Posts

Showing posts from August, 2016

Jangan Ugut Keputusan Kerajaan - Syed Hamid

Image
Tak payah ugut-ugut sebab keputusan adalah muktamad, kata Pengerusi Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD), Tan Sri Dr Syed Hamid Albar ketika diminta ulas ugutan persatuan teksi nak sokong pembangkang atau parti Bersatu yang jika kerajaan membenarkan UBER-Grab Car beroperasi.
Beliau berkata demikian selepas sidang media mengumumkan keputusan kabinet meluluskan Program Transformasi Industri Teksi (TITP) di ibupejabat SPAD di Kuala Lumpur, Selasa. "Saya fikir ugutan ini tak patut timbul kerana kalau kita tengok di segi manfaat dan perkara-perkara yang telah lakukan untuk golongan ini amat banyak sekali.
"Kerajaan buka peluang supaya industri ini maju, pengguna dan pengusaha pun untung. Saya harap mereka dapat melihat secara positif. Tak payahlah ugut kita dan kerajaan. Tengok apa kesan pelaksanaannya.
"Keputusan kerajaan mutamad. Sama ada dia cakap akan masuk parti pembangkang atau tidak, itu tidak menjadi isu. Yang paling penting kita nak transformasi …

11 Program Untuk Majukan Industri Teksi

Image
SPAD MEMPERKENALKAN PERANCANGAN UNTUK
MEMPERTINGKATKAN INDUSTRI TEKSI




Kerajaan meluluskan pelan pembaharuan untuk mengawal selia ‘e-hailing’ dan menyediakan teksi yang sedia dengan ruang untuk berkembang dan kekal mampan di dalam era persaingan terkini

KUALA LUMPUR (16 OGOS 2016) - Kabinet telah meluluskan Program Transformasi Industri Teksi (TITP) yang menggunakan pendekatan inklusif dan menyeluruh untuk menyelesaikan isu-isu struktur yang sudah lama melanda industri dengan memperkenalkan pembaharuan bagi seluruh industri yang bertujuan mewujudkan persekitaran industri yang adil bagi pemandu, pengendali dan pengguna.

TITP berasaskan empat (4) prinsip utama, iaitu: memanfaatkan penggunaan teknologi, meningkatkan pendapatan dan kebajikan pemandu teksi; meningkatkan mutu perkhidmatan pemandu dan menyemak semula kadar tambang teksi; ini akan dilaksanakan melalui sebelas (11) program.

Pembaharuan yang telah diluluskan oleh Kerajaan, menunjukkan arah tuju masa hadapan bagi industri teksi Mala…

Dana Sokongan Untuk Bas Henti-Henti Demi Keselesaan Rakyat

Image
TRANSFORMASI INDUSTRI BAS TETAP MENJADI TUMPUAN KERAJAAN
Peruntukan RM142.7 Juta Menjadi Talian Hayat Bagi 65 Pengendali Bas

Kuala Lumpur (9, Ogos 2016) – Transformasi industri bas berhenti-henti tetap menjadi keutamaan bagi Kerajaan dengan penyaluran dana sebanyak RM142.7 juta di bawah Dana Sokongan Sementara Bas Berhenti-henti (ISBSF) 2016. Pengguna bas yang bergantung kepada bas berhenti-henti untuk perjalanan harian merentasi bandar-bandar kecil dan desa, akan terus menikmati perkhidmatan tanpa gangguan. Peruntukan yang kritikal ini akan disalurkan kepada 65 pengendali bas henti-henti yang telah memohon untuk mendapatkan bantuan pada tahun ini.

Pada bulan Mei tahun ini, beberapa pengendali telah memohon agar Kerajaan meneruskan bantuan ISBSF bagi membolehkan mereka untuk menyambung operasi dan perkhidmatan bas di sepanjang laluan yang kurang pengguna atau tidak menguntungkan. Ini adalah penting terutamanya bagi kawasan yang masih mempunyai permintaan daripada kalangan pengguna berpe…