Posts

Showing posts from November, 2015

Penyusunan Semula Rangkaian Bas Henti-henti di Kuala Lumpur

Image
PENYUSUNAN SEMULA RANGKAIAN BAS HENTI-HENTI BAKAL MENINGKATKAN LIPUTAN DAN KEBOLEHPERCAYAAN PERKHIDMATAN BAS DI GREATER KUALA LUMPUR DAN LEMBAH KLANG 8 koridor, 241 laluan, 2000 bas untuk menambah baik pengangkutan awam darat Kuala Lumpur, 30 November 2015 – Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) dalam usaha menaik taraf industri pengangkutan awam darat di Malaysia, akan melaksanakan Bus Network Revamp (BNR) atau penyusunan semula rangkaian perkhidmatan bas henti-henti di Greater Kuala Lumpur mulai 1 Disember 2015. Di bawah penyusunan semula rangkaian bas ini, koridor bas sedia ada akan disusun semula menjadi koridor yang lebih kecil berdasarkan jalan utama yang menghubungkan Greater Kuala Lumpur dan Lembah Klang. Rangkaian bas ini dibahagikan kepada 8 koridor iaitu Koridor Jalan Ipoh, Koridor Jalan Pahang, Koridor Ampang, Koridor Cheras, Koridor Sg. Besi, Koridor Klang Lama, Koridor Lebuhraya Persekutuan dan Koridor Damansara. Penambahbaikan rangkaian bas ini akan mengura

Sekitar Simposium Pengangkutan Awam Darat anjuran SPAD

Image
Sekitar Simposium Pengangkutan Awam Darat anjuran SPAD 18 November 2015

Didesak letak jawatan ... Ini komen Syed Hamid

Image
Sejak pegang jawatan sebagai Pengerusi Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) tiga tahun lalu, Tan Sri Dr Syed Hamid Albar sudah melalui macam-macam dugaan dan cabaran. Terkini semasa Perhimpunan Haram segelintir pemandu-pemandu teksi di depan parlimen pada Rabu, ada sepanduk yang tertera ayat menyuruhnya letak jawatan. Ketika perhimpunan haram itu berlangsung, Syed Hamid sedang mempengerusikan simposium pengangkutan awam darat di sebuah hotel terkemuka di Kuala Lumpur yang tidak jauh dari Parlimen. Bila wartawan memintanya mengulas, pengerusi SPAD itu nampak cool saja dan sempat berseloroh. "Ini adalah satu keindahan negara Malaysia di mana ramai orang suka melanggar undang-undang. Walaupun tidak ada izin, dia buat juga. "Pihak yang berwajib akan mengambil tindakan mengikut kuasa masing-masing. "Saya tengok gambar dari plakad, kumpulan itu sikit sahaja, tetapi bunyi besar. Tetapi kumpulan yang ramai yang menyokong kita orang tak nampak. "Mereka buat perhimpun

SPAD hargai pemandu teksi

Image
Dalam setandan pisang bukan semuanya busuk. Begitulah halnya dalam isu pemandu teksi yang kebelakangan ini tercalar imej kerana sikap buruk segelintir rakan-rakan mereka. Pada Selasa malam, 13 orang pemandu teksi diberi pengiktirafan pada majlis Anugerah Industri yang dianjurkan oleh Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD). Pada malam itu, pemandu Teksi, Hanizan Mohamed Radzi, yang menjumpai seorang kanak-kanak yang diculik dan seterusnya mengembalikan anak tersebut kepada ibu bapanya telah diberikan Anugerah Khas oleh Pengerusi SPAD, Tan Sri Dr Syed Hamid Albar. Kes Hanizan menjadi viral apabila dia menemui kanak-kanak itu di tepi jalan dan mengecamnya selepas kes penculikan itu dilaporkan secara meluas di media sosial. Turut menerima Anugerah Khas untuk pemandu teksi adalah Tamil Nesan Shanmugam dan Abdul Wahid Tahir kerana bersikap kejujuran mereka memulangkan barangan penumpang yang tertinggal di dalam teksi. Lebih menarik lagi, ini adalah kali pertama SPAD memberi anugerah

Jangan sabotaj Sidang Kemuncak ASEAN...

