Posts

Showing posts from June, 2015

ETS KL-Padang Besar Belum Boleh Beroperasi - SPAD

Image
Perkhidmatan Tren Elektrik (ETS) Kuala Lumpur-Padang Besar masih dalam proses pemeriksaan tren dan landasan dan belum boleh beroperasi, kata Pengerusi Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD), Tan Sri Syed Hamid Albar. Beliau berkata ETS hanya boleh beroperasi selepas mendapat kelulusan SPAD. "Kita telah memberitahu mereka (penangguhan operasi). Tapi kalau mereka (KTMB) langgar undang-undang, kita terpaksa ambil tindakan. Kita perlu periksa beberapa landasan dan tren mereka," katanya kepada pemberita selepas melancarkan Mobile Operation Vehicles (MoVs) milik SPAD di Kuala Lumpur, Selasa,30 Jun 2015 Beliau berkata SPAD hanya akan memberi kelulusan untuk KTMB menjalankan operasi selepas menentukan bahawa keselamatan awam adalah terjamin ketika menggunakan perkhidmatan awam itu. Pada Khamis lepas, KTMB mengumumkan perkhidmatan ETS sejauh 329 kilometer itu akan mula beroperasi esok dan boleh digunakan orang ramai yang ingin pulang ke utara bagi meny

SPAD belum beri kelulusan operasi Tren Elektrik

Image
30 JUN:  Perkhidmatan Tren Elektrik (ETS) Kuala Lumpur-Padang Besar hanya boleh beroperasi selepas mendapat kelulusan Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD). Pengerusinya, Tan Sri Syed Hamid Albar berkata, ETS masih dalam proses pemeriksaan tren dan landasan dan belum boleh beroperasi. Menurut beliau, SPAD sudah memaklumkan mengenai penangguhan operasi kepada KTMB dan kelulusan hanya diberikan selepas pihaknya menentukan keselamatan awam yang menggunakan perkhidmatan itu. “Kita telah memberitahu mereka (penangguhan operasi). Tapi kalau mereka (KTMB) langgar undang-undang, kita terpaksa ambil tindakan. Kita perlu periksa beberapa landasan dan tren mereka,” katanya kepada pemberita selepas melancarkan Mobile Operation Vehicles (MoVs) milik SPAD di sini Selasa. Khamis lalu, KTMB mengumumkan perkhidmatan ETS sejauh 329 kilometer itu akan mula beroperasi esok dan boleh digunakan orang ramai yang ingin pulang ke utara bagi menyambut Aidilfitri. Mengenai dua unit MoVs yang dila

SPAD rayu sediakan bas ekspres mencukupi

Image
30 JUN  :Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) merayu kepada pengusaha bas ekspres supaya menyediakan perkhidmatan mencukupi bagi melancarkan perjalanan orang ramai balik kampung sempena Aidilfitri ini. Pengerusinya, Tan Sri Syed Hamid Albar berkata, SPAD telah menyediakan 400 permit untuk bas tambahan bagi menampung permintaan orang ramai sepanjang musim perayaan itu. “Saya faham masalah mereka tapi tolong beri kerjasama dengan kami dan sediakan bas kepada penumpang. “Kita telah sediakan 400 permit buat masa ini supaya pengguna dapat menggunakan perkhidmatan ini,” katanya ketika ditemui pemberita selepas majlis pelancaran kenderaan operasi mudah alih (MoVS) di Terminal Bersepadu Selatan (TBS), Selasa. Ketika ditanya mengenai pelaksanaan kadar tambang bagi perkhidmatan bas ekspres, Syed Hamid berkata, pihaknya masih belum menerima sebarang perkembangan terkini daripada Kabinet berhubung perkara tersebut. “Belum ada lagi,” jawabnya ringkas. Beliau berkata, isu kenaikan

SPAD Ramps Up Enforcement With New Mobile Operation Vehicles (MoVs)

