Posts

Showing posts from September, 2016

30 minit dari Putrajaya ke KL bila MRT siap

Image
Bayangkan perjalanan dari Sungai Buloh ke Putrajaya hanya akan mengambil masa 30 minit sahaja! Ini bukan omong kosong, tetapi akan menjadi realiti apabila projek Mass Rapid Transit (MRT) Laluan Sungai Buloh-Serdang-Putrajaya (Laluan SSP) siap sepenuhnya. Jaminan itu diberikan sendiri oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak Razak ketika merasmikan majlis pecah tanah bagi fasa dua Laluan SSP  di Putrajaya, Khamis. Majlis pecah tanah projek itu yang bernilai RM32 bilion diadakan berhampiran Stesen Putrajaya Sentral dan bakal memberi manfaat kepada kira-kira dua juta penduduk apabila laluannya siap sepenuhnya menjelang  2022. Laluan SSP sejauh 52.2km itu mempunyai 37 stesen, di mana 11 stesen adalah stesen bawah tanah sejauh 14.5km.  Ia akan beroperasi dari Sungai Buloh ke Putrajaya melalui Kepong, Batu, Jalan Ipoh, Titiwangsa, KLCC, Tun Razak Exhange, Bandar Malaysia, Sungai Besi, Serdang, UPM dan Cyberjaya. Laluan SSP juga akan dilengkapi dengan 9

MyBAS Ipoh kini beroperasi sepenuhnya

Image
Perkhidmatan myBAS Ipoh di bawah program Transformasi Perkhidmatan Bas Henti-Henti (SBST) oleh Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) telah beroperasi sepenuhnya pada 1 September 2016. Sebelum ini fasa pertama yang memperkenalkan enam laluan baharu telahpun bermula Jun lalu dan kini sistem pengangkutan bersepadu itu memperkenalkan tambahan lapan laluan utama dan lima laluan perantara meliputi 314 kilometer. SPAD menerusi kenyataannya kepada media, memaklumkan SBST yang diperkenalkan pada Ogos tahun lalu, akan mengenakan KPI terhadap pengendali bas dengan menitikberatkan ketepatan masa, kebolehpercayaan, spesifikasi kenderaan dan kepuasan pengguna. Ipoh adalah bandaraya ketiga di Semenanjung Malaysia yang telah menerima manfaat daripada peruntukan kerajaan bagi perkhidmatan myBAS selepas Kangar dan Seremban. Peruntukan RM100 juta bagi program myBAS akan turut dilaburkan  bagi perlaksanaan seterusnya di Johor Bahru dan Kuala Terengganu untuk meningkatkan