Posts

Showing posts from March, 2015

Rasional kenaikan tambang teksi.

Image
Pada 19 Mac lalu, Pengerusi Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat, Tan Sri Dr Syed Hamid Albar mengumumkan kenaikan kadar tambang teksi dinaikkan berkuatkuasa serta-merta. Tetapi pengumuman itu telah membuat banyak pihak yang mungkin tidak peka dengan apa yang telah dibuat oleh suruhanjaya itu sejak ditubuhkan pada Jun 2010, mendakwa keputusan itu kononnya dibuat secara semborono. Ada pula yang bertindak keterlaluan dengan menuduh SPAD bertindak tanpa mendapat restu Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak. Tidak terkecuali juga yang mendakwa kononnya kenaikan itu akan membebankan rakyat apabila Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) dikuatkuasakan kelak, walhal kerajaan sudah berkali-kali mengumumkan pengguna pengangkutan awam darat tidak dikenakan GST. Ekoran desakan pelbagai sudut, dua hari selepas itu Timbalan Perdana Menteri (TPM) Tan Sri Muhyiddin mengumumkan kabinet menangguhkan kenaikan itu. Pengumuman TPM itu telah membangkitkan rasa tidak puashati 130

Kadar baru tambang teksi jalan terus...hanya bas ekspress dan rel tunda

Image
Para pemandu dan pemilik teksi boleh menarik nafas lega.Setelah pengumuman kadar baru tambang diumum Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (S.P.A.D.) Khamis lalu ditunda Sabtu...petang Isnin kerajaan putuskan perlaksanaanya diteruskan. Sebaliknya hanya kadar baru tambang bas ekspress dan rel sahaja akan ditunda ke satu tarikh yang belum ditetapkan. Persatuan-persatuan pemandu teksi sebelum ini telah membuat rayuan agar kerajaan terus kadar baru tambang kerana ia sudah tertangguh sejak enam tahun lampau. Malah banyak juga pemandu dan pemilik teksi yang sudah tukar meter ikut kadar tambang baru sejurus pengumuman dibuat menerusi sidang akhbar Pengerusi SPAD Tan Sri Syed Hamid Albar Khamis lalu. Sebelum ini ekoran bantahan orangramai pada kadar baru pengangkutan awam,kabinet dalam mesyuarat Jumaat lalu putuskan semua kadar baru tambang teksi,bas ekspres dan rel ditangguhkan. Ia diumum oleh Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin dalam sidang akhbar di Muar pagi Sabtu. Petang Isni

PETEKMA mohon PM timbang semula penangguhan kenaikan tambang teksi.

Image
Pertubuhan Pemandu dan Pengusaha Teksi/Limosin dan Kereta Sewa Malaysia (PETEKMA) merayu Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak supaya mempertimbangkan semula keputusan kabinet menangguhkan kenaikan tambang teksi. Presidennya, Mohd Syahrir Abdul Aziz berkata, keputusan penangguhan itu memberikan beban kepada kehidupan pemandu teksi yang sangat memerlukan kenaikan itu bagi menanggung pelbagai kos, antaranya kos penyelenggaraan kenderaan, bahan api dan sara hidup. Katanya pelaksanaan  Cukai Perkhidmatan dan Barangan ( GST) pada 1 April nanti akan menambahkan beban kepada pemandu teksi jika kenaikan tambang ditangguhkan kerana mereka terpaksa membayar GST kepada syarikat, PUSPAKOM dan kedai-kedai yang servis. “Jika GST dilaksanakan, semua barang seperti tayar, minyak hitam dan servis kereta sudah pasti akan naik. Contohnya, harga minyak hitam sudah naik daripada RM80 kepada RM130. “Kerajaan perlu memahami minyak petrol yang digunakan juga bila-bila masa boleh

Kami bukan alien!... Kami rakyat Malaysia – keluhan pemandu teksi

Image
Amran Jan, Pengerusi Badan Bertindak Pemandu Teksi Bermeter (BBPTB)  Sebelum ini Persatuan Transformasi Teksi Malaysia (PERSIM) dan Badan Bertindak Pemandu Teksi Bermeter (BBPTB) seringkali tidak sebulu dengan Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD). Apa sahaja yang dilakukan oleh SPAD seringkali tidak kena pada mata mereka. Tetapi apabila kabinet memutuskan untuk menanggguhkan kenaikan kadar tambang baharu teksi, kedua-dua organisasi ini telah bersatu hati menyuarakan sokongan kepada suruhanjaya berkenaan setelah menyedari tidak ada pihak yang mengambilberat masalah mereka. Pagi Ahad mereka mengadakan sidang media di Kuala Lumpur untuk menyuarkan rasa tidak puashati dengan keputusan kabinet menangguhkan kenaikan kadar tambang itu dan mempertahankan SPAD. Kira-kira 80 pemandu teksi berdaftar dari seluruh Kuala Lumpur dan Selangor hadir memberi sokongan pada sidang media itu. “Saya berpendapat sebenarnya kadar kenaikan tambang ini perlu dikekalkan. Hampir enam tahun kami

