Posts

Showing posts from February, 2017

Projek KVDT sudah 28 peratus dan siap 2019

Image
Projek Naik Taraf Landasan Berkembar Lembah Klang (KVDT) sudah mencapai 28 peratus dan dijangka siap sepenuhnya pada penghujung 2019.   Projek yang membabitkan kos RM1.4 billion itu telah bermula sejak pertengahan tahun lalu membabitkan landasan sejauh 42 kilometer di antara jajaran Rawang-Salak Selatan dan Sentul-Simpang Batu.   Ketua Pegawai Eksekutif Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD), Mohd Azharuddin Mat Sah, berkata, projek itu membabitkan kerja-kerja naiktaraf 16 stesen Keretapi Tanah Melayu (KTM), sistem isyarat, elektrik dan pemasangan sistem radio metra.   Azharuddin berkata demikian pada sidang media di tapak projek di Rawang, Selangor, Jumaat.   Menurut Azharuddin lagi, walaupun ada kalanya berlaku kelewatan kerana beberapa faktor, dia yakin projek berkenaan akan siap mengikut jadual.   "Memang ada tergendala seketika kerana faktor cuaca dan teknikal tetapi saya yakin kontraktor yang bertanggungjawab, Dayamaju Infrastructure Asia Sdn Bhd (

Kerajaan susun semula sistem lesen PSV

Image
Kerajaan akan meneliti untuk menyusun semula sistem lesen kenderaan perkhidmatan awam (PSV) merangkumi aspek harga dan kaedah kelulusannya. Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Nancy Shukri berkata, harga PSV yang tinggi dan kaedah kelulusan agak rumit merupakan antara faktor menyebabkan kekurangan kapten bas ekspres yang menjadi salah satu penyumbang kepada terjadinya kemalangan maut melibatkan pengangkutan awam itu. “Antara sebab lain adalah upah perjalanan yang rendah menyebabkan pemandu bas itu sendiri tidak mahu berkongsi upah dan tidak mahu membawa kapten bas bersama mereka. “Semua perkara ini perlu dibincangkan semula termasuk kebajikan dan bayaran kepada pemandu serta kapten bas bagi memastikan kadar kemalangan bas ekspres dapat dikurangkan seterusnya mengembalikan keyakinan rakyat kepada sistem pengangkutan awam negara,” katanya kepada pemberita dalam pelancaran Makmal Transformasi Bas Ekspres pada Isnin. Yang turut hadir, Pengerusi Suruhanjaya Pengangkuta

Kabinet setuju keputusan haramkan teksi motosikal

Image
Kabinet bersetuju dengan keputusan Kementerian Pengangkutan untuk mengharamkan perkhidmatan teksi motosikal 'Dego Ride' di atas faktor keselamatan. Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Liow Tiong Lai berkata pihaknya diminta  memberi penerangan kepada orang ramai tentang faktor perkhidmatan itu perlu dihentikan. "Kita tidak akan membenarkan perkhidmatan itu (Dego Ride) terus beroperasi dan saya harap mereka akan menghentikan perkhidmatan ini," katanya ketika ditemui pemberita di kementeriannya selepas menghadiri mesyuarat Kabinet, pada Rabu. Ditanya sama ada beliau sedia untuk bertemu dengan wakil syarikat Dego Ride, Tiong Lai berkata beliau terbuka untuk bertemu namun tetap dengan pendirian untuk mengharamkan perkhidmatan itu atas faktor keselamatan penumpang. Katanya, setakat ini tiada wakil Dego Ride berjumpa dengan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) susulan saman yang dikeluarkan terhadap pemilik motosikal yang menyediakan perkhidmatan itu. "JPJ telah

Teksi motorsikal: Syed Hamid suka idea orang muda tapi...

Image
Teksi motosikal mungkin baru di Kuala Lumpur... tapi di Jakarta ia perkhidmatan yang sudah lama diperkenalkan, dikenali sebagai 'ojek' dan menjadi pilihan golongan berpendapatan rendah untuk ke sana sini. Dalam kes di Malaysia, di mana perkhidmatan ini dipertikaikan samada ikut undang-undang atau tidak. Menurut Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) mereka tidak mempunyai kuasa untuk mengekang kegiatan teksi motosikal Dego Ride yang semakin menjadi pilihan rakyat Malaysia kerana masih tiada peruntukan undang-undang mengenainya. Pengerusinya, Tan Sri Syed Hamid Albar berkata, penguasa perkhidmatan tersebut perlu lebih peka dan bersedia menghadapi sebarang tindakan undang-undang lain kerana khidmat yang diberikan itu beroperasi tanpa lesen. "Dalam kes teksi motosikal ini, saya suka dengan kreativiti yang ditunjukkan dan mereka menyatakan bahawa ini (teksi motosikal) adalah untuk golongan pendapatan rendah dan idea itu datang dari golongan muda juga. "Ap

Pengusaha teksi motosikal jangan cabar kerajaan... - Liow

Image
Pihak syarikat yang menjalankan perkhidmatan teksi motosikal Dego Ride diingatkan untuk tidak mencabar kerajaan dengan mendakwa tiada peruntukkan undang-undang yang menghalang untuk menawarkan khidmat tersebut. Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Liow Tiong Lai berkata, pihak kerajaan mempunyai undang-undang khas terhadap pihak yang menjalankan Dego Ride. "Di bawah Akta Pengangkutan Seksyen 23 memperuntukkan lesen motorsikal tidak boleh membawa penumpang bagi tujuan komersial. "Selain itu, di bawah Akta Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) Seksyen 16 dan 47 turut memperuntukkan perkara yang sama dan kenderaan yang ingin dikomersialkan perlu mendapatkan lesen dari pihak SPAD," katanya. Beliau berkata demikian kepada pemberita pada sidang media selepas menghadiri Majlis Perhimpunan Bulanan 1MOT Kementerian Pengangkutan di Putrajaya pada Isnin. Pada majlis yang sama Tiong Lai turut mengambil peluang meraikan sambutan Tahun Baru Cina bersama kakitangan keme