Posts

Showing posts from February, 2016

Diskaun 30% Untuk Pengguna Bas Dilanjutkan

Image
KERAJAAN MELANJUTKAN INSENTIF DISKAUN 30% BAGI PENGGUNA PERKHIDMATAN BAS ANTARA BANDAR KUALA LUMPUR,  29 FEBRUARI 2016 – Kerajaan akan melanjutkan diskaun 30% bagi pengguna perkhidmatan bas antara bandar bagi laluan dari Rawang, Klang dan Seremban ke Kuala Lumpur mulai 1 Mac 2016 sehingga 31 Disember 2016.  Inisiatif yang diperkenalkan pada 1 September 2015 ini merupakan sebahagian daripada usaha berterusan kerajaan untuk meringankan kos perjalanan harian bagi pengguna yang menetap di kawasan pinggir bandar dan yang bekerja di pusat bandar Kuala Lumpur.  Disamping itu, diskaun ini juga bertujuan untuk menggalakkan penggunaan pengangkutan awam secara lebih meluas dan akan memberi manfaat kepada orang ramai yang memilih pas bulanan bagi perjalanan mereka. Diskaun ini adalah tertakluk pada terma dan syarat, dan ianya terbuka untuk semua warganegara Malaysia yang menetap di Seremban, Klang dan Rawang dan bekerja di Kuala Lumpur.  Borang aplikasi boleh dimuat turun me

1 April - MyBAS akan mula beroperasi di Perak

Image
Mulai 1 April ini rakyat Perak boleh menikmati perkhidmatan bas henti-henti baru yang lebih selesa dan canggih apabila myBAS mula operasi di beberapa kawasan di negeri itu. "Perkhidmatan di bawah jenama myBAS ini akan menawarkan pengangkutan awam yang lebih bersepadu, liputan rangkaian laluan yang lebih baik, laluan baharu serta perkhidmatan yang boleh dipercayai," kata Pengerusi Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD), Tan Sri Dr Syed Hamid Albar. Beliau berkata demikian pada sidang media selepas menyaksikan majlis menandatangani perjanjian antara SPAD dengan The Combined Bus Services Sdn Bhd (TCBS). Syed Hamid berkata myBAS adalah sebahagian daripada program Transfornasi Perkhidmatan Henti-Henti (SBST) yang dibiaya oleh Kerajaan. Pada majlis menandatangi perjanjian itu, SPAD diwakili Ketua Pegawai Eksekutifnya, Mohd Azharuddin Mat Sah dan TCBS diwakili Pengarah Urusan, Dato Seri Cheong Fong Fitt. Syed Hamid menjadi saksi bagi pihak SPAD manakala TCBS diwakili Pengarah Ek

SPAD terbuka kepada perbincangan dengan Consortium Zenith

Image
Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) terbuka kepada perbincangan dengan Consortium Zenith BUCG Sdn Bhd yang bercadang meluaskan rangkaian rel perkhidmatan kargo yang dikendalikan oleh Keretapi Tanah Melayu Bhd (KTMB). Suruhanjaya itu bagaimanapun menjelaskan bahawa SPAD belum lagi menerima sebarang permohonan rasmi bagi mendapatkan lesen berkenaan daripada Consortium Zenith. "SPAD ingin menyatakan bahawa pihak Suruhanjaya belum lagi menerima apa-apa permohonan rasmi bagi mendapatkan lesen tersebut daripada Consortium Zenith. "Oleh itu, kenyataan daripada syarikat berkenaan bahawa ia sedang menunggu kelulusan SPAD seperti mana yang dilaporkan oleh media, adalah tidak tepat," demikian menurut SPAD dalam satu kenyataan hari ini. Menurut laporan, dalam usaha untuk mempelbagaikan perniagaannya, Consortium Zenith BUCG memperuntukkan RM800 juta untuk menempatkan kedudukannya menjadi pengendali kereta api kargo yang mencatat keuntungan dan mampan. Pengerusinya, Datuk

