Posts

Showing posts from August, 2015

SPAD LANCARKAN myBAS DI KANGAR, PERLIS

Image
 Kangar, 25 Ogos 2015 – Suruhanjaya Pegangkutan Awam Darat (SPAD) pada hari ini telah mengumumkan pelancaran rasmi perkhidmatan bas henti-henti berjenama myBAS buat julung kalinya dibawah program Transformasi Perkhidmatan Bas Henti-henti (SBST). myBAS menyediakan perkhidmatan bas henti-henti yang lebih cekap dan boleh dipercayai orang ramai. Perkhidmatan myBAS yang telah mula beroperasi di Kangar pada 1 Ogos 2015 telah menerima sambutan yang positif di mana terdapat peningkatan jumlah bilangan penumpang harian dari 271 ke 447 penumpang. Perkhidmatan myBAS ini menawarkan liputan yang lebih luas di Kangar dengan jumlah jarak laluan sebanyak 337 km, yang merupakan peningkatan daripada 124 km sebelum ini. Ianya menyediakan akses yang lebih baik kepada masyarakat bandar dan luar bandar dengan pelaksanaan di 5 laluan utama dan 10 laluan perantara.  Bagi sesetengah laluan, kekerapannya ditingkatkan ke dua kali ganda, manakala waktu operasi laluan utama telah dilanjutkan sehingga jam 9.

MyBAS ganti skim ISBSF

Image
Dana Sokongan Sementara Bas Henti-henti (ISBSF) yang diperkenal sejak 2012 akan digantikan dengan Skim Transformasi Perkhidmatan Bas Henti-Henti (SBST) yang menggunakan jenama myBAS. Malah myBAS telahpun bermula di Perlis sejak 1 Ogos lalu dan akan dilancarkan secara rasmi pada 25 Ogos nanti. Pelancaran myBAS seterusnya akan dilakukan di Seremban, Ipoh, Kuala Terengganu dan Kuching. Pengerusi Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD), Tan Sri Dr Syed Hamid Albar berkata langkah itu adalah sebagai penyelesaian jangka panjang untuk meningkatkan tahap perkhidmatan bas henti-henti di seluruh negara. Beliau berkata demikian pada majlis penyerahan cek RM10.3 juta yang merupakan sebahagian dana ISBSF untuk tahun 2015 kepada 11 wakil pengendali bas di ibupejabat SPAD di Kuala Lumpur, pada Jumaat. Turut hadir ialah Ketua Pegawai Eksekutif, Mohd Nur Ismal Mohamed Kamal. 11 syarikat pengendali bas yang menerima dana berkenaan ialah Wawasan Sutera Travel & Tours, Seranas (Sel

Diskaun 30% bagi pengguna perkhidmatan bas antara bandar

Image
KUALA LUMPUR, 14 OGOS 2015 – Mulai 1 September 2015, diskaun 30% akan diberikan kepada pengguna bas yang menetap di Seremban, Klang dan Rawang tetapi bekerja di Kuala Lumpur. Ini merupakan satu inisiatif Kerajaan untuk meringankan beban Rakyat bagi mengurangkan perbelanjaan kos sara hidup mereka. Inisiatif ini adalah selaras dengan usaha Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) untuk meningkatkan penggunaan pengangkutan awam bagi tujuan kemudahan dan keselesaan Rakyat. Ia bukan sahaja memberikan manfaat kepada pengguna yang tinggal di pinggir bandar dan bekerja di Kuala Lumpur, ianya juga secara langsung akan menggalakkan rakyat untuk menggunakan pengangkutan awam dan membantu ia menjadi mod pilihan mereka. Diskaun ini disediakan untuk 3 laluan utama iaitu Seremban – Kuala Lumpur, Klang – Kuala Lumpur dan Rawang – Kuala Lumpur termasuk laluan Bus Expressway Transit 5 dan 6 (BET). Kemudahan ini menawarkan tambang bulanan dengan kadar diskaun tersebut melalui pembelian pa

KABINET MELULUSKAN STRUKTUR TAMBANG BRT BAGI LEMBAH KLANG

Image
KUALA LUMPUR, 31 JULAI 2015 – Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) mengumumkan bahawa Kabinet telah meluluskan struktur tambang Bas Rapid Transit (BRT) bagi Lembah Klang pada mesyuarat Jemaah Menteri pada 29 Julai, 2015. Kabinet telah meluluskan struktur tambang yang terdiri daripada komponen tambang asas sebanyak RM0.90 dan komponen tambang berdasarkan perjalanan setiap kilometer, bermula dengan RM0.815 setiap kilometer bagi 6km pertama, RM0.513 setiap kilometer untuk perjalanan 6 hingga 12km, RM0.421 setiap kilometer untuk perjalanan 12 hingga 18km, RM0.282 untuk setiap kilometer bagi perjalanan 18 hingga 24 km dan RM0.212 setiap kilometer bagi perjalanan melebihi 24km. Struktur ini menghadkan tambang maksimum yang boleh dikenakan bagi perkhidmatan BRT. Dengan itu pihak pengendali tidak dibenarkan mengenakan tambang melebihi kadar yang telah ditetapkan ini. Kabinet juga mengarahkan pengendali memberikan potongan tambang sebanyak 50% bagi pelajar, warga emas dan orang ku