Posts

Showing posts from February, 2014

SPAD akan meneliti laporan audit kejadian kemalangan bas Genting Highland

SPAD AKAN MENELITI LAPORAN AUDIT KEJADIAN KEMALANGAN BAS HENTI-HENTI DI KM35 JALAN GENTING HIGHLAND KUALA LUMPUR: 20 Februari 2014- Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) telah meneliti dan mengambil maklum hasil laporan audit kejadian kemalangan Bas Henti-henti di KM 3.5 Jalan Genting Highland yang telah dikeluarkan oleh Kementerian Pengangkutan. Segala syor dan cadangan yang dikemukakan akan diberi perhatian sama ada yang melibatkan proses atau prosedur. Selain daripada menjalankan tugas utama mengikut Akta Pengangkutan Awam Darat 2010, SPAD juga mempunyai tanggungjawab bersama dengan agensi lain. SPAD sentiasa bekerjsama dengan semua agensi yang berkaitan dengan sistem pengangkutan awam darat. Punca utama kemalangan pada 20 Ogos 2013 adalah kecuaian pemandu dan kelajuan yang tinggi. “Human Factor” adalah salah satu aspek penting yang perlu diberi perhatian oleh pengusaha atau operator. Sehubungan ini, SPAD telah mengambil langkah pencegahan drastik. Antaranya: Pekeliling menge

Utamakan mendidik pemandu - SPAD

Image
Gambar arkib Syarikat- syarikat pengangkutan trak perlu mengutamakan mendidik pemandu dan menyediakan sistem sokongan yang mantap untuk mereka demi menentukan jalan raya jadi lebih selamat dan kemalangan melibatkan kenderaan berat berkurangan. Pengerusi Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) Tan Sri Syed Hamid Albar berkata adalah mustahak bagi peserta industri berkenaan menyedari betapa pentingnya untuk tidak saja menaik taraf dan memajukan kenderaan mereka, tetapi juga meningkatkan kecekapan pemandu. "Pada 2012 saja, 83 peratus daripada kemalangann jalan raya melibatkan kenderaan barat di Lebuhraya Utara-Selatan adalah akibat kecuaian manusia, dan ini tidak termasuk seluruh Malaysia. "Daripada angka itu, lori dan trak terlibat dalam 18.7 peratus dari kes berkenaan," katanya dalam ucapan semasa melancarkan Kelab Trucker Asia di Kuala Lumpur Rabu. Syed Hamid mengambil perhatian sekalipun terdapat kenderaan paling maju, namun orang yang memandunya merupakan ko

Input bina LRT ke Shah Alam, Pelabuhan Klang

Image
Oleh ZAINI UMAR 21 FEB:   Suruhanjaya  Pengangkutan Awam Darat (SPAD) akan mengambil kira segala input  dikemukakan UMNO Bahagian Shah Alam berhubung  permohonan membina sistem Transit Aliran  Ringan (LRT) yang menghubungkan Kelana Jaya,  Shah Alam sehingga ke Pelabuhan Klang. Pengerusinya, Tan Sri Syed Hamid Albar berkata, input yang diberikan pihak tersebut amat berguna untuk membantu SPAD melakukan kajian  terperinci sebelum mengambil tindakan lanjut. “Kita akan berbincang dengan Syarikat Prasarana Negara Berhad (Prasarana) yang  bertanggungjawab dalam perkara ini dan  memberikan tumpuan terhadap kajian mengenainya,” katanya. Beliau berkata demikian selepas menerima memorandum berhubung permohonan tersebut  daripada Ketua UMNO Bahagian Shah Alam,  Azhari Shaari, di pejabatnya, di Shah Alam. Turut hadir, Ketua Pegawai Eksekutif SPAD, Mohd. Nur Kamal Mohamed Ismal, Timbalan  Ketua Bahagian UMNO Shah Alam, Datuk Abdul Rahim Mat Shah, Naib Ketua Bahagian, Datuk Nor Hisham Ses

Pengerusi SPAD jadi mangsa hentam keromo...

