Posts

Showing posts from July, 2017

Pindaaan kepada Akta Pengankutan Awam Darat APAD (2010) demi kebaikan untuk semua pihak

Image
Kenyataan Media dari SPAD PINDAAN KEPADA AKTA PENGANGKUTAN AWAM DARAT APAD (2010) YANG DILULUSKAN PARLIMEN AKAN MEMBUKA JALAN BAGI PENAMBAHBAIKAN KEPADA INDUSTRI TEKSI Kuala Lumpur, 28 Julai 2017: Suruhanjaya Pengangkutan Awam  Darat (SPAD) menyambut baik pindaan kepada Akta Pengangkutan Awam Darat APAD (2010) oleh Parlimen semalam. Pembentangan pindaan oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri, YB  Dato' Sri Hajah Nancy Shukri  yang  telah diluluskan  di  Dewan  Rakyat  merangkumi peruntukan  untuk  memberi kuasa  kepada  SPAD  bagi  mengawal  selia  perkhidmatan  yang  menggunakan  aplikasi  e- hailing.   Pindaan   tersebut  juga  akan   mempertingkatkan  tahap   industri  teksi  melalui pengenalan rangka  kerja pengawalseliaan  yang dilaksanakan  sejajar dengan  pelaksanaan inisiatif-inisiatif di bawah Program Transformasi Industri Teksi (TITP). Pindaan kepada APAD ini adalah untuk memastikan pengendali dan pemandu perkhidmatan e-hailing mengguna pakai standard  kese

Pindaan akta pastikan perkhidmatan e-hailing dipertingkat

Image
28 JULAI: Pindaan Akta Pengangkutan Awam Darat 2010 (APAD) yang diluluskan oleh Dewan Rakyat semalam bakal menyaksikan kualiti perkhidmatan teksi serta e-hailing seperti Uber dan Grabcar di seluruh negara ditingkatkan, kata Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD). Dalam satu kenyataan hari ini, SPAD berkata pindaan itu akan memastikan pengendali dan pemandu perkhidmatan tersebut mengguna pakai standard keselamatan termasuk pemeriksaan latar belakang mandatori. “Suruhanjaya juga berkuasa memperkenalkan dan menguatkuasakan peraturan seperti mewajibkan pengendali perkhidmatan e-hailing menyerahkan maklumat berkaitan perjalanan dan kenderaan yang digunakan kepada SPAD bagi perancangan pengangkutan awam darat,” katanya. Tambah kenyataan itu, selain memastikan tambang e-hailing ditentukan kuasa pasaran, pindaan itu juga mampu meningkatkan pendapatan pemandu melalui penggunaan harga tambang dinamik ketika menggunakan aplikasi e-hailing atau kadar tambang teksi bermeter semasa mengam

Uber, Grabcar kini halal di Malaysia

Image
Malaysia mencatat sejarah menjadi negara pertama di dunia menghalalkan perkhidmatan e-hailing. Ini berikutan Dewan Rakyat pada hari ini meluluskan rang undang-undang (RUU) bagi membenarkan operasi mengambil penumpang menggunakan Uber dan Grabcar secara sah. Menurut Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Nancy Shukri, pindaan membabitkan RUU Pengangkutan Awam Darat (Pindaan) 2017 dan RUU Lembaga Pelesenan Kenderaan Perdagangan (Pindaan) 2017 yang dibentangkan secara berasingan menerima undian majoriti kalangan Ahli Parlimen yang hadir. Nancy berkata, kedua-dua undang-undang itu juga membolehkan perkhidmatan e-hailing dilakukan secara sah di Semenanjung serta turut merangkumi Sabah dan Sarawak walaupun kedua negeri itu tidak tertakluk di bawah kawalan Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Darat (SPAD). “Dengan kelulusan dua rang undang-undang itu, Malaysia menjadi negara pertama di dunia yang mengawal selia perkhidmatan e-hailing secara sah. “Ini adalah kali pertama p