Taxi Fare Revision Due to Overall Cost's Demand

Image

Tambang teksi dan bas ekspres naik

Image
Setelah kali terakhir semakan dibuat pada tahun 2009...tambang teksi naik mulai hari ini manakala bas ekspres pula akan berkuatkusa pada 15 Mei. Pengerusi Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD), Tan Sri Syed Hamid Albar yang mengumumkan kadar baru itu dalam satu sidang akhbar di Kuala Lumpur pada Khamis, berkata ini berikutan berlakunya kenaikan kos termasuk penyelenggaraan dan insurans. "Setakat hari ini kos penyelenggaraan teksi dan bas telah meningkat 33% di mana NGV sahaja naik 11.3%. Kita juga kena mengambilkira susut nilai dan kenaikan gaji," katanya. "SPAD mahu mengimbangi tambang teksi dengan koa penyelenggaraan serta keseimbangan antara kebajikan penumpang dan kesan ekonomi kepada pengendali teksi. "Keputusan ini bukan dibuat semalam tetapi setelah melalui proses interaksi bersama kumpulan sasaran selama beberapa tahun iaitu pengendali teksi, pemandu teksi dan pengguna. Syed Hamid menegaskan perubahan tambang teksi ini hanya menyentuh kadar ja

Hukuman pada teksi sapu lebih dahsyat!

Image
   Awas pemandu teksi sapu! Jika tertangkap dalam operasi yang dijalankan oleh unit penguatkuasaan Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD), anda bukan sahaja dikenakan denda, tetapi kenderaan anda juga mungkin akan dilucut hak!   Ketua Bahagian Penguatkuasaan SPAD, Datuk Paduka Che Hasni Che Ahmad, berkata, pemandu teksi sapu boleh dicaj di bawah Seksyen 16 Akta Pengangkutan Awam Darat dan jika disabitkan kesalahan akan dikenakan denda tidak melebihi  RM10 ribu atau penjara tiak lebih setahun. SPAD juga boleh memohon kepada mahkamah supaya kenderaan itu dilucut hak.  Che Hasni berkata demikian kepada pemberita selepas tamat Operasi Teksi Tak Guna Meter (Ops TGM) di perkarangan Stadium Merdeka, pada Rabu.  Dalam operasi itu, unit beliau telah menyita 25 buah teksi.  Daripada jumlah itu, terdapat sebuah teksi sapu yang menukar permit teksinya yang sudah mati tukar menjadi teksi sapu, serta dua teksi lagi disita kerana pemandu-pemandunya  tidak  mempunyai kad pemandu langs

SPAD umum kenaikan tambang teksi pada Khamis

Image
Pemandu dan pengusaha teksi bakal tersenyum lebar apabila penantian dan kesabaran mereka selama lima tahun bakal membuahkan hasil. Ini kerana pagi Khamis ini Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) dijangka akan mengumumkan kenaikan kadar baru tambang teksi, setelah hampir dua tahun membuat kajian dan mengumpul maklum balas daripada pihak-pihak berkepentingan. Sejak dua tahun lalu persatuan-persatuan teksi dan SPAD mengadakan rundingan demi rundingan mengenai kadar baharu tambang teksi. Beberapa cadangan dikemukakan oleh pengendali teksi diikuti beberapa cadangan balas dari SPAD. Dengar cerita SPAD akhirnya bersetuju mengambil jalan tengah yang dirasakan dapat menghasilkan situasi menang-menang. Pada ketika pengusaha dan pemandu teksi tersenyum lebar mendengar berita ini,  mungkin ada juga beberapa pihak yang tidak senang hati. Tetapi pihak-pihak ini perlu ingat bahawa pemandu dan pengendali teksi juga adalah rakyat dan mempunyai hak yang sama dengan pengguna teksi. Sehu