Posts

Showing posts from 2013

SPAD Belum Luluskan Tambang Dan Surcaj Baharu Bas Sekolah

KUALA LUMPUR, 31 Dis (Bernama) -- Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) belum meluluskan sebarang surcaj dan tambang baharu bas sekolah seperti dilapor akhbar harian baru-baru ini. Suruhanjaya itu, dalam kenyataannya hari ini menjelaskan bahawa keputusan yang dicapai dengan wakil Persatuan-Persatuan bas Sekolah Malaysia (PPPBSM) dan Gabungan Pengusaha Bas Sekolah Malaysia (GPBSM) ialah tiada surcaj atau kenaikan tambang bas sekolah sehingga SPAD mengumumkan skim baharu bas sekolah pada Mac 2014. "Pada masa ini SPAD dalam peringkat akhir untuk memuktamadkan skim tambang baharu bas sekolah dengan mengambil kira tiga elemen penting. "Oleh itu, semua pengusaha perlu mengekalkan struktur tambang semasa seperti yang diluluskan Lembaga Perlesenan Kenderaan Komersial pada Ogos 2009," kata kenyataan itu. Kenyataan itu berkata tiga elemen berkenaan termasuk mengadakan sesi pertemuan dengan persatuan ibu bapa dan guru serta melihat skim baharu itu untuk m

SPAD jamin tambang tak membebankan

Isu kenaikan kadar caj tambang bas sekolah: Kadar baru akan diumum sebelum sesi persekolahan 2014 bermula Kuala Lumpur: Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) memberi jaminan, kadar caj tambang bas sekolah yang baru akan diumumkan sebelum sesi persekolahan 2014 bermula. Pengerusi SPAD, Tan Sri Syed Hamid Albar, berkata pihaknya masih mengkaji kadar yang sesuai, walaupun berdepan desakan Persekutuan Persatuan-Persatuan Bas Sekolah Malaysia yang mahu kenaikan 40 peratus mulai Januari ini.    “Sebarang kadar kenaikan adalah dalam bidang kuasa SPAD dan pengusaha bas sekolah seharusnya tidak membuat keputusan sendiri tanpa berbincang bersama terlebih dulu. “Malah ketika ini, banyak syarikat bas tidak mengikut kadar caj sebenar ditetapkan SPAD, sebaliknya menaikkan kadar hingga menyusahkan ibu bapa pula,” katanya ketika dihubungi BH, di sini, semalam. Terima pelbagai insentif Syed Hamid berkata, pelbagai insentif dan bantuan

Projek perintis perkhidmatan bas kontrak

Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) akan melaksanakan projek perintis perkhidmatan bas kontrak pertama di negara ini bagi 19 kawasan dan laluan terpilih di semua negeri Semenanjung Malaysia. Menerusi projek perintis ini, pengendali perkhidmatan bas swasta perlu membida tender bagi kontrak laluan yang ditawarkan dan jika berjaya, pengendali akan menerima bayaran secara tetap bagi setiap kilometer perkhidmatannya mengikut tahap perkhidmatan dipersetujui bersama. Ketua Eksekutif, Mohd Nur Ismal Mohamed Kamal, berkata sistem perintis itu adalah penyelesaian kekal kepada masalah kerugian dalam kalangan operator bas swasta kerana kurang penumpang, tidak berkualiti dan laluan tidak menyeluruh. Katanya, SPAD akan membentangkan model itu kepada kerajaan tidak lama lagi dan jika diluluskan, pihaknya bersedia melaksanakan projek perintis itu bermula bulan depan. “Kami sudah mengenal pasti 19 kawasan perintis di Semenanjung Malaysia. Semua negeri memiliki

SPAD integrasi pelan pengangkutan awam

Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD), sedang melaksanakan langkah untuk mengintegrasikan pelan bagi sistem pengangkutan awam di kawasan bandar dan luar bandar. Ia bertujuan menyediakan akses dan hubungan pengangkutan awam yang lebih meluas antara kedua-dua kawasan. Pengerusinya, Tan Sri Syed Hamid Albar, berkata sebelum ini pihaknya lebih menumpukan kepada perkhidmatan pengangkutan awam di bandaraya utama Kuala Lumpur, Johor Bahru dan Pulau Pinang, namun ia kini mula beralih ke bandar di negeri lain. Beliau berkata, bagi tujuan itu setiap negeri sudah diwujudkan komuniti teknikal yang dipengerusikan Unit Perancang Ekonomi (EPU) negeri masing-masing dengan SPAD bertindak sebagai sekretariat. “Negara kini sudah memiliki sistem bas yang penting sebagai akses kawasan luar bandar, dan SPAD berharap dengan langkah ini kita dapat mengintegrasikan pelan perkhidmatan awam di kawasan bandar dan luar bandar. “Kita sedang menuju ke arah perluasan kawasan bandar

Hanya 5% rakyat Malaysia guna pengangkutan awam?

