Posts

Showing posts from January, 2014

SPAD Cadang Agensi Pengurusan Keselamatan Jalan Raya Distruktur Semula

KUALA LUMPUR, 30 Jan (Bernama) -- Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) mencadangkan supaya agensi-agensi berkaitan pengurusan keselamatan jalan raya di negara ini distruktur semula bagi memastikan transformasi keselamatan industri dapat dijalankan. SPAD menyatakan penstrukturan dari segi skop dan tanggungjawab itu penting memandangkan landskap pengurusan keselamatan jalan raya di Malaysia melibatkan beberapa agensi kerajaan. "Satu kaedah penyelarasan skop tugas dan tanggungjawab perlu dilakukan di bawah satu agensi dengan kadar segera bagi mewujudkan mekanisme kawalan yang lebih efisien," kata SPAD dalam kenyataan di sini, malam ini. Ketika ini, pemeriksaan berjadual bagi kenderaan awam dan perdagangan dilakukan Pusat Pemeriksaan Kenderaan Berkomputer (Puspakom) bagi menentukan kelayakannya berada di jalan raya. Struktur reka bentuk setiap kenderaan awam sama ada bas atau lori serta bilangan penumpang bagi bas duduk dan berdiri pula ditentukan oleh

SPAD sambut baik cadangan wujudkan Lembaga Keselamatan Pengangkutan Negara

Image
Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) menyambut baik cadangan untuk mewujudkan Lembaga Keselamatan Pengangkutan Negara bagi menyiasat dan menangani kes-kes kemalangan ngeri seperti kemalangan di Genting Highland pada 21 Ogos 2013.   Ketua Pegawai Eksekutif SPAD, Mohd Nur Kamal Ismal menerusi kenyataan yang dihantar kepada media, pada Khamis, berkata, SPAD akan mengkaji kesemua 20 cadangan dan 51 pelan tindakan penambahbaikan manual prosedur kerja setelah laporan dikemukakan kepada Suruhanjaya. Dalam kenyataan itu Mohd Nur Kamal menjelaskan bahawa Syarikat Genting telah memulakan operasinya setelah mendapat kelulusan lesen daripada agensi yang bertanggungjawab pada tahun 1984, iaitu sebelum SPAD ditubuhkan.   Dalam perkembangan berkaitan, katanya, SPAD telah mengkaji semula semua kaedah pemberian permit bagi kenderaan awam yang diamalkan sebelum penubuhan SPAD. Selain itu, pemeriksaan berjadual bagi kenderaan awam dan perdagangan dilakukan oleh pihak Puspakom bagi menentukan &q

Laporan Kemalangan di Genting - mengapa persalahkan SPAD?

Image
Biasanya apabila berlaku kemalangan yang membabitkan bas, lori atau teksi, jika sesebuah jawatankuasa siasatan ditubuhkan, ia patut memfokuskan punca kemalangan berlaku. antara soalan utama yang perlu disiasat ialah apakah ia disebabkan kecuaian pemandu atau kerosakan pada kenderaan atau sebagainya?  Lesen Pengendali Kenderaan Awam (PSV) dikeluarkan oleh Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) dan sekiranya seseorang pemandu mempunyai rekod jenayah, sudah tentu JPJ yang mempunyai kerjasama pintar dengan Polis mempunyai akses kepada rekod itu. Sekiranya didapati pemandu itu ada rekod jenayah, sudah pasti dia tidak akan mendapat lesen PSV. Maka apabila Pemangku Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Hishamuddin Tun Hussein pada Selasa menuding jari kepada Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) berhubung tragedi kemalangan bas di Genting Highland tahun lalu, sudah tentu ia menimbulkan tandatanya. Hishamuddin dilaporkan berkata jawatankuasa berkenaan menemui kelemahan SPAD meluluskan

Bas sekolah boleh pasang iklan untuk tambah pendapatan.

Image
Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) sedang menimbang kemungkinan membenarkan pengusaha bas sekolah memasang iklan dan  menggunakan kenderaan itu sebagai "feeder bas" untuk membolehkan golongan itu menambah pendapatan. Pengerusi SPAD, Tan Sri Syed Hamid Albar berkata, langkah itu adalah salah satu daripada cadangan SPAD supaya pengusaha bas sekolah  tidak mempunyai alasan lagi untuk menaikkan tambang sewenang-wenangnya. Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas melancarkan Kempen Kesedaran dan Pematuhan SPAD ICOP - Keselamatan untuk  pengendali bas dan kenderaan barangan di Terminal Bersepadu Selatan (TBS), pada Selasa. Turut serta ialah Ketua Pegawai Eksekutif SPAD,  Muhamd Nur Ismal Kamal. Tan Sri Syed Hamid berkata isu kenaikan tambang bas sekolah juga disebabkan daripada kesanggupan ibu bapa membayar kerana mereka tidak  mempunyai alternatif lain untuk menghantar anak  ke sekolah. "Kadar kenaikan ini tidak akan berlaku kala

Muhyiddin Minta Pengusaha Bas Bincang Dengan SPAD Mengenai Tambang Bas

PUTRAJAYA, 3 Jan (Bernama) -- Pengusaha bas sekolah di seluruh negara diminta berbincang terlebih dahulu dengan Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) sebelum bertindak menaikkan tambang sekolah. Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata pengusaha bas sekolah tidak seharusnya bertindak terburu-buru dengan menaikkan tambang tanpa persetujuan SPAD kerana ia akan menyusahkan ibu bapa pelajar. "Walaupun mereka mempunyai asas-asas dan sebab yang kukuh untuk menaikkan tambang bas atas pelbagai faktor seperti kenaikan harga minyak dan kos penyelenggaraan kenderaan tetapi mereka tetap perlu merujuk kepada SPAD terlebih dahulu," katanya pada sidang media di sini hari ini. Beliau berkata demikian bagi mengulas tindakan pengusaha bas sekolah di beberapa negeri yang telah menaikkan kadar tambang pada sesi persekolahan mulai bulan ini walaupun kadar baharu akan hanya ditetapkan oleh SPAD pada Mac nanti. Sebelum itu, Muhyiddin, yang juga Menteri Pendi