Posts

Showing posts from December, 2017

Penempatan Semula Had Medan Pasar

Image
PENEMPATAN SEMULA HAB MEDAN PASAR Hentian Akhir Bandar (HAB) dialihkan bagi melancarkan aliran trafik di pusat bandar 22 Disember, 2017, Kuala Lumpur – Berkuat kuasa pada hari Sabtu 23 Disember, 2017, Hentian Akhir Bandar (HAB) Medan Pasar akan dikategorikan semula sebagai sebuah hentian bas.  Dengan perubahan ini, bas tidak dibenarkan lagi untuk menunggu atau diparkir di lokasi tersebut. Bas hanya dibenarkan untuk mengambil dan menurunkan penumpang.  Perubahan ini adalah bagi melancarkan aliran trafik di kawasan Medan Pasar (berdekatan HSBC), yang mengalami masalah kesesakan lalu lintas ketika waktu puncak.  Bas yang berhenti di kawasan itu juga didapati telah menyumbang kepada kesesakan tersebut. HAB Lebuh Pudu juga menyediakan kemudahan dan tempat berteduh yang lebih baik bagi keselesaan pengguna.  Peralihan ini akan melibatkan 50 bas yang dikendalikan oleh syarikat Selangor Omnibus Co Bhd dan Setara Jaya Sdn Bhd. Perkhidmatan yang terbabit bagi Selangor Omnibus adal

Lawatan Bersama YB Dato’ Sri Hajah Nancy Shukri Sempena Kempen Keselamatan Musim Cuti Sekolah, Perayaan Krismas & Tahun Baru 2018

Image
Lawatan Bersama YB Dato’ Sri Hajah Nancy Shukri Sempena Kempen Keselamatan Musim Cuti Sekolah, Perayaan Krismas & Tahun Baru 2018 YB Dato’ Sri Hajah Nancy Shukri dan barisan pengurusan telah melawat Terminal Bersepadu Selatan di Bandar Tasik Selatan (TBS) bagi meninjau persiapan terminal bagi musim cuti sekolah, perayaan Krismas dan Tahun Baru 2018 yang akan datang. YB Menteri telah meninjau keadaan kaunter tiket bas serta mengedarkan risalah ‘Hak Anda Sebagai Pengguna’ dan menyampaikan cenderahati kepada para pengguna bas ekspres yang sedang di dalam perjalan sempena musim cuti akhir tahun ini.

E-hailing tingkat pendapatan pemandu teksi

Image
KUALA LUMPUR 11 Dis. - Pemandu teksi mengakui perkhidmatan e-hailing iaitu aktiviti tempahan teksi secara dalam talian melalui aplikasi mudah alih meningkatkan pendapatan mereka sekali ganda berbanding ketika menjalankan operasi teksi secara konvensional. Seorang pemandu teksi, Rizki Malindo Wijaya, 28, berkata, sejak menggunakan perkhidmatan tersebut setahun lalu, pendapatannya bertambah sekali ganda iaitu daripada RM2,000 kepada RM3,000 sebulan. “Penumpang kini lebih gemar menggunakan aplikasi tertentu untuk mendapatkan khidmat teksi kerana mudah dan pantas. Jadi sebagai pemandu teksi, kita perlu mengikut peredaran semasa tak boleh ikut cara lama. “Kerajaan pun telah beri geran RM5,000 kepada pemandu teksi yang layak, jadi kepada mereka yang belum mempunyai kereta sendiri, jangan lepaskan peluang beli kereta baru dan mulakan operasi menggunakan e-hailing,” katanya ketika ditemui pemberita dalam Majlis Penyampaian Surat Tawaran Kelulusa

300 pemandu teksi terima lesen individu

Image
KUALA LUMPUR 11 Dis. - Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) hari ini menyerahkan 300 lesen individu kepada pemandu teksi yang telah tamat tempoh perjanjian sewa-pajak kenderaan mereka.  Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Nancy Shukri berkata, bilangan tersebut menjadikan jumlah keseluruhan lesen yang dikeluarkan SPAD tahun ini adalah 1,208. “Manakala seramai 125 individu yang layak menerima geran tunai kerajaan sebanyak RM5,000 menjadikan jumlah keseluruhan pemandu yang menerima geran pada tahun ini lebih 500 orang. KUALA LUMPUR 11 Dis. - Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) hari ini menyerahkan 300 lesen individu kepada pemandu teksi yang telah tamat tempoh perjanjian sewa-pajak kenderaan mereka.    Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Nancy Shukri berkata, bilangan tersebut menjadikan jumlah keseluruhan lesen yang dikeluarkan SPAD tahun ini adalah 1,208. “Manakala seramai 125 indi