SPAD kerjasama dengan PDRM tapis bakal pemandu e-hailing

Image
21 JUN: Meskipun setiap maklumat peribadi mengenai pemandu e-hailing telah diambil sebelum dibenarkan beroperasi mengambil penumpang, namun latar belakang dan sejarah lampau pemandu tersebut masih menjadi tanda tanya dan boleh mengundang bahaya kepada keselamatan penumpang. Sehubungan itu, Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Nancy Shukri mahu Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) bekerjasama dengan pihak berkuasa seperti Polis DiRaja Malaysia (PDRM) bagi memastikan setiap pemandu e-hailing ini bersih dari sebarang rekod jenayah. Katanya, SPAD adalah suruhanjaya yang diberi kuasa untuk menapis setiap bakal pemandu e-hailing ini dengan kerjasama PDRM. “Kita perlu ambil kisah dengan latar belakang setiap pemandu. Kita tidak boleh ambil mudah perkara ini. Kita tidak boleh mengetahui rekod jenayah lampau setiap pemandu kecuali jika dapat kebenaran dari pihak PDRM. “Memang betul dalam aplikasi itu ada maklumat mengenai kereta dan diri pemandu tersebut tetapi tidak ad

MRT menjadi elemen terpenting dalam transformasi pengangkutan awam darat...

Image
“Sejak enam tahun yang lalu, pelbagai inisiatif Kerajaan di bawah Rancangan Induk Pengangkutan Awam Darat Negara telah secara asasnya mentransformasikan penggunaan pengangkutan awam darat dan menyumbang kepada peningkatan jumlah penumpang harian kepada 1.1 juta pada hari ini.   Tahun 2016 khususnya, telah menyaksikan rangkaian pengangkutan awam darat Greater KL/Lembah Klang menerima pertambahan kapasiti yang ketara dengan pembinaan sambungan LRT dan pembukaan Fasa 1 MRT laluan Sungai Buloh-Kajang (SBK) yang merangkumi 12 buah stesen.    Dengan pelaksanaan penuh Fasa 2 MRT Laluan SBK pada 17 Julai yang menyambungkan laluan daripada Semantan sehingga Kajang, sistem tersebut mempunyai kapasiti untuk menampung 400,000 penumpang harian.    MRT akan turut menyumbang kepada peningkatkan jumlah penumpang ke arah mencapai perkongsian mod 40% pada tahun 2030.   Perkhidmatan MRT ini yang mempunyai anggaran masa perjalanan selama 84 minit (dari hujung ke hujung), dengan ke

SPAD gantung permit syarikat treler

Image
13 JUN: Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) menggantung lesen pengendali syarikat Golden Horse Plantations Sdn Bhd susulan kemalangan maut di KM25 Jalan Bahau-Keratong, Jempol pada Ahad lalu. SPAD dalam satu kenyataan hari ini berkata semua treler di bawah syarikat itu  tidak dibenarkan beroperasi  serta merta bagi membolehkan siasatan audit pematuhan dijalankan berdasarkan Kod Amalan Keselamatan Industri. “Suruhanjaya akan membantu siasatan Polis Diraja Malaysia (PDRM) berhubung kes berkenaan apabila diperlukan. “Pada masa yang sama, kami tidak akan bertolak ansur terhadap sebarang perlanggaran amalan keselamatan dan ingin memberikan peringatan keras kepada pengendali supaya mematuhi keperluan keselamatan,” tegas kenyataan itu. Sementara itu, dalam kejadian itu, lapan maut termasuk enam rentung dalam kemalangan membabitkan sebuah treler, sebuah Perodua Myvi, sebuah  kenderaan pelbagai guna Proton Exora dan sebuah Toyota Vios. Bagaimanapun, pemandu treler dan pemandu

Kerajaan umum Pengerusi SPAD baru dalam masa terdekat

Image
8 JUN: Kerajaan akan mengumumkan Pengerusi Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) yang baru dalam masa terdekat bagi menggantikan pengerusinya Tan Sri Syed Hamid Albar yang bersara pada 3 Jun lepas. Menurut kenyataan Pejabat Perdana Menteri, bagi memastikan operasi SPAD berjalan seperti biasa, seorang daripada Anggota Suruhanjaya sedia ada akan dilantik menjalankan sementara tugas Pengerusi SPAD sesuai dengan peruntukan Seksyen 12 (a), Akta Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat 2010. “Kerajaan merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada Tan Sri Syed Hamid Albar yang telah menyandang jawatan sebagai Pengerusi SPAD selama tiga penggal bermula dari awal penubuhan SPAD pada tahun 2010 hingga 2017. “Banyak kejayaan telah dicapai oleh SPAD di bawah kepimpinan beliau,” kata kenyataan yang dikeluarkan.  -BNBBC