Posts

Showing posts from February, 2018

KTMB, SPAD teliti tata cara operasi koc wanita

Image
Pelekat menandakan koc wanita ketika tinjauan lelaki duduk di koc khas wanita dalam KTM komuter di sekitar Lembah Klang, baru-baru ini.  - UTUSAN ONLINE/SURIYA BONMA KUALA LUMPUR 23 Feb. - Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) sedang meneliti semula tata cara pengoperasian koc wanita dalam perkhidmatan KTM-Komuter bagi memastikan penggunaan kemudahan itu dapat dikhaskan untuk wanita sahaja. Ketua Pegawai Eksekutif KTMB, Mohd. Rani Hisham Samsudin berkata, usaha menangani isu pencerobohan koc wanita melalui usaha mendidik dan memberi kesedaran kepada orang ramai mengenai etika penggunaan koc berkenaan dimulakan sejak Khamis lalu melibatkan polis bantuan KTMB dengan Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD). “Selain penguatkuasaan, kami menyeru orang ramai supaya lebih sensitif dengan saling memperingati antara satu sama lain tentang kepentingan koc itu untuk keselesaan kaum wanita. Utusan Malaysia baru-baru ini melaporkan pencerobohan koc wanita perkhidmatan KTMB oleh pengguna

Ratusan penumpang terkandas di Hentian Duta

Image
Sebahagian orang ramai yang membeli tiket bas  tambahan terpaksa menunggu lama ekoran bas tidak  mempunyai permit perjalanan sah ketika diperiksa oleh'  anggota penguat kuasa SPAD di Hentian Bas Jalan Duta,  Kuala Lumpur, semalam. BERNAMA KUALA LUMPUR 16 Feb. – Lebih 300 penumpang bas yang ingin pulang ke kampung halaman sempena cuti Tahun Baharu Cina terkandas beberapa jam semalam apabila bas yang ingin mereka naiki tidak muncul di Hentian Duta di sini seperti dijadualkan. Kejadian itu dipercayai gara-gara pemandunya cuba mengelak daripada diperiksa Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD). Pengurus Besar Kanan Bahagian Penguatkuasaan SPAD, Datuk Che Hasni Che Ahmad berkata, pemeriksaan bawah Op Serkap mendapati kira-kira 10 bas tidak tiba pada waktu ditetapkan sejak pukul 8 malam. “Mereka mungkin ingin mengelak daripada diperiksa SPAD kerana dipercayai tidak mempunyai Lesen Perubahan Sementara (LPS) atau kesalahan lain,” katanya kepada pemberita mengenai operasi i

SPAD ramps up enforcement campaign during chinese new year.

Image
KUALA LUMPUR, 15 FEBRUARY 2018 - The Land Public Transport Commission (SPAD) will boost patrols and other enforcement activities as Malaysians start their journey back home for the festivities. As a proactive measure, the Commission has begun an integrated enforcement exercise in collaboration with Royal Malaysian Police, Road Transport Department, Agensi Anti-Dadah Kebangsaan and Highway Enforcement agencies which will be held for 17 days from 09 to 25 February. This includes public engagement to create awareness at terminals and 24-hour checks running from 14, 15 and 18 February when public transport movement is expected to be at the highest. Amongst the activities include special enforcement audits to examine GPS vehicle records, undercover operations and patrolling in high risk locations together with speed traps and surveillance via CCTV in Highway Operation Centres, in cooperation with the police and highway operators. SPAD’s enforcement team has also begun co

61 syarikat bas sertai skim ISBSF

Image
MOHD Isa menyerahkan cek peruntukan parlimen Jempol kepada wakil persatuan sekitar DUN Bahau pada Majlis Malam Kebudayaan Tahun Baru Cina di Bahau. - Foto Abnor Hamizam BAHAU: Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) meluluskan permohonan 61 syarikat perkhidmatan bas bagi menyertai Skim Dana Sokongan Sementara Bas Henti-Henti (ISBSF). Pemangku Pengerusi SPAD, Tan Sri Mohd Isa Abdul Samad, berkata ISBSF diwujudkan kerajaan pada 2012 bagi membantu menampung kos operasi harian syarikat terbabit, berikutan kerugian dialami disebabkan sebahagian laluan mereka tidak menguntungkan. Katanya, kerajaan memberi perhatian terhadap isu itu kerana kebanyakan laluan yang terbabit terletak di luar bandar dan perkhidmatan itu masih diperlukan oleh penduduk untuk meneruskan akvititi harian mereka. "ISBSF diwujudkan kerajaan untuk memastikan syarikat pengendali bas henti-henti, terutama di kawasan luar bandar tidak menamatkan perkhidmatan kerana peningkatan kos dan kerugian yang dialami

