Posts

3 Bulan Untuk Mengambil Kad Bantuan Teksi 1Malaysia

Image
MAKLUMAT TERKINI MENGENAI PENGAMBILAN KAD BANTUAN TEKSI 1MALAYSIA 15 April 2018 – Berikutan sambutan yang menggalakkan daripada para pemandu teksi terhadap Kad Bantuan Teksi 1Malaysia pada 13 April, Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) ingin memaklumkan bahawa warga pemandu tidak perlu risau kerana SPAD telah menyediakan 67,000 kad bantuan untuk mereka. Tambahan pula, pemandu teksi diberi tempoh selama 3 bulan (dari 16 April sehingga 16 Julai 2018) untuk mengambil kad bantuan tersebut dari pejabat-pejabat cawangan SPAD seperti yang tertera di dalam lampiran di bawah. Segala urusan pengambilan kad ini adalah tertakluk kepada waktu pejabat dan hari-hari kelepasan am setempat. