Posts

Showing posts from 2016

Siasatan Terhadap Dakwaan Pemanduan Bas Secara Berbahaya Bermula

Image
SPAD MEMULAKAN SIASATAN TERHADAP DAKWAAN PEMANDUAN BAS EKSPRES SECARA BERBAHAYA KUALA LUMPUR, 27 DISEMBER 2016 – Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) telah memulakan siasatan berdasarkan maklumat yang didapati daripada Facebook yang dikongsikan oleh seorang pengadu mengenai perlakuan pemandu bas ekspres. Di dalam video yang dirakamkan oleh pengadu, pemandu dipaparkan telah menghisap rokok dan menggunakan telefon bimbit ketika sedang bertugas. SPAD sedang mengambil langkah segera bagi memastikan kesahihan fakta bagi mengambil tindakan yang sewajarnya. Setelah menghubungi pihak-pihak yang terlibat semalam, Pegawai Penguatkuasa SPAD telah bertemu pengarah syarikat Aerosystem Tour & Travel (M) Sdn Bhd yang mengendalikan bas Mayang Sari tersebut dan pemandu yang terlibat pada jam 9.30 pagi hari ini bagi mengambil keterangan mereka dan mengesahkan maklumat seperti mana yang diperlukan di bawah peruntukan undang-undang. SPAD juga telah bertemu pengadu pada 4.30 petang hari ini

SPAD tak boleh ramal kemalangan...

Image
Seperti biasa setiap kali selepas berlaku kemalangan membabitkan bas ekspres, kebanyakan jari dituding khususnya ke arah Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD).   Insiden terkini di mana SPAD turut dipersalahkan dalam kemalangan Sabtu lalu yang mengorbankan 14 nyawa dan 16 cedera apabila sebuah bas ekspres terjunam di sebuah gaung di kilometer 137.3 Lebuhraya Utara-Selatan, di Kampung Jayor, Muar, Johor.   "Walaupun SPAD sudah meletakkan pelbagai syarat dan peraturan, masih ramai yang tidak mengendahkannya dan apabila berlaku tragedi yang disebabkan faktor manusia, kita juga dipersalahkan. Kita tak boleh meramalkan kemalangan," kata pengerusi SPAD, Tan Sri Dr Syed Hamid Albar.   Begitupun kata Syed Hamid, SPAD tetap menerima kritikan dan pandangan semua pihak.   "Kita pandang ke hadapan dan tak perlulah menyalahkan mana-mana agensi. Rakyat kita selalu cepat melenting apabila tragedi berlaku.   "Ada yang mengatakan syarat dan peraturan tida

SPAD memulakan siasatan terhadap dakwaan pemanduan bas ekspress secara berbahaya

Image
SPAD MEMULAKAN SIASATAN TERHADAP DAKWAAN PEMANDUAN BAS EKSPRES SECARA BERBAHAYA KUALA LUMPUR, 27 DISEMBER 2016 – Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) telah memulakan siasatan berdasarkan maklumat yang didapati daripada Facebook yang dikongsikan oleh seorang pengadu mengenai perlakuan pemandu bas ekspres. Di dalam video yang dirakamkan oleh pengadu, pemandu dipaparkan telah menghisap rokok dan menggunakan telefon bimbit ketika sedang bertugas. SPAD sedang mengambil langkah segera bagi memastikan kesahihan fakta bagi mengambil tindakan yang sewajarnya. Setelah menghubungi pihak-pihak yang terlibat semalam, Pegawai Penguatkuasa SPAD telah bertemu pengarah syarikat Aerosystem Tour & Travel (M) Sdn Bhd yang mengendalikan bas Mayang Sari tersebut dan pemandu yang terlibat pada jam 9.30 pagi hari ini bagi mengambil keterangan mereka dan mengesahkan maklumat seperti mana yang diperlukan di bawah peruntukan undang-undang. SPAD juga telah bertemu pengadu pada 4.30 petang hari ini b

Kenyataan SPAD mengenai insiden tragedi kemalangan bas ekspres Alisan Golden Coach.

