Posts

Showing posts from November, 2017

Kemalangan Tren: SPAD tubuh Jawatankuasa Siasatan Keselamatan

Image
Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) akan menubuhkan jawatankuasa siasatan keselamatan pelbagai agensi untuk menentukan punca utama di sebalik beberapa insiden kemalangan tren kargo Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB).   Jawatankuasa tersebut juga akan memperkenalkan langkah-langkah penambahbaikan untuk operasi perkhidmatan kargo KTMB.   SPAD, dalam kenyataan Jumaat, berkata suruhanjaya itu akan mengetuai jawatankuasa itu yang akan dianggotai oleh pakar daripada beberapa kementerian, agensi dan sektor swasta berkaitan.   Antara lain, jawatankuasa itu akan ditugaskan untuk mengkaji secara komprehensif semua rangka kerja, struktur, proses yang sedang diguna pakai serta mendapatkan jaminan bahawa keselamatan diberi keutamaan yang tinggi dalam operasi dan perkhidmatan penyelenggaraan KTMB.   Sebelum ini, Ogos lepas, dua insiden tren kargo tergelincir dilaporkan dan semalam, perkhidmatan tren di sekitar Lembah Klang terjejas selepas 12 gerabak tren kargo tergelincir

Operasi tren kargo sepanjang laluan Rawang – Salak Selatan digantung - SPAD

Image
SPAD MENGARAHKAN KTMB UNTUK MENGGANTUNG OPERASI TREN KARGO SEPANJANG LALUAN RAWANG - SALAK SELATAN BERIKUTAN KEGELINCIRAN  KUALA LUMPUR, 23 NOVEMBER 2017 - Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) memandang serius kejadian kegelinciran tren kargo KTMB di stesen Bank Negara yang telah mengakibatkan ramai pengguna KTM mengalami gangguan perkhidmatan.  Suruhanjaya menganggap bahawa kejadian itu tidak boleh diterima dan dengan itu telah mengarahkan KTMB bagi mempercepatkan siasatan serta mengemukakan laporan penuh mengenai insiden tersebut bagi mengenal pasti punca sebenar kegelinciran.  Sebagai langkah berjaga-jaga yang segera, SPAD telah mengarahkan KTMB untuk menggantung perkhidmatan kargo di sepanjang laluan Rawang-Salak Selatan sehingga siasatan dimuktamadkan. Di samping itu, SPAD telah menegaskan kepada KTMB untuk mengkaji semula dan memperbaiki prosedur pengendalian gerabaknya bagi memastikan keselamatan terjamin.  Suruhanjaya juga telah mengarahkan KTMB bagi memperc

Sultan Johor perkenan jambatan lurus JB-Singapura untuk projek RTS

Image
Sultan Johor telah beri perkenan baginda bagi jajaran jambatan setinggi 25m yang akan merentasi Selat Johor secara lurus ke Woodlands,Singapura untuk projek Rapid Transit System (RTS) Link.   Baginda beri perkenaan itu dalam pertemuan dengan Ketua Pegawai Eksekutif SPAD Mohd Azharuddin Bin Mat Sah bersama pegawai-pegawai kanan beliau di Istana Bukit Pelangi, Johor Bahru pada 15 November.   Sebelum ini Sultan Johor yang menyambut baik projek RTS Link bagaimanapun  tidak bersetuju dengan cadangan reka bentuk trek rel yang melengkung, selain jambatannya yang mungkin mencapai ketinggian 30 meter di bahagian tengahnya.   Satu kenyataan SPAD kata  dalam pertemuan dengan baginda SPAD telah mengemukakan tiga pilihan jajaran bagi projek RTS.   Jajaran ini mematuhi panduan teknikal Jabatan Laut Malaysia yang menetapkan had ketinggian jambatan bersama drauf udara minima 25m. Menurut kenyataan SPAD Sultan Johor juga menekankan kepentingan memastikan penyuraian trafik di k