Posts

Showing posts from April, 2016

Penambahbaikkan Laluan Bas di Sekitar Sungai Besi berkuatkuasa 7 April 2016

Image
PENYELARASAN SEMULA LALUAN BAS 501, 540, 570 DAN T571 DI BAWAH BNR BAGI KORIDOR SUNGAI BESI BERKUATKUASA 7 APRIL, 2016  Penyelarasan semula ini juga melibatkan Laluan 502 dan Laluan 541.  Kuala Lumpur, 6 April 2016 – Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) akan menyelaraskan semula empat laluan bas bagi Koridor Sungai Besi untuk meningkatkan tahap perkhidmatan bagi penumpang di kawasan yang terlibat.  Penyelarasan semula ini merupakan sebahagian daripada usaha penambahbaikan berterusan oleh Suruhanjaya untuk menstabilkan perkhidmatan bas di bawah Penyusunan Semula Rangkaian Bas Henti-henti (BNR).  Penyelarasan laluan ini dilakukan selepas penilaian SPAD terhadap pengendali bas, Metrobus yang gagal mematuhi piawaian minima yang telah ditetapkan oleh Suruhanjaya.  Laluan yang diselaraskan adalah seperti berikut:  1. Laluan 501 (Putrajaya Sentral – KTM Serdang – HAB Lebuh Pudu) akan dikendalikan oleh Nadi Putra. Waktu operasi bermula dari 6.00 pagi sehingga 11.00