Image
Sabtu, 24 Disember 2016 -Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) telah menggantung dengan serta merta Lesen Pengendali Goldstar Express (M) Sdn Bhd bersama kesemua bas di bawah pengendali itu, bagi menjalankan siasatan di dalam kejadian tragedi kemalangan bas ekspres Alisan Golden Coach yang berlaku pada jam 3.45 pagi di KM 137.4 lebuh raya PLUS yang telah mengakibatkan penumpang kehilangan nyawa dan cedera parah. Suruhanjaya dengan itu mengucapkan takziah kepada keluarga mangsa yang terlibat dan memberikan jaminan bahawa siasatan yang mendalam akan dijalankan ke atas tragedi ini. Pasukan tindakan kecemasan daripada pelbagai agensi Kerajaan telah membawa mangsa-mangsa terlibat ke Hospital Pakar Sultanah Fatimah (HPSF), Muar. Berkuatkuasa pada hari ini, SPAD telah menggantung operasi syarikat bas terlibat sehingga siasatan dilengkapkan atas sebab-sebab keselamatan penumpang dan bagi membantu siasatan agensi-agensi yang terlibat. Siasatan sedang diketuai oleh MIROS, manakala S

Isu tambang teksi RM800, SPAD akan siasat dan bertindak tegas dalam hal ini

Image
MAKLUMBALAS SPAD MENGENAI INSIDEN PENUMPANG DIKENAKAN TAMBANG RM800 BAGI PERJALANAN DARI KLCC KE MASJID NEGARA  Kuala Lumpur, 23 Disember 2016 – Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) memandang serius terhadap laporan yang diterima baru-baru ini daripada pelancong yang mengadu telah dikenakan tambang RM800 bagi perjalanan daripada KLCC ke Masjid Negara.  Suruhanjaya telah memulakan siasatan mengenai insiden tersebut susulan daripada pertemuan dengan pengadu di pejabat SPAD, Pudu.  SPAD ingin memberikan jaminan kepada orang ramai bahawa siasatan dan tindakan segera akan diambil terhadap pengendali. Ini termasuk tindakan menarik balik Lesen Pengendali sekiranya didapati bersalah atas kegagalan menjaga teksi yang telah dilesenkan kepada pengendali.  Pengendali pengangkutan awam mempunyai tanggungjawab untuk memberikan perkhidmatan yang selamat dan jujur kepada semua pengguna pengangkutan awam darat, tidak kira bagi pelancong mahupun penumpang tempatan.  Justeru itu, SPAD

Kenyataan SPAD mengenai cadangan pengendali bas sekolah untuk meningkatkan tambang bas sekolah.

Image
MAKLUMBALAS SPAD KEPADA CADANGAN PENGENDALI UNTUK MENINGKATKAN TAMBANG BAS SEKOLAH  Kuala Lumpur, 20 Disember 2016 – Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) ingin merujuk kepada laporan media baru-baru ini berkenaan tambang bas sekolah bagi tahun hadapan. Isu yang dibangkitkan ini kerap kali timbul sebelum bermulanya setiap musim persekolahan.  Pada kali ini terdapat pengendali yang menyatakan bahawa penarikan subsidi diesel oleh Kerajaan telah meningkatkan kos operasi dan oleh itu kenaikan tambang perlu dilakukan. Mengikut pengamatan SPAD terhadap data yang dikumpulkan dahulu, pihak pengendali pernah juga memohon untuk meningkatkan tambang walaupun ketika subsidi minyak diesel masih diberikan oleh Kerajaan.  Susulan itu, tambang bas sekolah telah diliberalisasikan pada tahun 2015 dengan syarat pihak pengendali perlu mendapatkan persetujuan pihak sekolah dan persatuan ibu bapa dan guru. Suruhanjaya berpendapat bahawa penetapan kadar tambang oleh kuasa pasaran, a

Undang-undang berkaitan E-Hailing akan dipinda demi masa depan.

TINDAKAN SEDANG DIAMBIL UNTUK MEMINDA UNDANG-UNDANG BAGI MENGAWAL SELIA APLIKASI E-HAILING Kuala Lumpur, 18 November 2016 – Dalam usaha melaksanakan Program Transformasi Industri Teksi (TITP), Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) telah menjalankan langkah-langkah segera bagi inisiatif yang tidak memerlukan pindaan undang-undang oleh Parlimen, seperti liberalisasi permit teksi kepada pemandu teksi individu di bawah sistem model Pajak. Sejak 1 September 2016, sebanyak 1,600 permohonan telah diterima. Inisiatif ini terus mendapat sambutan baik daripada pemandu teksi kerana ianya memberikan kebebasan untuk memilih model perniagaan yang paling sesuai dengan taraf ekonomi yang ingin dicapai pada masa hadapan.  Bagi aplikasi e-hailing, Suruhanjaya telah mengambil langkah-langkah untuk meminda undang-undang berkenaan dengan perundingan dengan Jabatan Peguam Negara dan Kementerian Pengangkutan. Setelah dimuktamadkan, pindaan yang dicadangkan itu akan dibentangkan kepada Kabinet sebelum di

