Ratusan penumpang terkandas di Hentian Duta

Sebahagian orang ramai yang membeli tiket bas
 tambahan terpaksa menunggu lama ekoran bas tidak
 mempunyai permit perjalanan sah ketika diperiksa oleh'
 anggota penguat kuasa SPAD di Hentian Bas Jalan Duta,
 Kuala Lumpur, semalam. BERNAMA
KUALA LUMPUR 16 Feb. – Lebih 300 penumpang bas yang ingin pulang ke kampung halaman sempena cuti Tahun Baharu Cina terkandas beberapa jam semalam apabila bas yang ingin mereka naiki tidak muncul di Hentian Duta di sini seperti dijadualkan.

Kejadian itu dipercayai gara-gara pemandunya cuba mengelak daripada diperiksa Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD).

Pengurus Besar Kanan Bahagian Penguatkuasaan SPAD, Datuk Che Hasni Che Ahmad berkata, pemeriksaan bawah Op Serkap mendapati kira-kira 10 bas tidak tiba pada waktu ditetapkan sejak pukul 8 malam.

“Mereka mungkin ingin mengelak daripada diperiksa SPAD kerana dipercayai tidak mempunyai Lesen Perubahan Sementara (LPS) atau kesalahan lain,” katanya kepada pemberita mengenai operasi itu di hentian berkenaan di sini.

Che Hasni berkata, Op Serkap dari 9 hingga 25 Februari ini dilancarkan di semua terminal bas bagi memastikan keselamatan penumpang bas ekspres terjamin.

Katanya, setakat ini, SPAD me­ngeluarkan 146 saman bagi pelbagai kesalahan selain menyita lima kenderaan termasuk bas dan teksi.

Ketika dihubungi kemudian, Che Hasni berkata, enam bas mun­cul selepas pukul 11 malam.

Dalam pada itu pembantu di sebuah klinik pergigian di Jinjang, Suffi Liyana Subian, 24, berkata, bas yang dijadual tiba pukul 8.30 malam tidak muncul untuk membawanya pulang ke Sungai Petani, Kedah. - Utusan Online


Comments

Popular posts from this blog

LRT3 dari Bandar Utama ke Klang dibina tahun depan dan siap 2020

3 Bulan Untuk Mengambil Kad Bantuan Teksi 1Malaysia

30 minit dari Putrajaya ke KL bila MRT siap