SPAD Syor Batal Lesen PSV Bagi Pemandu Yang Terbabit Dengan Salahlaku

Image
SPAD MEMULAKAN TINDAKAN UNDANG-UNDANG TERHADAP PENGENDALI DAN PEMANDU BAS YANG TERBABIT DALAM KEJADIAN SALAH LAKU YANG DIPAPARKAN DI DALAM VIDEO VIRAL   Suruhanjaya mengesyorkan pembatalan lesen Kenderaan Perkhidmatan Awam (PSV)  yang dimiliki pemandu  6 Februari, 2016 –Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) telah melengkapkan siasatan berkaitan kejadian salah laku seorang pemandu bas ekspres terhadap penumpang ketika di dalam perjalanan dari Melaka ke Pulau Pinang pada 25 Januari 2016 yang telah dipaparkan di dalam sebuah video viral.  Berikutan siasatan yang telah dijalankan oleh SPAD pada 1 Februari, 2016 bersama syarikat bas ekspres, pemandu dan seorang saksi, SPAD telah memulakan tindakan undang-undang terhadap pengendali bas kerana melanggar syarat-syarat lesen, yang termasuk kegagalan untuk memastikan pemandu bas sentiasa berkelakuan baik dan beretika ketika bertugas. SPAD juga telah mengeluarkan surat kepada Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) bagi memohon pembatalan l

Sejuta orang guna LRT, monorel, bas Rapid dalam sehari

Image
Prasarana Malaysia Berhad pada Khamis mencipta sejarah apabila berjaya mencapai sasaran sejuta pengguna sehari bagi perkhidmatan Transit Aliran Ringan (LRT), monorel dan bas di Lembah Klang, Pulau Pinang dan Kuantan. Jumlah itu dicapai melalui 265 ribu pengguna LRT Kelana Jaya, 195 ribu di Jajaran Ampang dan 72 ribu menggunakan monorel setiap hari. Selain itu perkhidmatan bas Rapid yang diuruskan Prasarana di Kuala Lumpur, Sunway, Perak dan Pulau Pinang digunakan oleh 365 ribu penumpang. Kejayaan itu diumumkan bersama oleh Pengerusi Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD), Tan Sri Dr Syed Hamid Albar dan Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Prasarana, Datuk Azmi Abdul Aziz di stesen Kuala Lumpur Sentral, Khamis. Kedua-duanya telah melakukan walk-about di sekitar KL Sentral sebelum menaiki tren ke Pasar Seni dan meninjau perkhidmatan bas di situ, dan kemudiannya ke Stesen LRT Masjid Jamek LRT sebelum menaiki monorel ke KL Sentral. Syed Hamid Albar be

SPAD akan ambil tindakan terhadap pemandu bas kasari penumpang

Image
Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) akan menggantung kad pemandu atau membatalkan lesen seorang pemandu bas yang didakwa mengasari seorang penumpang dalam kejadian pada 25 Jan lepas.     Pengerusinya, Tan Sri Syed Hamid Albar berkata bagaimanapun tindakan itu akan diambil setelah siasatan terperinci mengenai kejadian itu selesai dijalankan oleh polis.   "Biarlah (polis) selesaikan siasatan terlebih dahulu dan selepas itu baru kita ambil tindakan termasuk membatalkan lesen pengusaha bas berkenaan.   "Polis akan mengambil tindakan terhadap pemandu bas tersebut. Pihak SPAD akan mengambil tindakan terhadap pengusaha bas serta pemandu bas berdasarkan siasatan yang dilakukan polis," katanya kepada pemberita selepas mengadakan lawatan ke Terminal Bas Amanjaya di Ipoh,Selasa 2 Februari     Katanya perbuatan pemandu bas itu adalah tidak beretika kerana ia tidak menggambarkan budaya rakyat di negara ini.   Mengulas lanjut, Syed Hamid berkata pihaknya juga m