Percepatkan kerja baikpulih landasan - SPAD

Image
SPAD MENGARAHKAN KTMB UNTUK MEMPERCEPATKAN KERJA BAIK PULIH BAGI MEMASTIKAN SERVIS KEMBALI DI SEKTOR UTARA DAN SELATAN 28 Oktober 2016, Kuala Lumpur – Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) telah memberi arahan kepada KTMB untuk mempercepatkan kerja baik pulih kerosakkan landasan kereta api berikutan insiden kemalangan tren kargo yang yang telah tergelincir di km 200.332 berdekatan Stesen Batu Gajah pada jam 3.15 pagi hari ini.  Walaupun KTMB telah menyediakan perkhidmatan bas pengantara yang secukupnya untuk tujuan pemindahan penumpang antara stesen Kampar – Ipoh – Kampar dan seterusnya bagi meneruskan perjalanan ke destinasi masing-masing, namun memandangkan ini adalah musim cuti perayaan Deepavali, KTMB telah diarahkan untuk berusaha sedaya upaya untuk mengalihkan gerabak kereta api yang tergelincir dan mempercepatkan pemulihan bekalan elektrik dengan kadar segera bagi membolehkan perkhidmatan ETS beroperasi seperti biasa.  SPAD juga telah mengarahkan KTMB untuk mengel

Selepas 6 tahun...PM cerita sebab pilih Syed Hamid jadi Pengerusi SPAD

Image
Pada Jun 2010, apabila Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak mengumumkan perlantikan Tan Sri Dr Syed Hamid Albar sebagai pengerusi Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD), terdengar juga sosak-sosek dari pihak tertentu yang tidak puashati. Sehingga kini masih ada yang mempertikaikan kononnya Syed Hamid tidak layak memegang jawatan itu dan tak kurang juga ada yang mendesaknya supaya meletak jawatan. Tetapi ketika merasmikan Pameran dan Simposium Pengangkutan Awam Darat (LPT) di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC) pada Isnin, Perdana Menteri telah mendedahkan mengapa Syed Hamid menjadi pilihannya. "Idea menubuhkan SPAD berdasarkan bancian oleh PEMANDU yang diketuai oleh Datuk Seri Idris Jala di mana kita mahu mengenalpasti bidang yang rakyat mahu kerajaan berikan fokus. "Antara enam bidang yang dikenalpasti, pengangkutan awam yang paling mendapat perhatian. Rakat mahukan sistem pengangkutan yang boleh diharap dan dipercayai. "Bila say

Senarai pemenang Anugerah Industri Pengangkutan Awam Darat SPAD 2016

Image

Rapid KL siasat kejadian bas terbakar di Wangsa Maju

Image
Rapid Bus Sdn Bhd pengendali perkhidmatan bas Rapid KL di Lembah Klang ingin mengesahkan bahawa sebuah bas Rapid KL telah telah terbakar berhampiran pusat membeli belah Aeon Big Wangsa Maju. Kejadian ini berlaku kira-kira jam 4 petang melibatkan bas laluan T521 (LRT Sri Rampai - Seksyen 10 Wangsa Maju). Insiden berlaku apabila bas berhenti secara tiba-tiba dan kapten bas terhidu bau asap. Lantas kapten bas menyuruh kesemua 6 penumpang di dalam untuk keluar dari bas tersebut. Semua penumpang tidak mengalami sebarang kecederaan. Kebakaran ini telah menyebabkan kenderaan yang berada berhampiran lokasi turun rosak dijilat api. Rapid KL memohon kepada pemilik kenderaan yang terlibat untuk menghubungi kami di talian bantuan 03-7885 2525 atau emel kepada suggest@rapidkl.com.my bagi tujuan tuntutan pampasan. Rapid KL akan memberikan kerjasama sepenuhnya dengan pihak berkuasa bagi menyiasat punca kejadian serta kos kerugian. Keselamatan dan keselesaan penumpang adalah keutam

Naik 'bullet train' di KLCC... Sempena Simposium Tahunan Pengangkutan Awam

Image
Teringin nak merasai pengalaman menaiki keretapi laju atau 'bullet train'? Jika ya, anda tidak boleh melepaskan peluang pergi ke Simposium Tahunan Pengangkutan Awam Darat (LPT) 2016 kerana terdapat pelbagai aktiviti dianjurkan termasuk simulator keretapi laju. Simposium LPT 2016  kali kelima ini bertemakan “Public Transport: Transforming the Nation” akan disempurnakan oleh Perdana Menteri , Datuk Seri Najib Tun Razak pada 17 Oktober ini di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC). Selain merasai pengalaman menaiki keretapi laju, pengunjung juga dapat melihat bahan pameran interaktif yang telah disediakan mengenai perkembangan industri pengangkutan awam darat. Pameran ini akan mengilustrasikan sedikit sebanyak sejarah serta kesalinghubungan masa kini dan perancangan masa depan di Malaysia. Pameran kerjaya turut diadakan kepada para pengunjung bagi mempamerkan pelbagai peluang pekerjaan di dalam industri pengangkutan awam darat. Hadiah-hadiah menarik seperti tiket

