Posts

Showing posts from October, 2014

Malaysia bakal memuktamadkan projek 'bullet train' ke Singapura tahun depan

Malaysia akan mula memuktamadkan butiran projek Keretapi Api Berkelajuan Tinggi (HSR) dengan Singapura suku pertama tahun depan. Pengerusi Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat Malaysia (SPAD) Tan Sri Syed Hamid Albar berkata demikian kepada wartawan Malaysia dan Singapura pada Persidangan Kereta Api Berkelajuan Tinggi 2014 di Tokyo pada Rabu. Persidangan itu diadakan untuk memperingati ulang tahun ke-50 Tokaido Shinkansen atau 'bullet train'. "Berhubung dengan kajian kemungkinan, kami telah mengemukakannya kepada kerajaan dan mereka telah menerimanya. Ia akan dikemukakan kepada Perdana Menteri (Malaysia dan Singapura). "Dua jawatankuasa telahpun ditubuhkan - jawatankuasa teknikal dan jawatankuasa bersama peringkat menteri," kata beliau. Singapura masih dalam proses menjalankan kajian kemungkinan dan dijangka menyiapkannya pada awal tahun depan. Syed Hamid berkata, kerajaan pada masa ini sedang membuat penilaian mengenai sistem Kereta Api Berkelajuan Ti

Persatuan minta naik tambang bas sekolah 30 peratus...

Gabungan Persatuan Pengusaha Bas Sekolah Malaysia (GPBSM) akan mengenakan kadar baru tambang bas sekolah pada sesi persekolahan tahun depan dengan kenaikan sebanyak 30 peratus. Presiden GPBSM Mohd Rofik Mohd Yusof berkata, kenaikan itu sudah dipersetujui semua 18,000 pengusaha bas sekolah yang bernaung di bawah gabungan itu di seluruh negara termasuk Sabah dan Sarawak. Katanya, cadangan kenaikan kadar tambang bas sekolah itu terpaksa dilakukan mulai sesi persekolahan tahun depan selepas ia ditangguhkan tahun ini. “Pada dasarnya kita bercadang untuk menaikkan kadar tambang bas sekolah 30 peratus selepas Tahun Baru Cina lalu, tetapi tidak mendapat persetujuan Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD). “Bagaimanapun, agensi itu sudah memberi kebenaran kepada gabungan menetapkan kadar baru bagi sesi persekolahan tahun depan, namun perlu berunding dengan ibu bapa bagi mendapatkan persetujuan bersama. “Kami akan memaklumkan ibu bapa mengenai kadar baru itu dan berharap selepas ini

SPAD akan terus sita teksi tak guna meter.

Image
Berpuluh-puluh operasi telah dilakukan oleh Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) sepanjang tahun ini bagi membanteras kegiatan pemandu teksi tak guna meter. Amaran demi amaran dan pelbagai tindakan telah dibuat, tetapi masih ramai yang degil. Sehubungan itu SPAD tak akan beri muka lagi selepas ini dan akan terus menyita serta merta teksi pemandu yang degil tak mahu guna meter. "Selepas ini, bila operasi kami akan terus sahaja sita teksi pemandu yang degil. Pengusaha atau pengendali kena datang ke tempat sita jumpa saya," kata Pengurus Besar Penguatkuasaan SPAD, Dato Che Hasni Che Ahmad. Che Hasni berkata amalan sebelum ini ialah SPAD akan memberikan amaran dan memanggil pemandu dan pengusaha untuk memberi keterangan terlebih dahulu sebelum melakukan tindakan menyaman atau menyita. "Kali ini kami akan terus sita saja. Saya tak mahu lagi biarkan pemandu teksi bermaharajalela tidak menggunakan meter. Saya juga nak bagi amaran dan ingatan kepada pemandu

Respon S.P.A.D. terhadap Bajet 2015

Image
Gambar arkib KENYATAAN AKHBAR TAN SRI DATO' SERI DR. SYED HAMID ALBAR PENGERUSI SURUHANJAYA PENGANGKUTAN AWAM DARAT KUALA LUMPUR: 11 Oktober 2014 - Suruhajaya Pengangkutan Awam Darat (S.P.A.D) menerima baik pengumuman belanjawan 2015 oleh YAB Perdana Menteri. Secara keseluruhannya, ini merupakan satu belanjawan holistik dan menyeluruh yang memberi penekanan kepada rakyat.  Dari perspektif pengangkutan awam,  perancangan dan langkah-langkah yang diumumkan oleh YAB PM adalah selaras dengan inisiatif Kerajaan untuk mentransformasikan pengangkutan awam darat. Dengan peruntukan pembangunan bagi beberapa projek infrastruktur dan kemudahan pengangkutan awam seperti peruntukan sebanyak RM70 juta bagi projek bas elektrik , projek pembinaan laluan LRT dari Bandar Utama-  Shah Alam-  Klang dengan peruntukan RM9 billion , projek MRT Selayang- Putrajaya dengan peruntukan RM 23 billion dan insentif untuk perkhidmatan bas antara bandar bagi laluan KL ke Seremban, Rawang dan Klang,  ianya suda

Kuatkuasa larangan kenderaan berat pada cuti umum - LLM

Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) bercadang menguatkuasakan perintah larangan kepada kenderaan berat semasa cuti-cuti umum tertentu dalam usaha mencegah kemalangan di lebuh raya. Ketua Pengarah LLM Datuk Ir Ismail Md Salleh berkata pihaknya percaya, kerjasama dengan Jabatan Pengangkutan Jalan dapat menguatkuasakan larangan itu melalui Seksyen 70 Akta Pengangkutan Jalan 1987. “Larangan (boleh) dikuatkuasakan melalui perintah yang disiarkan dalam Warta melarang atau menyekat daripada memandu atau menggunakan kenderaan-kenderaan atau apa-apa kelas atau perihalan tertentu kenderaan-kenderaan di mana-mana jalan atau mana-mana bahagian jalan yang dinyatakan dalam perintah itu,” katanya dalam satu kenyataan Rabu. LLM mengulas mengenai kemalangan di KM256.1 (Arah Utara) Lebuhraya PLUS iaitu 4.7 kilometer selepas Terowong Menora pada 4 Okt lepas yang telah mengorbankan seorang ibu dan anaknya selain mencederakan tiga yang lain. Ismail berkata pihaknya menerusi syarikat konsesi PLUS Berha

SPAD serah kepada sekolah dan ibubapa tetapkan tambang bas sekolah.

Image
Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) akan menyerahkan kuasa kepada sekolah dan ibubapa untuk menetapkan kadar tambang bas sekolah mulai tahun depan. Pengerusi SPAD, Tan Sri Dr Syed Hamid Albar pada sidang media di Kuala Lumpur, Jumaat, berkata keputusan itu dibuat setelah suruhanjaya mendapatkan maklum balas daripada pihak-pihak yang berkepentingan. "Dengan keputusan deregulasi tambang bas sekolah ini,  bermakna SPAD menukar peranannya daripada menetapkan tambang kepada memantau dan mengawal selia sahaja. "Ini bermakna pihak sekolah dan ibubapa menerusi Persatuan Ibubapa Guru (PIBG) boleh berunding dengan pengendali bas bagi menentukan kadar tambang mengikut jenis dan kualiti perkhidmatan yang ditawarkan. "Mereka juga boleh memutuskan untuk meluluskan atau menolak permohonan pengendali bas sekolah," katanya. Menurut Syed Hamid, sebagai salah satu langkah mengatasi masalah bas sekolah "sapu" SPAD akan memudahkan permohonan lesen pen