Image
Hanya lima peratus rakyat Malaysia menggunakan pengangkutan awam di seluruh negara? Mengejutkan tetapi itulah hakikat yang didedahkan oleh Pengerusi Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD), Tan Sri Syed Hamid Albar. Dalam ucapannya ketika merasmikan Simposium Pengangkutan Awam Darat 2013 di Kuala Lumpur, Isnin, Syed Hamid berkata antara faktor utama yang menyebabkan demikian ialah perancangan pengangkutan awam dibuat hanya setelah negara pesat membangun. "Kita telah membina bandar dan mengecapi pembangunan dalam banyak bidang. Tetapi perancangan pengangkutan hanya dibuat setelah kerajaan memutuskan menubuhkan SPAD untuk memastikan semua perancangan pembangunan disepadukan dengan kesalinghubungan semua jenis pengangkutan awam," katanya. “Saya tidak terkejut hanya lima peratus dari rakyat di seluruh negara menggunakan pengangkutan awam. Hanya Kuala Lumpur yang mempunyai sistem pengangkutan awam yang boleh dianggap bagus dibandingkan bandar lain,&q

Sekitar Simposium Pengangkutan Awan Darat anjuran SPAD

Image
Sekitar Simposium Pengangkutan Awan Darat anjuran SPAD 2 Disember 2013 Hotel Istana

Malam Anugerah SPAD 2013

Image
  Kuala Lumpur, 2 Disember –  Sani Express Sdn Bhd dan Konsortium Transnasional Berhad  masing-masing diumumkan sebagai pemenang Anugerah Pengendali Terbaik bersempena Simposium Pengangkutan Awam Darat di sini malam tadi. Anugerah berkenaan diberikan berdasarkan kecemerlangan kedua-dua syarikat itu dalam pengurusan pemandu, skim gaji dan pengurusan rekod. Manakala anugerah bagi Pengurusan Sumber Manusia dimenangi oleh Express Rail Link Sdn Bhd sementara Inovasi Terbaik dimenangi oleh Century Total Logistics Sdn Bhd. Pemenang menerima trofi dan sijil daripada pengerusi Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD), Tan Sri Syed Hamid Albar. Turut hadir ialah Ketua Pegawai Eksekutif SPAD, Mohd Nur Ismal Mohamed Kamal. Syed Hamid dalam ucapannya terdahulu, berkata anugerah berkenaan yang diperkenalkan buat julong kalinya adalah sebagai pengiktirafan SPAD kepada sumbangan pengendali pengangkutan awam darat yang bertanggungjawab dalam industri. Turut menerima anugerah iala

SPAD Lindungi Kepentingan Awam Sebelum Putuskan Kenaikan Tambang Bas Sekolah

SPAD Lindungi Kepentingan Awam Sebelum Putuskan Kenaikan Tambang Bas Sekolah KUALA LUMPUR, 26 Nov (Bernama) -- Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) akan memberi pertimbangan ke arah melindungi kepentingan awam sebelum membuat keputusan berhubung cadangan menaikkan tambang bas. Pengerusinya Tan Sri Syed Hamid Albar berkata suruhanjaya itu juga akan berusaha mencapai formula agar tidak menimbulkan ketidakpuasan hati dalam kalangan pihak yang berkaitan. "Kadar tambang bagi bas sekolah akan diumumkan tidak lama lagi. Kami mengadakan beberapa mesyuarat dan meneliti beberapa cadangan. "Kami perlu menimbangkan (kepentingan) orang awam juga, kerana mereka sudah tentulah tidak mahu sebarang kenaikan," katanya kepada pemberita selepas menyampaikan ucaptama pada Sidang Kemuncak Pengangkutan Bandar dan Transit Aliran Massa (MRT) 2013 di sini Selasa. Syed Hamid mengulas cadangan Gabungan Persatuan Pengusaha Bas Sekolah Malaysia untuk menaikkan tamba

SPAD gantung lesen pengendali Genting Highlands Transport

Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) telah menggantung lesen pengendali Genting Highlands Transport Sdn.Bhd berkuatkuasa 25 November 2013. Dalam kenyataan yang diedar kepa media pada Selasa, SPAD memaklumkan notis mengenai keputusan berkenaan ttelah dihantar pada 18 November 2013. Menurut kenyataan itu lagi, tindakan menggantung lesen pengendali berkenaan diambil setelah meneliti laporan audit ICOP keselamatan yang dilakukan oleh pasukan SPAD, berikutan kemalangan yang melibatkan bas syarikat tersebut yang meragut 37 nyawa di Jalan Genting Highland pada 21 Ogos 2013.  Syarikat berkenaan diberi tempoh tujuh hari dari tarikh notis dikeluarkan untuk memaklumkan kepada penumpang mengenai penggantungan perkhidmatan tersebut. Sebagai alternatif, Resort World Tour Sdn.Bhd akan menyediakan perkhidmatan bas ekspres dari Pudu Sentral, KL Sentral dan Stesen LRT Putra, Gombak ke Genting Highlands. - 19/11/13.

SPAD anjur anugerah untuk pengusaha, pengendali dan pemandu pengangkutan awam darat.

Image
SPAD anjur anugerah untuk pengusaha, pengendali dan pemandu pengangkutan awam darat. Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) akan mengiktiraf pengusaha dan pemandu pengangkutan awam darat yang telah memberikan perkhidmatan cemerlang atau menyumbang kepada masyarakat dalam satu majlis gemilang yang dijadualkan berlangsung Disember depan. Pengerusi SPAD, Tan Sri Syed Hamid Albar berkata, anugerah itu akan diadakan bersempena Simposium Pengangkutan Awam Darat 2013 di Kuala Lumpur. Beliau mengumumkan demikian semasa majlis taklimat SPAD kepada Majlis Ahli Parlimen Barisan Nasional (BNBBC) di Kuala Lumpur, Ahad. Ia adalah pertemuan pertama diadakan antara SPAD dan BNBBC sejak ia ditubuhkan pada 2010. “Menjelang Tahun Melawat Malaysia 2014 kita ada ganjaran untuk duta-duta kecil pengangkutan awam darat. Mereka yang memberikan perkhidmatan cemerlang dan sifat terpuji akan dihargai,” katanya. Antara kategori yang disediakan untuk malam berkenaan ialah Anugerah