30 minit dari Putrajaya ke KL bila MRT siap

Image
Bayangkan perjalanan dari Sungai Buloh ke Putrajaya hanya akan mengambil masa 30 minit sahaja! Ini bukan omong kosong, tetapi akan menjadi realiti apabila projek Mass Rapid Transit (MRT) Laluan Sungai Buloh-Serdang-Putrajaya (Laluan SSP) siap sepenuhnya. Jaminan itu diberikan sendiri oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak Razak ketika merasmikan majlis pecah tanah bagi fasa dua Laluan SSP  di Putrajaya, Khamis. Majlis pecah tanah projek itu yang bernilai RM32 bilion diadakan berhampiran Stesen Putrajaya Sentral dan bakal memberi manfaat kepada kira-kira dua juta penduduk apabila laluannya siap sepenuhnya menjelang  2022. Laluan SSP sejauh 52.2km itu mempunyai 37 stesen, di mana 11 stesen adalah stesen bawah tanah sejauh 14.5km.  Ia akan beroperasi dari Sungai Buloh ke Putrajaya melalui Kepong, Batu, Jalan Ipoh, Titiwangsa, KLCC, Tun Razak Exhange, Bandar Malaysia, Sungai Besi, Serdang, UPM dan Cyberjaya. Laluan SSP juga akan dilengkapi dengan 9

MyBAS Ipoh kini beroperasi sepenuhnya

Image
Perkhidmatan myBAS Ipoh di bawah program Transformasi Perkhidmatan Bas Henti-Henti (SBST) oleh Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) telah beroperasi sepenuhnya pada 1 September 2016. Sebelum ini fasa pertama yang memperkenalkan enam laluan baharu telahpun bermula Jun lalu dan kini sistem pengangkutan bersepadu itu memperkenalkan tambahan lapan laluan utama dan lima laluan perantara meliputi 314 kilometer. SPAD menerusi kenyataannya kepada media, memaklumkan SBST yang diperkenalkan pada Ogos tahun lalu, akan mengenakan KPI terhadap pengendali bas dengan menitikberatkan ketepatan masa, kebolehpercayaan, spesifikasi kenderaan dan kepuasan pengguna. Ipoh adalah bandaraya ketiga di Semenanjung Malaysia yang telah menerima manfaat daripada peruntukan kerajaan bagi perkhidmatan myBAS selepas Kangar dan Seremban. Peruntukan RM100 juta bagi program myBAS akan turut dilaburkan  bagi perlaksanaan seterusnya di Johor Bahru dan Kuala Terengganu untuk meningkatkan

Jangan Ugut Keputusan Kerajaan - Syed Hamid

Image
Tak payah ugut-ugut sebab keputusan adalah muktamad, kata Pengerusi Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD), Tan Sri Dr Syed Hamid Albar ketika diminta ulas ugutan persatuan teksi nak sokong pembangkang atau parti Bersatu yang jika kerajaan membenarkan UBER-Grab Car beroperasi. Beliau berkata demikian selepas sidang media mengumumkan keputusan kabinet meluluskan Program Transformasi Industri Teksi (TITP) di ibupejabat SPAD di Kuala Lumpur, Selasa. "Saya fikir ugutan ini tak patut timbul kerana kalau kita tengok di segi manfaat dan perkara-perkara yang telah lakukan untuk golongan ini amat banyak sekali. "Kerajaan buka peluang supaya industri ini maju, pengguna dan pengusaha pun untung. Saya harap mereka dapat melihat secara positif. Tak payahlah ugut kita dan kerajaan. Tengok apa kesan pelaksanaannya. "Keputusan kerajaan mutamad. Sama ada dia cakap akan masuk parti pembangkang atau tidak, itu tidak menjadi isu. Yang paling penting kita na