Image
Zaman informasi di hujung jari ini, ramai yang hendak jadi 'rambo'... mengamuk salahkan orang sana-sini menggunakan media sosial. Pantang salah sikit, berjela-jela kena maki. Paling kerap jadi mangsa orang politik, tidak terkecuali, instrumen kerajaan terutamanya yang menguatkuasakan undang-undang, macam polis, JPJ, dan lain-lain. Al kisah, turut sama jadi mangsa 'hentam keromo' ini adalah Pengerusi Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) Tan Sri Syed Hamid Albar. Angin tidak ribut tidak, ada media pro pembangkang yang menyiarkan kenyataan seorang ahli perniagaan Datuk Shamsubaharin Ismail suruh beliau letak jawatan pada Rabu. Bagi Syed Hamid sendiri, sebagai seorang pengerusi kepada suruhanjaya yang mempunyai kaitan dengan orang ramai, beliau mengalu-alukan pandangan, cadangan mahupun kritikan tapi biarlah berasas. Menurut beliau kenyatan ahli perniagaan yang juga pengasas syarikat Teksi Premium Big Blue itu banyak berasas pada emosi dan tidak berlandask

S.P.A.D. tidak akan bertolak ansur dengan pesalah undang-undang

S.P.A.D. TIDAK AKAN BERTOLAK ANSUR DENGAN MANA-MANA INDIVIDU DAN PENGUSAHA YANG TIDAK MEMATUHI UNDANG-UNDANG KUALA LUMPUR (17 Februari 2014): Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (S.P.A.D.) tidak akan bertolak ansur dengan mana-mana individu atau pengusaha yang menghalang pegawai S.P.A.D untuk menjalankan tugas di bawah Akta Pengangkutan Awam Darat 2010.  Berikutan dengan kejadian serangan keatas pegawai penguatkuasa S.P.A.D di Pudu Sentral pada 15 Februari 2014. S.P.A.D amat kesal dan memandang serius kejadian tersebut. S.P.A.D telah memulakan siasatan keatas pengusaha dan individu terbabit atas kesalahan menghalang penjawat awam menjalankan tugas sehingga membawa kecederaan. Selain itu, S.P.A.D berharap pihak PDRM juga akan mengambil tindakan yang sewajarnya keatas individu terbabit,  sekiranya didapati bersalah. Sehubungan ini, S.P.A.D ingin menyarankan agar semua pengendali menghormati undang-undang yang telah ditetapkan bagi mengelak tindakan dari mana – mana

S.P.A.D. tidak akan berkompromi dengan pemandu lori yang tidak mematuhi undang-undang

KUALA LUMPUR (15 Februari 2014): Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (S.P.A.D.) tidak akan berkompromi dengan mana-mana operator atau pemandu lori yang melakukan kesalahan di bawah Akta Pengangkutan Awam Darat 2010. SPAD telah diberi amanah untuk mengawalselia dan menguatkuasakan undang-undang berkenaan. Pegawai-pegawai SPAD sentiasa dan akan menjalankan tanggungjawab tersebut mengikut prosedur dan tatacara yang telah ditetapkan. Berikutan dengan kejadian bantahan 50 pemandu lori tanah dan batuan di JPJ Taman Daya, Johor Bahru pada 12 Februari 2014, SPAD kesal dan memandang serius kejadian tersebut. Kesemua 50 pemandu lori ini tidak berpuas hati dengan kekerapan operasi yang dijalankan oleh SPAD walaupun ianya mengikut SOP yang telah ditetapkan. Rekod SPAD menunjukkan sebanyak 674 kesalahan telah dilakukan oleh pemandu pemandu lori di Zon Selatan sejak 2013 sehingga Januari 2014. Kesalahan yang paling ketara adalah lebih muatan dan tidak mengambil langkah-langkah keselamatan bagi p

SPAD minta rakyat adu pemandu warga asing

Image
Kalau anda naik teksi dan melihat wajah pemandunya atau slanga percakapannya seperti orang asing tetapi mengaku warganegara Malaysia, jangan teragak-agak melaporkan kepada Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD). Itulah pesanan Pengurus Besar Penguatkuasaan SPAD, Mejar Jeneral (B) Dato Paduka Che Hasni Che Ahmad kepada pengguna-pengguna teksi di Malaysia. Che Hasni yang ditemui pemberita selepas Ops Tegas Alien (Operasi Membanteras Pemandu Teksi Warga Asing) pada Rabu, berkata, kebelakangan ini SPAD banyak menerima aduan daripada orangramai mengenai kegiatan itu. Sehubungan itu pada Rabu, SPAD melaksanakan Ops Tegas Alien secara bersepadu dengan Polis DiRaja Malaysia (PDRM), Jabatam Imigresen dan Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) bagi membanteras aktiviti pemandu teksi warga asing dan yang enggan menggunakan meter di sekitar Cheras, Kajang dan Bukit Bintang. Menurut Che Hasni, operasi dilaksanakan dalam dua fasa, iaitu dari pagi hingga tengahari dan pada waktu ml