Posts

Showing posts from April, 2015

Perkhidmatan Bas Henti-henti Dabong – Kuala Krai Mula Beroperasi

Image
Bas henti-henti menghubungkan orang awam ketika perkhidmatan rel masih belum beroperasi 17 April 2015  – Berikutan perkhidmatan rel KTMB yang terjejas di Pantai Timur akibat banjir pada akhir tahun lalu, Syarikat Kenderaan Melayu Kelantan (‘SKMK’) yang menggunakan jenama ‘CityLiner’ telah memulakan perkhidmatan bas berhenti-henti sejak 13 April, 2015 bagi membantu menghubungkan orang awam, termasuk pelajar sekolah sekitar Dabong, Kemubu dan Kuala Krai. Sebelum ini, penduduk setempat menjadikan perkhidmatan rel KTMB sebagai mod pengangkutan awam mereka yang utama. Cityliner menyediakan 3 perjalanan sehari, daripada Dabong ke Kuala Krai dan 3 lagi perjalanan dari Kuala Krai ke Dabong. CityLiner juga pada 14 April telah melanjutkan perkhidmatan laluan Jeli ke Kuala Balah sehingga ke Jelawang dan Dabong. Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (‘SPAD’) telah mengadakan lawatan tapak bagi meninjau operasi bas tersebut di Dabong. SPAD juga mendapatkan maklumbalas daripada pendud

LRT3 dari Bandar Utama ke Klang dibina tahun depan dan siap 2020

Image
Pembinaan jajaran LRT3 yang bermula dari Bandar Utama dan berakhir di Klang dijangka bermula awal tahun hadapan dan siap menjelang 2020. Jajaran sejauh 36 kilomter itu akan mempunyai 25 buah stesen yang jarak di antaranya tidak melebihi dua kilometer. Pengarah  Urusan Kumpulan Prasarana, Azmi Abdul Aziz, berkata, jajaran berkenaan akan bermla dari sambungan stesen LRT Sri Pentas Bandar Utama dan melalui kawasan Damansara Utama-Bandar Utama-Lebuhraya SPRINT – Tropicana –NKVE-Subang sebelum bertembung di laluan jajaran LRT Kelana Jaya yang sedang dalam pembinaan, iaitu Stesen Glenmarie. Menurutnya dari Glenmari, LRT itu akan terus ke Stadium Shah Alam dan melalui persisiran Lebuhraya Persekutuan-PKNS-ICT-UiTM sebelum menamatkan perjalanan di Stesen Johan Setia di Klang. Bercakap pada sidang media di Kuala Lumpur, pada Khamis, Azmi berkata pihaknya juga akan berkolaborasi dengan Kerajaan Negeri untuk membangunkan kawasan-kawasan yang masih belum dibangunkan berhampiran jajaran ber

Sultan Selangor diberi taklimat mengenai kemudahan LRT, Monorel

Image
Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah mencemar duli melakukan kunjungan terhadap sistem pengangkutan rel LRT Rapid KL dan Monorel. Baginda memulakan lawatan dengan menaiki tren LRT Rapid KL di Stesen Kelana Jaya dan turun di Stesen KL Sentral. Ketibaan baginda di Stesen KL Sentral akan disambut oleh Pengerusi Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD), Tan Sri Syed Hamid Albar dan Pengarah Urusan Kumpulan MRCB, Tan Sri Mohamed Salim Din. Kemudian baginda menaiki Monorel di Stesen KL Sentral dan turun di Stesen Monorel Bukit Nanas. Menurut jurucakap Istana Selangor, lawatan Sultan Sharafuddin berdasarkan titah baginda di Dewan Undangan Negeri Selangor yang ingin mengalami sendiri perkhidmatan rel yang bakal melibatkan Selangor dalam projek LRT Line 3. Dalam titah tersebut, Sultan Sharafuddin berharap rakyat menggunakan perkhidmatan pengangkutan awam yang sekaligus dapat mengatasi masalah alam sekitar. Pada sidang media selepas itu pengerusi Prasarana, Tan Sri Isma

SPAD perkenal aplikasi MeterON tingkat mutu perkhidmatan teksi

Image
Dalam usaha meningkatkan mutu perkhidmatan teksi, Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) pada Rabu melancarkan aplikasi "Meter On". Aplikasi Meter On sesuai digunakan untuk telefon bimbit Android dan iOS dan boleh dimuat-turun menerusi Google Play secara percuma. Aplikasi Meter On dilengkapi enam ciri utama, iaitu pengesahan pemandu, penjejak perjalanan, anggaran tambang, penilaian pemandu, isyarat kecemasan (SOS) dan maklum balas/aduan. Setakat ini lebih 50 ribu teksi di seluruh Semenanjung telah berdaftar dalam data aplikasi Meter On ini. Pelancaran Meter On disempurnakan oleh Pengerusi SPAD, Tan Sri Dr Syed Hamid Albar. Turut hadir ialah Ketua Pegawai Eksekutif, Mohd Nur Ismal Kamal, Ketua Pegawai Operasi, Halim Husain dan Ketua Bahagian Penguatkuasaan, Datuk Paduka Che Hasni Che Ahmad. Menurut Syed Hamid, ciri pengesahan pemandu dalam aplikasi Meter On boleh memberi jaminan keselamatan kepada penumpang. "Pengguna boleh membuat pemeriksaan sendiri samada pemandu t