11 Program Untuk Majukan Industri Teksi

Image
SPAD MEMPERKENALKAN PERANCANGAN UNTUK MEMPERTINGKATKAN INDUSTRI TEKSI Kerajaan meluluskan pelan pembaharuan untuk mengawal selia ‘e-hailing’ dan menyediakan teksi yang sedia dengan ruang untuk berkembang dan kekal mampan di dalam era persaingan terkini KUALA LUMPUR (16 OGOS 2016) - Kabinet telah meluluskan Program Transformasi Industri Teksi (TITP) yang menggunakan pendekatan inklusif dan menyeluruh untuk menyelesaikan isu-isu struktur yang sudah lama melanda industri dengan memperkenalkan pembaharuan bagi seluruh industri yang bertujuan mewujudkan persekitaran industri yang adil bagi pemandu, pengendali dan pengguna. TITP berasaskan empat (4) prinsip utama, iaitu: memanfaatkan penggunaan teknologi, meningkatkan pendapatan dan kebajikan pemandu teksi; meningkatkan mutu perkhidmatan pemandu dan menyemak semula kadar tambang teksi; ini akan dilaksanakan melalui sebelas (11) program. Pembaharuan yang telah diluluskan oleh Kerajaan, menunjukkan arah tuju masa hadapan bagi industri t

Dana Sokongan Untuk Bas Henti-Henti Demi Keselesaan Rakyat

Image
TRANSFORMASI INDUSTRI BAS TETAP MENJADI TUMPUAN KERAJAAN Peruntukan RM142.7 Juta Menjadi Talian Hayat Bagi 65 Pengendali Bas Kuala Lumpur (9, Ogos 2016) – Transformasi industri bas berhenti-henti tetap menjadi keutamaan bagi Kerajaan dengan penyaluran dana sebanyak RM142.7 juta di bawah Dana Sokongan Sementara Bas Berhenti-henti (ISBSF) 2016. Pengguna bas yang bergantung kepada bas berhenti-henti untuk perjalanan harian merentasi bandar-bandar kecil dan desa, akan terus menikmati perkhidmatan tanpa gangguan. Peruntukan yang kritikal ini akan disalurkan kepada 65 pengendali bas henti-henti yang telah memohon untuk mendapatkan bantuan pada tahun ini. Pada bulan Mei tahun ini, beberapa pengendali telah memohon agar Kerajaan meneruskan bantuan ISBSF bagi membolehkan mereka untuk menyambung operasi dan perkhidmatan bas di sepanjang laluan yang kurang pengguna atau tidak menguntungkan. Ini adalah penting terutamanya bagi kawasan yang masih mempunyai permintaan daripada kalangan penggu

Maklum balas Media TEKS1M tidak gagal - masih di peringkat awal

 21 Julai 2016 - Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) ingin merujuk kepada laporan media di dalam Berita Harian yang bertajuk ‘TEKS1M gagal jadi ikon negara,’ pada 20 Julai 2016.                                                                                                      SPAD ingin menegaskan adalah tidak adil dan tidak tepat sama sekali untuk menghukum bahawa inisiatif TEKS1M telah gagal, sedangkan ia masih di peringkat awal dan masih berjalan mengikut fasa-fasa pelaksanaan. Memandangkan terdapat sekitar 86,000 teksi daripada pelabagai kelas lesen di Malaysia, perubahan yang perlu dilaksanakan tidak boleh dilakukan dalam sekelip mata. Kita perlu berhadapan dengan pelbagai cabaran yang merangkumi permasalahan struktur, budaya dan warisan yang rumit serta isu-isu semasa seperti perkhidmatan ‘e-hailing’.                                                                                    Teksi 1 Malaysia (TEKS1M) merupakan penjenamaan semula teksi bermeter bagi mengubah d

Memorandum of Understanding is a Major Milestone for the Kuala Lumpur-Singapore High Speed Rail Project

Image
Joint SPAD - LTA Press Release   Memorandum of Understanding is a Major Milestone for the  Kuala Lumpur-Singapore High Speed Rail Project    1. Malaysia’s Land Public Transport Commission (SPAD) and Singapore’s Land Transport Authority (LTA) welcome today's signing of the Memorandum of Understanding (MOU) between the Government of Malaysia and the Government of the Republic of Singapore on the Kuala Lumpur-Singapore High Speed Rail (HSR) Project, by YB Datuk Abdul Rahman Dahlan, Malaysia’s Minister in the Prime Minister's Department and H.E. Minister Khaw Boon Wan, Singapore’s Coordinating Minister for Infrastructure and Minister for Transport. The signing ceremony, which was witnessed by Malaysia’s Prime Minister Dato’ Sri Mohd Najib Tun Abdul Razak and Singapore’s Prime Minister Lee Hsien Loong, signifies Malaysia and Singapore’s firmest commitment yet to this iconic project.    2. The MOU reflects the outcome of extensive discussions between officials led