3 Bulan Untuk Mengambil Kad Bantuan Teksi 1Malaysia

MAKLUMAT TERKINI MENGENAI PENGAMBILAN
KAD BANTUAN TEKSI 1MALAYSIA



15 April 2018 – Berikutan sambutan yang menggalakkan daripada para pemandu teksi
terhadap Kad Bantuan Teksi 1Malaysia pada 13 April, Suruhanjaya Pengangkutan Awam
Darat (SPAD) ingin memaklumkan bahawa warga pemandu tidak perlu risau kerana SPAD
telah menyediakan 67,000 kad bantuan untuk mereka.

Tambahan pula, pemandu teksi diberi tempoh selama 3 bulan (dari 16 April sehingga 16
Julai 2018) untuk mengambil kad bantuan tersebut dari pejabat-pejabat cawangan SPAD
seperti yang tertera di dalam lampiran di bawah. Segala urusan pengambilan kad ini
adalah tertakluk kepada waktu pejabat dan hari-hari kelepasan am setempat. Tarikh dan
tempat pengambilan untuk para pemandu di Sabah dan Sarawak akan diumumkan dalam
masa terdekat oleh pejabat Lembaga Pelesenan Kenderaan Perdagangan (LPKP) Sabah dan
Sarawak.

Semua kad bantuan akan diaktifkan setelah diambil oleh pemandu teksi dan mereka boleh
membelanjakan nilai sehingga RM800 untuk pembelian petrol dan NGV di stesen-stesen
Petronas di seluruh negara.

SPAD juga ingin menjawab segala tohmahan di laman media sosial yang mendakwa
kononnya “para pemandu menjadi marah selepas diberitahu kad bantuan hanya akan
diberikan selepas pilihanraya.” Dakwaan terebut adalah palsu kerana ribuan pemandu
telah mengambil kad masing-masing selepas Kad Bantuan 1Malaysia dilancarkan oleh YAB
Perdana Menteri Dato’ Sri Mohd Najib bin Tun Razak pada 13 April 2018 di MAEPS, Serdang;
malahan kesemua kad telah diaktifkan sebaik sahaja diambil oleh pemandu.

Jika dakwaan-dakwaan liar masih berleluasa, SPAD tidak akan teragak-agak untuk
membuat laporan polis agar penyebar-penyebar berita tersebut disiasat oleh pihak
berkuasa.

SPAD ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan terima kasih kepada persatuan-
persatuan pemandu dan seluruh pemandu teksi yang telah meluangkan masa untuk hadir
pada majlis berkenaan.

Untuk maklumat lanjut mengenai Kad Bantuan Teksi 1Malaysia, sila layari
www.spad.gov.my/ms/pengusaha-kenderaan/teksi/kad-bantuan-teksi-1malaysia

Comments

Popular posts from this blog

LRT3 dari Bandar Utama ke Klang dibina tahun depan dan siap 2020

Kenyataan SPAD mengenai insiden agihan Kad Bantuan Teksi 1 Malaysia