tangible results. Over the past 7 years, the Government has significantly increased the urban rail network from 279km to 369km. Over the next few years, the urban rail network is expected to

Ini sebabnya kerajaan letak transformasi pengangkutan awam sebagai agenda utama...- PM

Image
Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak, berkata Agenda Transformasi Pengangkutan Awam Darat bukan sekadar membina projek infrastruktur mega, tetapi bertujuan untuk meningkatkan produktiviti dan taraf hidup rakyat Malaysia. Katanya, dalam tempoh jangkamasa panjang, rangkaian pengangkutan awam yang moden dan mampan akan mempercepatkan pertumbuhan ekonomi serta meningkatkan kualiti persekitaran. "Atas sebab inilah kita meletakkan transformasi pengangkutan awam sebagai agenda utama di bawah Program Transformasi Nasional (NTP)," katanya. Najib berkata demikian ketika menutup Simposium Pengangkutan Awam Darat 2017 di Kuala Lumpur, Isnin. Najib berkata untuk melaksanakan visi itu maka Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) ditubuhkan pada 2010. Pada 2013 SPAD telah menghasilkan Pelan Utama Transformasi Pengangkutan Awam Darat. "Hasil usaha keras kami sejak tujuh tahun lalu untuk memodenkan rangkaian rel, memperbaiki perkhidmatan bas dan mo

Sekitar Majlis Penutup Simposium dan Pameran Tahunan S.P.A.D. 2017

Image
Isnin 23 Oktober 2017 - Sekitar Majlis Penutup Simposium dan Pameran Tahunan Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) 2017 bertemakan "Reimagining Transportation : Sustainable Mobility" yang dirasmikan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak di Kuala Lumpur Convention Center.

Pemandu, pengusaha teksi, bas, rel terima anugerah

Image
Lima pemandu teksi diberi penghargaan oleh Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) kerana kejujuran memulangkan barangan berharga yang ditinggalkan oleh penumpang mereka. Ismail Md Rose, Chong Theam Kwai, Zamrod Adam, Megat Iskandar Megat Rusli dan Mohamad Harisham Jusoh masing-masing menerima sijil penghargaan pada majlis makan malam Simposium Industri Pengangkutan Awam Darat (LPT) di Kuala Lumpur, Ahad. Penghargaan itu disampaikan oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Nancy Shukri dan Ketua Pegawai Eksekutif SPAD, Azharuddin Mat Sah. Ismail menerima penghargaan kerana kejujurannya memulangkan laptop dan beberapa barangan peribadi seorang penumpang yang menaiki teksinya di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA). Manakala Chong pula memulangkan tripod kamera milik pengurus pasukan futsal Thailand semasa Kejohanan Sukan SEA yang lalu. Kisah Zamrol menjadi viral di media sosi apabila dia berusaha sendiri memulangkan dompet kepunyaan K

Sekitar Majlis Makan Malam dan Anugerah Industri Pengangkutan Awam 2017

Image
Gambar-gambar sekitar Sekitar Majlis Makan Malam dan Anugerah Industri Pengangkutan Awam pada 22 Oktober 2017 sempenan Simposium dan Pameran Pengangkutan Awam Darat SPAD yang bertempat di Kuala Lumpur Convention Center dari 22 sehingga 23 Oktober 2017