Posts

Showing posts from December, 2014

SPAD akan berusaha sambung semula perkhidmatan pengangkutan awam di laluan Pantai Timur

Image
SPAD AKAN BERUSAHA SAMBUNG SEMULA PERKHIDMATAN PENGANGKUTAN AWAM DI LALUAN PANTAI TIMUR YANG TERGENDALA EKORAN BANJIR




KUALA LUMPUR, 29 Disember 2014 -  Berikutan dengan bencana banjir yang telah melanda negara ini terutamanya di kawasan Pantai Timur, Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) turut  bersimpati dengan mangsa dan keluarga yang terlibat. 

Pada masa yang sama, SPAD akan terus berusaha untuk menyambungkan semula perkhidmatan pengangkutan awam yang terjejas bagi laluan Pantai Timur dengan bekerjasama dengan pihak-pihak yang berkenaan.

Sehingga kini, bencana banjir ini telah menyebabkan infrastruktur landasan keretapi mengalami kerosakan yang amat teruk. 

Buat masa ini masih terlalu awal untuk menyatakan bila perkhidmatan tren KTMB di sektor Pantai Timur akan pulih seperti biasa disebabkan kerosakan infrastruktur yang terlibat masih belum dapat diakses sepenuhnya.

SPAD dan pihak KTMB sedang berusaha sebaik mungkin untuk mengenal pasti kerosakan yang berlaku dan seterusnya mengamb…

SPAD tangkap 10 ulat bas dalam Ops Parasit/Serkap di Pudu Sentral.

Image
Sepuluh “ulat” yang cuba mendesak pelanggan membeli tiket bas berjaya ditahan oleh Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) dalam Ops Parasit/Serkap yang diadakan di Pudu Raya, bermula 10 pagi hingga lima petang, Rabu.
Operasi berkenaan diketuai oleh Pengurus Besar Besar Penguatkuasaan SPAD, Datuk Che Hasni Che Ahmad, membabitkan 12 anggota dan seorang pegawai SPAD serta beberapa pegawai Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).
Menurut Che Hasni, semua yang ditahan akan dakwa di bawah Seksyen 205 Akta Pengangkutan Awam Darat (APAD) 2010 dan sekiranya disabitkan kesalahan boleh dikenakan denda tidak kurang RM1 ribu dan tidak melebihi RM50 ribu atau tiga tahun penjara atau kedua-duanya sekali.
“Operasi ini diadakan memandangkan cuti panjang Krismas, SPAD mahu mempastikan tidak berlaku sebarang penipuan penjualan tiket. Kami juga mahu memastikan pengendali dan pemandu bas tidak melanggar peraturan yang ditetapkan oleh APAD untuk memastikan keselamatan penumpang,” kata Che Hasni k…

Kenyataan SPAD mengenai Operasi Penguatkuasaan terhadap kenderaan persendirian yang menjalankan operasi UBER di Johor Bahru

Image
JOHOR BAHRU (23 Disember 2014): Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (S.P.A.D.) telah menjalankan Operasi Penguatkuasaan terhadap kenderaan persendirian yang menjalankan operasi UBER hari ini. Melalui operasi ini, S.P.A.D telah berjaya menahan lima (5) kenderaan milik individu yang akan dituduh di bawah Seksyen 16 Akta Pengangkutan Awam Darat (APAD) 2010. Kenderaan yang ditahan ini telah disita dibawah Seksyen 80 & Seksyen 81 APAD. Untuk makluman, Operasi Penguatkuasaan ini telah dijalankan dikawasan tumpuan penumpang di sekitar Johor Bahru seperti Lapangan Terbang Sultan Ismail, Legoland dan Pasir Gudang.

S.P.A.D ingin menegaskan bahawa sungguhpun aplikasi Uber itu tidak menyalahi undang-undang secara kasarnya, kenderaan yang digunakan haruslah kenderaan yang berlesen. S.P.A.D. tidak akan berkompromi dengan mana-mana pihak yang tidak mematuhi undang-undang serta syarat-syarat pelesenan pengendali terutamanya yang menggunakan kenderaan persendirian untuk menjalankan operasi Uber ini…

Pencerahan Mengenai Isu-isu Yang Dibangkitkan Oleh PERS1M Kepada SPRM

Image
SIARAN MEDIA



PENCERAHAN MENGENAI ISU-ISU YANG DIBANGKITKAN OLEH PERS1M KEPADA SPRM PADA 19 DISEMBER 2014


KUALA LUMPUR (20 Disember 2014) – Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) ingin memberikan pencerahan mengenai isu-isu yang telah dibangkitkan oleh PERS1M kepada SPRM pada 19 Disember 2014.

Antara isu yang telah dibangkitkan adalah mengenai hukuman penjara yang telah dikenakan terhadap pemandu teksi disebabkan ketiadaan kad pemandu yang sah dan mengenai pengunaan aplikasi UBER.

SPAD dengan ini mahu menjelaskan sungguhpun Kad Pemandu itu satu dokumen pengenalan yang ringkas, implikasinya besar terhadap keselamatan penumpang. 

Ini ternyata dengan kaitan kes-kes jenayah yang melibatkan teksi, di mana pemandu teksi tidak dapat dikenalpasti kerana ketiadaan Kad Pemandu ketika penumpang menaiki kenderaan.

Di dalam kes yang melibatkan empat (4) pemandu teksi yang telah disabitkan oleh Mahkamah atas kesalahan tidak mempunyai Kad Pemandu, SPAD telah mengeluarkan kompaun pada asalnya, dengan ju…

SPAD teruskan Skim Insurans Murid Sekolah

KUALA LUMPUR, 19 Disember 2014 – Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) mengumumkan bahawa murid-murid sekolah yang menaiki bas sekolah berdaftar, akan terus menikmati perlindungan Skim Insurans Murid Sekolah pada 2015. 

Skim insurans ini telah diumumkan oleh Perdana Menteri semasa sesi pembentangan Bajet 2013 di mana kerajaan telah melantik SPAD sebagai agensi penyelaras skim ini.

SPAD dalam kenyataan medianya hari ini mengatakan kerajaan telah meluluskan penerusan perlaksanaan skim insurans ini berdasarkan kepada keperluan dan sambutan baik oleh ibubapa, pengurusan sekolah dan pengusaha bas sekolah. 

Skim insurans ini merupakan suatu langkah SPAD dalam mempertingkatkan perkhidmatan industri bas sekolah dan pada masa yang sama membantu murid-murid dan keluarga murid bagi menghadapi keadaan yang tidak diduga.

Untuk makluman juga, bantuan khas juga telah diberikan kepada pengusaha bas sekolah yang ingin menggantikan bas sekolah lama kepada bas baru melalui Skim Penggantian Bas Sekolah …