Image
SPAD Ramps Up Enforcement With New Mobile Operation Vehicles (MoVs) Kuala Lumpur, 30 June 2015 –   SPAD today introduced its new Mobile Operation Vehicles (MoVs) as  new additions to its enforcement vehicle fleet. The new MoVs will be mobilised during key operations and are designed to support the SPAD enforcement team’s  operational and logistical requirements. The roll out of the MoVs was held in conjunction with SPAD Chairman, YBhg. Tan Sri Dato’ Seri Dr. Syed Hamid Albar’s visit to the Terminal Bersepadu Selatan (TBS) to drive awareness amongst express bus travelers about safety and purchasing electronic tickets from legitimate counters to curb touting activities.   He was flanked by SPAD Chief Executive Officer, En. Nur Ismal Mohamed Kamal. The Westsar Maxus V80 MoVs are equipped with workstations, car video recorder, CCTV recorder, night vision cameras, internet connection, motorised awning and many more features to increase the efficiency of SPAD enforceme

Pengoperasian Semula Perkhidmatan KTMB Gemas-Gua Musang dan Kemubu–Krai dan Pembukaan Penuh Ipoh–Padang Besar dan Seremban–Gemas

Image
Pengoperasian Semula Perkhidmatan KTMB Gemas-Gua Musang dan Kemubu–Krai dan Pembukaan Penuh Ipoh–Padang Besar dan Seremban–Gemas  26 Jun, 2015 – Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) mengambil maklum kenyataan media daripada KTMB baru-baru ini mengenai pengoperasian semula perkhidmatan keretapi antara Gemas-Gua Musang serta Kemubu-Krai serta pembukaan landasan Ipoh-Padang Besar dan Seremban-Gemas.     Walaupun cadangan KTMB untuk memulakan perkhidmatan tersebut menjelang perayaan Hari Raya Aidilfitri dialu-alukan oleh SPAD, namun faktor keselamatan penumpang tidak boleh diabaikan. Perkhidmatan KTMB Gemas-Gua Musang dan Kemubu-Krai KTMB telah membentangkan kepada SPAD pada 25 Mei 2015 mengenai cadangan kerja baikpulih landasan di antara Gemas-Gua Musang serta Kemubu-Krai untuk mengembalikan keadaan landasan kepada tahap yang selamat bagi penggunaan dan operasi keretapi     Sejurus itu KTMB merancang untuk memulakan operasi secara separa bagi laluan yang kritikal

PM lanjutkan kontrak Syed Hamid sebagai pengerusi SPAD

Image
Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak telah melanjutkan kontrak Tan Sri Dr Syed Hamid Albar sebagai Pengerusi Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) untuk tempoh dua tahun lagi, berkuatkuasa 4 Jun, 2015. Lanjutan kontrak itu memberi lebih masa kepada Syed Hamid untuk meneruskan usahanya mentransformasikan sistem pengangkutan awam darat di negara ini. Menurut kenyataan yang disebarkan kepada media, ini adalah kali kedua kontrak Syed Hamid dilanjutkan sejak dia dilantik sebagai pengerusi suruhanjaya itu sebaik penubuhannya pada 3 Jun, 2010.

20 bas GoKL baharu tingkatkan perhubungan di Kawasan Pusat Perniagaan

Image
Kuala Lumpur, 4 Jun 2015: Warga kota sekarang boleh menikmati pengangkutan yang lebih baik dengan pengenalan 20 bas GoKL baharu oleh SPAD yang berupaya memberikan mod pengangkutan yang selesa pada masa puncak. Bas baharu GoKL ini menggantikan bas telah beroperasi sepanjang laluan Biru dan Merah daripada 1 Mei, 2015. Bas baharu tersebut dilengkapi dengan internet WiFi, tempat kerusi roda, ‘ramp’ dan lantai rendah bagi kemudahan warga emas dan OKU. Bas yang mematuhi piawai NGV EURO 5 mempunyai kapasiti bagi 65 penumpang. Bagi meningkatkan tahap keselamatan, setiap bas baharu dilengkapi 4 kamera CCTV, sistem audio bagi mengumumkan semua hentian atau destinasi dan sistem penjejakan GPS. Perkhidmatan bas GoKL telah diperkenalkan pada 2012 dengan dua laluan (Hijau dan Ungu) yang beroperasi sepanjang laluan KLCC-Bukit Bintang dan Pasar Seni-Bukit Bintang. Ini telah dipertingkatkan dengan pengenalan laluan Biru dan Merah pada 2014. Perkhidmatan laluan Merah adalah dari Terminal Bas Jalan T