Posts

Showing posts from March, 2014

SPAD iktiraf pemandu teksi amanah

Image
Kebelakangan ini kita sering membaca mengenai gelagat pemandu teksi yang suka melanggar peraturan, biadap dan sebagainya. Tetapi pada Khamis, dua orang pemandu teksi telah menunjukkan sifat terpuji yang patut dijadikan contoh oleh rakan-rakan sejawat mereka. Sifat terpuji See Meng Ko, 60 dan Mohamad Muhaimin, 40 telah dimaklumkan kepada Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) yang seterusnya memberi pengiktirafan kepada mereka dalam satu majlis ringkas. See dan Mohamad telah menerima sijil penghargaan daripada Pengerusi SPAD, Tan Sri Syed Hamid Albar. Meng Ko telah menjumpai kamera benilai RM 20,000 milik Erme Halini, seorang jurutera IT semasa beliau bersama suami menaiki teksi See di KL Sentral pada bulan Januari 2014.   Selepas menyedari kameranya tertinggal di dalam teksi, Erme cuba mencari See. Pada masa yang sama See juga cuba mencari pemilik kamera berkenaan dan akhirnya mereka bertemu semula di KL Sentral. "Bila dapat kamera, dia mahu beri wang tetapi saya tolak. Tap

Hanya 381 TEKS1M sudah beroperasi

Image
Daripada 1,000 pemandu teksi yang berjaya mendapat skim Teksi 1Malaysia (TEKS1M), hanya 381 yang sudah memulakan operasi. Ini kerana sebahagian besar permohonan menghadapi masalah mendapat pinjaman disebabkan beberapa masalah, antaranya kerana telah disenaraihitamkan oleh bank. Ada juga permohonan terpaksa diproses semula kerana beberapa masalah teknikal dan sebagainya. Pengerusi Suruhanjaya Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD), Tan Sri Syed Hamid Albar berkata, pihaknya mensasarkan masalah itu dapat diselesaikan sebelum pertengahan tahun. Beliau berkata demikian pada sidang media selepas menyampaikan sijil tamat kursus kepada 56 pemandu TEKS1M di ibupejabat SPAD di Kuala Lumpur, Khamis. Turut hadir ialah Ketua Pegawai Operasi SPAD, Azmi Aziz. Kursus berkenaan dianjurkan secara berperingkat-peringkat sejak 24 Februari lalu untuk pemandu TEKS1M di Lembah Klang, Johor Bahru dan Pulau Pinang.  Tujuan sesi latihan itu adalah untuk meningkatkan kualiti perkhidmatan

Projek laluan Bas Aliran Deras (BRT) dijangka siap dan beroperasi pada Jun 2015

Image
Projek laluan Bas Aliran Deras (BRT) yang menghubungkan Bandar Sunway dan Subang Jaya dijangka siap dan beroperasi pada Jun tahun depan. Apabila siap kelak ia akan memberi manfaat kepada 500 ribu penduduk sekitar Bandar Sunway dan USJ Subang. "Ia bakal menjadi satu kejayaan bersejarah dan ikon kepada projek-projek BRT yang lain," kata Pengerusi Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAS), Tan Sri Seri Syed Hamid Albar pada sidang media selepas melawat tapak projek berkenaan pada Selasa. Turut hadir pada sidang media ialah pengerusi Prasarana, Tan Sri Ismail Adam dan Ketua Pegawai Eksekutif SPAD, Mohamad Nur Ismal Kamal dan pengerusi Sunway Berhad, Tan Sri Jeffrey Cheah Syed Hamid berpuashati apabila diberitahu projek itu sudah 32 peratus siap. Katanya, pada fasa awal, kemudahan sistem pengangkutan itu dijangka mampu membawa dua ribu penumpang pada setiap satu perjalanan dan 30 ribu penumpang sehari dengan kekerapan setiap lima minit. "Tidak lama la