Bas elektrik diguna di Kuching tahun ini

Image
Abang Johari Tun Openg meraasmikan  premis baharu Inter-Continental Travel Centre Sdn. Bhd. di Kuching, petang ini. - UTUSAN ONLINE KUCHING 2 Feb. - Sarawak mahu memperkenalkan pengunaan bas elektrik di bandar raya ini yang dilihat lebih kondusif dan mesra alam pada tahun ini. Ketua Menteri, Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg berkata, perbincangan sedang dijalankan bersama Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Darat (SPAD) untuk melihat semula pelaksanaan program Skim Transformasi Bas Berhenti-Henti yang dianggarkan membabitkan peruntukan sekitar RM50 juta di negeri ini. Katanya, kabinet negeri tidak bersetuju dengan penggunaan bas diesel dalam skim itu kerana dilihat kurang mesra alam dan efisien bagi jangka masa panjang. "Kerajaan negeri bersedia menanggung sebahagian kos yang diperlukan bagi penggunaan bas elektrik di bandar raya ini. "Mungkin pada peringkat awal kita boleh mengurangkan jumlah bas elektrik berikutan kos yang akan meningkat," katanya dalam sidan

Sarawak tolak bas henti-henti

Image
PETRA JAYA: Kerajaan Sarawak menolak penggunaan bas henti-henti berkuasa enjin diesel yang ingin dibawa masuk oleh Kerajaan Pusat menerusi Skim Transformasi Bas Henti-Henti. Sebaliknya, mereka mahu bas berkenaan ditukar kepada enjin berkuasa elektrik. Keputusan penggunaan bas elektrik oleh kerajaan negeri dibuat bertujuan menyerap tekanan harga tambang berpunca daripada turun naik harga diesel setiap minggu terutama kepada rakyat kebanyakan yang sering menggunakan pengangkutan terbabit. Ketua Menteri, Datuk Patinggi Abang Johari Abang Openg, berkata transformasi bas henti-henti perlu dilaksanakan berkonsepkan cekap tenaga, selain sejajar teknologi moden dengan Sarawak mempunyai kapasiti membekalkan tenaga elektrik pada tarif rendah. "Sejumlah RM50 juta diperlukan bagi membawa masuk sekurang-kurangnya 50 bas elektrik ke negeri ini dalam tempoh tiga tahun akan datang. "Penggunaan bas elektrik berkenaan memberi kesan signifikan dan nilai tambah kepada industri pelanc

Amphicoach kini di Pelabuhan Klang, isu selesai - Ahmad Razif

Image
KUALA TERENGGANU 1 Feb. - Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Razif Abdul Rahman menyifatkan isu penghantaran bas dua alam, Amphicoach yang tertangguh sekian lama telah selesai apabila kenderaan terbabit kini berada di Pelabuhan Klang, Selangor. Beliau berkata, semua pihak diminta sabar menanti ketibaan bas itu kerana terdapat beberapa perkara yang perlu diuruskan terlebih dahulu termasuk pemeriksaan Puspakom Sdn. Bhd. (Puspakom), pendaftaran dengan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) dan penyerahan dokumen berkaitan. "Ini merupakan bas pertama seumpamanya di Malaysia yang tidak pernah ada di rantau ini, maka urusan itu akan mengambil sedikit masa. "Bagaimanapun, Amphicoach sudah ada di Pelabuhan Klang jadi tidak ada isu mengenai di mana bas? mana pergi bas? atau berlaku macam-macam pada bas. "InsyaAllah dengan operasi bas ini nanti di samping pelaksanaan perkhidmatan Bas Awam Bersepadu Malaysia (myBas) oleh Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) dan Mara Liner S