Posts

Showing posts from May, 2015

Pengoperasian Semula Perkhidmatan KTMB Gemas-Gua Musang

Image
28 Mei, 2015 – Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) mengambil maklum bahawa KTMB telah mengemukakan perancangan pengoperasian semula perkhidmatan tren antara Gemas-Gua Musang serta Kemubu-Bukit Abu; yang dicadangkan akan bermula pada pertengahan bulan Julai 2015, setelah kerja-kerja pemulihan sementara landasan siap dijalankan. SPAD telah menjalankan pemeriksaan landasan yang terperinci pada 21 Mei 2015. Lanjutan itu, KTMB telah membentangkan kepada SPAD pada 25 Mei 2015 mengenai kerja baikpulih dengan memberi fokus kepada pemulihan sementara landasan di antara Gemas-Gua Musang dan Kemubu-Bukit Abu, untuk mengembalikan keadaan landasan kepada tahap selamat bagi penggunaan dan operasi tren. KTMB dengan itu merancang untuk memulakan operasi secara separa sebelum kerja-kerja keseluruhan pembaharuan landasan siap, dengan jaminan bahawa langkah-langkah kawalan yang ketat akan diutamakan. Kerja-kerja pemulihan sementara landasan tersebut merangkumi k

80 kenderaan tanpa permit diberkas sejak Oktober

Image
Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) telah memberkas 80 kenderaan daripada pelbagai syarikat sejak Oktober tahun lalu kerana menjalankan perkhidmatan tanpa permit. Antara kenderaan yang dikenalpasti adalah dari syarikat UBER, Black Lane, Black Car, Easy Taxi dan lain-lain. Ketua Bahagian Penguatkuasaan SPAD, Datuk Paduka Che Hasni Che Ahmad, berkata daripada jumlah itu 52 kenderaan telah dilucut hak. Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas Ops Revus yang dijalankan sekitar Petaling Jaya, Bangsar dan sekitar Kuala Lumpur, pada Rabu. Pada operasi berkenaan yang memakan masa lebih dua jam,  24 anggota penguatkuasa SPAD yang bertugas telah menahan enam kenderaan kerana memberikan perkhidmatan tanpa permit sah dan sebuah teksi yang tidak menggunakan meter. "Kenderaan-kenderaan ini akan disiasat dengan lebih teliti dan kami akan mengambil tindakan di bawah sekayen 16 Akta Pengangkutan Awam (APAD). "Jika sabit kesalahan, pemilik kenderaan boleh

Boleh guna kad kredit bayar kompaun SPAD

Image
Pemandu atau pengusaha pengangkutan awam darat yang mungkin “pening kepala” nak cari duit bayar kompaun kerana kantoi melakukan kesalahan oleh Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD), kini boleh membayar menggunakan kad kredit. Perkhidmatan itu sudahpun bermula pada 25 Mei (Isnin) di kaunter-kaunter SPAD di seluruh negara. Pengerusi SPAD, Tan Sri Dr Syed Hamid Albar, berkata langkah itu adalah salah satu usaha pihaknya untuk meningkatkan mutu perkhidmatan kepada orang awam. “Kalau boleh kita mahu sampai ke tahap ke transaksi yang tidak menggunakan wang tunai. Kita juga tidak ada masalah untuk menimbangkan cara pembayaran atas talian (online) selepas ini,” katanya pada sidang media selepas melancarkan pakaian seragam baharu kakitangan kaunter SPAD Kelana Jaya, pada Isnin. Turut hadir pada majlis berkenaan ialah Ketua Pegawai Eksekutif, Mohd Nur Ismal Mohamed Kamal, Ketua Pegawai Pembangunan, Dr Prodyut Dutt dan Ketua Bahagian Operasi SPAD, Halim Husain. Pejabat SPAD

RMK11: SPAD sambut baik usaha kerajaan tambah baik pengangkutan awam

RMK11: SPAD sambut baik usaha kerajaan tambah baik pengangkutan awam Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Darat (SPAD) menyambut baik langkah kerajaan menambah baik pengangkutan awam di bawah Rancangan Malaysia Ke-11 (RMK11) untuk menyediakan sistem perkhidmatan yang selesa dan berkualiti. Pengerusi SPAD Tan Sri Dr Syed Hamid Albar berkata inisiatif itu seperti yang diumumkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak semalam, akan meningkatkan lagi serta merangsang peningkatan kemajuan perkhidmatan awam negara untuk menjadikan Malaysia sebagai sebuah negara yang menyediakan pengangkutan awam bertaraf dunia. "Dalam RMK11 ini, kita nampak tumpuan penekanan perdana menteri untuk menyediakan kualiti hidup yang lebih baik (kepada rakyat). Jadi kita akan memiliki sistem perhubungan yang lebih baik, selesa dan dapat memberikan suatu kepuasan kepada semua orang," katanya. Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menyampaikan bantuan bencana banjir fasa ketiga kepada 60 peng