Posts

Showing posts from March, 2016

SPAD MEMBERI MAKLUM BALAS BERIKUTAN DEMONSTRASI PEMANDU TEKSI DI SEKITAR KUALA LUMPUR

Image
Kuala Lumpur, 29 Mac 2016 - Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) telah menerima laporan berkaitan demonstrasi oleh pemandu teksi di sekitar kawasan Bukit Bintang yang mahukan aplikasi Uber dan GrabCar diharamkan.  SPAD sehubungan itu ingin mengucapkan terima kasih kepada pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM) di atas tindakan pantas dan kerjasama yang diberikan bagi mengawal keadaan serta mengurangkan kesulitan yang dialami oleh orang awam.  Kenderaan yang digunakan oleh aplikasi Uber dan GrabCar tidak mempunyai lesen yang sah daripada pihak berkuasa seperti SPAD dan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ).  Suruhanjaya sedang mengambil langkah bagi memastikan aplikasi seperti Uber dan GrabCar dapat dikawal selia di bawah undang-undang dan tidak mengugat industri teksi yang sedia ada. Namun begitu, usaha tersebut memerlukan masa.  Suruhanjaya prihatin terhadap isu-isu di dalam industri teksi dan sedang berusaha bagi mendapatkan penyelesaian yang sesuai bagi meningkatkan pendap

SPAD sedia lulus permohonan KTM tutup sebahagian landasan jika penuhi syarat

Image
Permohonan Keretapi Tanah Melayu (KTM) untuk menutup sebahagian daripada landasannya untuk menaiktaraf sistem bagi Landasan Berkembar Lembah Klang (KVDT) akan diluluskan jika ia dapat memberi jaminan keselamatan pengguna dan perkhidmatan tidak akan tergendala. "KTM hendaklah mengutamakan soal keselamatan sepanjang tempoh pelaksanaan kerja-kerja menaiktaraf infrastruktur dan sistem bagi KVDT. "Selain itu KTM harus memastikan kekerapan perkhidmatan tren antara-bandar setiap 15 minit pada waktu puncak tidak terjejas dengan kerja-kerja naiktaraf berkenaan," kata Pengerusi Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD), Tan Sri Dr Syed Hamid Albar. "Jarak kerja-kerja naik taraf itu akan membabitkan laluan sejauh 42 kilometer. Oleh itu kami boleh terima sekiranya perkhidmatan bukan waktu puncak akan terjejas daripada kebiasan setiap setengah jam kepada 45 minit. "Bagaimanapun KTM mesti memastikan perkhidmatan waktu puncak dikekalkan, iaitu setiap 15 minit,

Polisi Toleransi Sifar SPAD Terhadap Rasuah

Image
Kuala Lumpur, 23 Mac, 2016 – Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) memandang serius terhadap penahanan lima anggota penguatkuasaan yang ditugaskan di KLIA dan KLIA2 oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) atas tuduhan menerima rasuah. Penahanan tersebut amat membimbangkan kerana ia melibatkan integriti Suruhanjaya di dalam melaksanakan tugas bagi kepentingan rakyat dan industri pengangkutan awam. SPAD akan memberikan kerjasama sepenuhnya kepada SPRM di dalam siasatan yang sedang dijalankan. SPAD sentiasa mengamalkan polisi toleransi sifar terhadap rasuah. Suruhanjaya akan mengenakan tindakan yang keras terhadap kakitangan yang didapati bersalah; ini termasuk tindakan pemecatan daripada perkhidmatan. Orang ramai atau mana-mana pihak boleh menyuarakan perkara dan isu-isu berkaitan integriti kakitangan SPAD melalui talian 1-800-88-7723 atau emel kepada integrity@spad.gov.my