Posts

Showing posts from June, 2014

TPM yakin transformasi pengangkutan awam akan capai KPI tahun depan.

Image
Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin yakin transformasi pengangkutan awam berupaya mencapai sasaran 25% yang ditetapkan oleh kerajaan menjelang 2015, memandangkan tahun ini ia telahpun menunjukkan peningkatan 21 peratus, berbanding empat tahun lalu. Muhyiddin berkata pada akhir 2013, sasaran purata bulanan 400,000 penumpang pengangkutan awam pada waktu puncak juga berjaya dilepasi dengan purata 437,525 penumpang setiap bulan, iaitu peningkatan 21 peratus dari tahun sebelumnya. “Saya percaya peningkatan jumlah pengguna pengangkutan awam ini disebabkan beberapa penambahbaikan yang diperkenalkan Kerajaan. Antaranya, penambahan kapasiti set tren perkhidmatan KTM komuter daripada tiga kepada enam gerabak dan pewujudan hab pengangkutan awam bersepadu yang strategik seperti Terminal Bersepadu Selatan (TBS) di Bandar Tasik Selatan,” katanya, Muhyiddin berkata demikian semasa berucap merasmikan Kompleks Parkir Bertingkat "Park N Ride" Stesen Transit Aliran R

SPAD gesa kerajaan salur peruntukan RM400 juta segera kepada KTMB untuk baiki landasan Gemas-Gua Musang

Image
Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) menggesa kerajaan segera menyalurkan peruntukan RM400 juta kepada Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) untuk memulakan kerja-kerja membaikpulih landasan keretapi laluan Gemas-Gua Musang yang rosak teruk.. Pengerusi SPAD, Tan Sri Syed Hamid Albar berkata peruntukan itu mesti disegerakan kerana nyawa dan keselamatan penumpang menjadi taruhan. Katanya sekiranya peruntukan itu lambat diperolehi, KTMB tidak dapat melakukan kerja membaik pulih dengan serta merta dan SPAD tidak ada pilihan selain menutup landasan berkenaan selama dua tahun. “Oleh kerana keselamatan rakyat diutamakan, SPAD telah membantu KTMB untuk mendapatkan peruntukan RM400 juta daripada Kerajaan untuk tujuan membaikpulih landasan sektor tersebut. Ia telahpun diluluskan oleh EPU. “Kita tahu Kerajaan menyedari bahawa KTMB adalah sebuah syarikat yang kos penyelenggaraan dan operasinya lebih tinggi daripada pendapatan.  Maka mereka menghadapi masalah

SPAD’s Response to Article Entitled ‘SPAD’s Chairman is also Proton’s Salesman’

Image
Berikut jawapan Pengerusi Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) berhubung artikel yang disiarkan dalam sisipan Cars, Bikes & Trucks di akhbar New Straits Times: SPAD’s Response to Article Entitled ‘SPAD’s Chairman is also Proton’s Salesman’   With reference to the article entitled ‘SPAD’s Chairman is also Proton’s Salesman,’ Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (‘SPAD’) would like to clarify. The decision to use the Proton Exora was made by the government and it is in line with the National Car Policy. It is not within the ambit of the SPAD Chairman.   As a government agency implementing the taxi industry transformation, SPAD is bound to follow this policy. The decision was based on various considerations including technical specifications, luggage space, legroom and headroom. In terms of value-for-money, the question of affordability for taxi drivers was also considered. The Proton Exora is the most affordable model within its class. The value proposition

Penangguhan Penutupan Landasan KTM Sektor Gemas - Gua Musang

Image

Ops Hippo SPAD tahan 25 lori bawa lebih muatan.

Image
Awal pagi Jumaat, sementara peminat bolasepak di seluruh negara khusyuk menonton siaran langsung perlawanan pembukaan Piala Dunia, sekumpulan pemandu lori juga sibuk beroperasi di sekitar Puchong dengan membawa muatan lebih daripada had yang dibenarkan. Tetapi sepandai-pandai tupai melompat, akhirnya tersungkur ke tanah jua! Pemandu-pemandu lori berkenaan tidak menyedari ketika itu unit penguatkuasa Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) sedang menjalankan Ops Hippo sekitar Puchong. Lantas 25 lori ditahan kerana melakukan pelbagai kesalahan. Daripada jumlah itu 12 lori didapati membawa lebih muatan, 12 mengubahsuai panel sisi dan sebuah kerana melakukan halangan jalanraya. Di badan lori jelas tertera berat yang dibenarkan adalah 30 tan, tetapi muatan yang dibawa melebihi antara 100 hingga 160 peratus! Ops Hippo itu diketuai oleh Pengurus Besar Penguatkuasaan SPAD, Datuk Paduka Che Hasni Che Ahmad yang dibantu oleh lapan pegawai dan 27 anggota. Ia bermula jam 4 pagi