Posts

Showing posts from September, 2014

Laluan Merah dan Biru Bas GO KL disusun semula demi keselesaan.

Image
PENAMBAHBAIKAN LALUAN MERAH DAN LALUAN BIRU BAGI PERKHIDMATAN BAS BANDAR GO KL KUALA LUMPUR: 23 September 2014  –Mulai 1hb Oktober 2014, Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (S.P.A.D) akan menambahbaik Laluan Merah dan Laluan Biru perkhidmatan bas Bandar GO KL. Melalui penilaian prestasi yang telah dijalankan keatas kedua-dua laluan ini semenjak mula beroperasi, S.P.A.D telah mengambil keputusan untuk melaksanakan langkah penambahbaikan laluan Merah dan Biru ini demi meningkatkan kadar penggunaan perkhidmatan ke tahap yang optima. Langkah penambahbaikan ini merangkumi perubahan lokasi mula dan akhir laluan, penambahan perkhidmatan ke destinasi tumpuan orang ramai dan pemberhentian perkhidmatan ke destinasi yang kurang mendapat sambutan pengguna Go KL. Untuk makluman, perkhidmatan bas Bandar GO KL ini telah dilancarkan oleh YAB Perdana Menteri pada 31 Ogos 2012 dengan dua (2) laluan sahaja iaitu Laluan Hijau dan Laluan Ungu dan kemudiannya Laluan Merah dan Laluan biru pada 1hb

Di celah kesibukan...Syed Hamid sempat terjemah buku

Image
Dalam kesibukannya memegang tugas sebagai Pengerusi Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat dan Duta Khas OIC ke Myanmar serta menamatkan Phd, Tan Sri Dr Syed Hamid Albar masih sempat menterjemahkan sebuah buku berjudul Wasatiyyah Dalam Al-Quran dan Sunnah. Buku itu diterjemahkan daripada karya asal dalam bahasa Inggeris berjudul “Moderation and Balance In Islam: The Quranic Principle of Wasatiyyah, oleh Professor Dr Mohammad Hashim Kamali yang turut hadir pada majlis pelancaran yang disempurnakan oleh Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Seri Shabbery Cheek. Syed Hamid bukan baru dalam dunia penulisan malah pernah menulis beberapa naskah buku, antaranya “Di Perjalanan” serta antologi sajak berjudul “Jendela Hidup” dan “Meninta di Ufuk Kabus” selain menulis pelbagai artikel di akhbar dan majalah. Tetapi ini adalah kali pertama Syed Hamid menceburkan diri dalam bidang penterjemahan. “Ia bukan kerja yang mudah. Saya terpaksa membaca berulangkali setelah selesai membuat terjemahan