Image
Pemandu-pemandu teksi di seluruh Lembah Kelang diminta supaya tidak berdemo pada Rabu ini kerana ia perbuatan sia-sia dan tidak patriotik. Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Nancy Shukri, berkata pada tarikh itu Kuala Lumpur akan menjadi tuan rumah Sidang Kemuncak ASEAN jika demo itu berterusan, ia juga akan memburukkan imej negara. "Banyak yang kerajaan sudah buat untuk membantu pengusaha dan pemandu teksi. Janganlah gunakan masa seperti ini untuk buat demo kerana ia tidak akan membantu. "Sepatutnya kita berbincang bersama seperti yang dilakukan oleh beberapa persatuan pada Sabtu lalu di mana mereka telah berjumpa pihak Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) dan berbincang mencari penyelesaian. "Janganlah gunakan masa ini untuk dijadikan satu peluang memburukkan kerajaan padahal banyak yang telah mereka perolehi daripada kerajaan," katanya ketika ditemui di pejabatnya di parlimen, pada Isnin. Menteri yang bertanggungjawab ke atas SPAD itu berkata dia kesal den

Berbincang lebih baik dari berdemo – Tan Sri Syed Hamid

Image
Rancangan segelintir pengusaha teksi  untuk mengadakan demo pada Rabu ini nampaknya tidak mendapat sambutan daripada rakan-rakan dalam industri itu sendiri. Selain gagal mendapatkan permit daripada pihak berwajib, usaha mereka juga tidak mendapat restu daripada beberapa persatuan teksi yang beranggapan tindakan itu tidak membawa faedah.     Bukti ini semakin terserlah pada Sabtu apabila lebih daripada 1,000 pengusaha dan pemandu teksi dari seluruh Lembah Kelang hadir pada Majlis Perjumpaan Ramah Mesra bersama  Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD).  Golongan ini membuktikan perbincangan secara damai adalah jalan terbaik untuk mencari penyelesaian kepada masalah berkaitan industri berkenaan.     Untuk menambah garam kepada luka pengangjur demo itu, pengusaha dan pemandu teksi yang hadir pada majlis berkenaan siap mengumumkan empat resolusi, iaitu berikrar untuk berganding bahu dengan SPAD dalam memajukan industri teksi negara, mematuhi segala peraturan dan undang-undang

SPAD akan terus berusaha tingkat taraf perkhidmatan teksi

Image
Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) sentiasa prihatin dengan masalah yang dihadapi oleh pemandu teksi di Malaysia dan memahami isu-isu yang membelenggu industri teksi negara. Pelbagai usaha telah dijalankan bagi mengatasi masalah-masalah tersebut di dalam usaha penambahbaikan industri teksi di Malaysia seperti program Teksi Rakyat 1 Malaysia (TR1Ma) pada 2012 dan program Teksi 1 Malaysia (TEKS1M) pada 2013. Proses rundingan dan perjumpaan bersama-sama persatuan dan juga pengendali teksi serta pihak-pihak berkepentingan adalah sesuatu yang dilaksanakan sepanjang tahun oleh Suruhanjaya. Kesemua ini dilakukan menerusi beberapa siri mesyuarat, dialog dan sesi perbincangan bagi mendengar pandangan pemandu teksi dan membincangkan isu-isu yang membebankan mereka. Siri-siri pertemuan ini amat penting bagi Suruhanjaya ini memastikan kesemua pandangan pihak berkepentingan diambil kira. Usaha ini telah dipertingkatkan lagi pada bulan Oktober dan November 2015, dimana SPAD telah m