Posts

Showing posts from April, 2014

Teksi berusia 10 tahun kena tukar kepada TEKS1M mulai 1 Mei

Image
Teksi berusia 10 tahun kena tukar kepada TEKS1M mulai 1 Mei Semua 2,604 teksi bajet dan eksekutif di Kuala Lumpur, Johor Bahru dan Pulau Pinang yang mencapai had usia 10 tahun pada tahun ini, diwajibkan menukar kenderaan mereka kepada Teksi Pengerusi Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD), Tan Sri Syed Hamid Albar pada sidang akbar, Khamis, berkata, pada ketika ini terdapat 39,531 teksi bajet dan 3,111 teksi eksekutif yang beroperasi di ketiga-tiga ibu negeri itu. Katanya dalam masa lima tahun akan datang, hampir 50 peratus daripada keseluruhan teksi bajet dan eksekutif itu akan mencapai had umur 10 tahun dan perlu ditukar. "Peralihan teksi bandar sedia ada kepada TEKS1M mulai 1 Mei bertujuan untuk menyediakan perkhidmatan yang lebih baik, serta setaraf dengan teksi yang terdapat di London, New York, Tokyo dan Dubai. “Melalui TEKS1M   yang menggunakan Proton Exora, kita dapat melaksanakan operasi teksi bandar dengan lebih seragam dan efisien,” katanya.

SPAD tambah dua laluan Bas Go-KL mulai 1 Mei

Image
Mulai 1 Mei, warga Kuala Lumpur terutama yang bercadang keluar bersiar-siar di sekitar Chow Kit dan Bukit Bintang boleh menggunakan perkhidmatan bas Go-KL. Pada tarikh berkenaan Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Darat (SPAD) akan membuka dua laluan baru untuk perkhidmatan bas Go-KL di sekitar kawasan berkenaan. Bagi perjalanan Laluan Biru, perkhidmatan bas Go-KL yang percuma, berhawa dingin dan dilengkapi wi-fi itu akan bermula dari Medan Mara ke Bukit Bintang sejauh 9.2 kilometer manakala Laluan Merah yang jaraknya 10.8 kilometer bermula dari KL Sentral ke Jalan Tuanku Abdul Rahman. Pengerusi SPAD, Tan Sri Syed Hamid berkata, pada ketika ini hampir 20 ribu warga Kuala Lumpur menggunakan perkhidmatan Go-KL dalam sehari dan beliau yakin dengan pelancaran dua laluan baharu itu, ia akan meningkat sekali ganda kepada 40 ribu. "SPAD telah menetapkan frekuensi perkhidmatan kedua-dua laluan itu setiap lima minit pada waktu puncak dan 10 minit pada waktu bukan puncak," kata Syed Hamid ke

Permit Syarikat Bas Merry Holidays Digantung

SPAD MENGGANTUNG PERMIT KENDERAAN SYARIKAT MERRY HOLIDAYS SDN. BHD. BAGI LALUAN DI SELURUH SEMENANJUNG MALAYSIA Kuala Lumpur, 25 April 2014  – Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (S.P.A.D.) telah menggantung permit kenderaan pengendali syarikat bas persiaran, Syarikat Merry Holidays Sdn. Bhd yang terlibat dalam kemalangan pada 20 April 2014 sehingga mengakibatkan seorang penumpang terkorban. Penggantungan ini berkuatkuasa pada 27 April 2014 dan melibatkan sebanyak tujuh (7) permit bas persiaran yang beroperasi di laluan seluruh Semenanjung Malaysia. Keputusan penggantungan ini di ambil kerana pengendali gagal mematuhi syarat-syarat yang telah ditetapkan dibawah SPAD-ICOP Keselamatan, antaranya; tidak memasang GPS pada kenderaan, tidak melantik pegawai keselamatan, gagal memantau kelajuan kenderaan yang terlibat dalam kemalangan tersebut dan gagal melakukan pemeriksaan keatas pemandu sebelum memulakan perjalanan. Sejak Ogos 2013, S.P.A.D. telah menggantung sebanyak 542 permit k

Lawatan Bersama pihak SPAD, ERL dan MAHB ke KLIA 2.

Image
Lawatan Bersama pihak SPAD, ERL dan MAHB ke KLIA 2. 21 April 2014 Lawatan ini dihadiri oleh: SPAD - Tan Sri Syed Hamid Albar ERL - Puan Noormah Mohd Noor MAHB - Datuk Azmi Murad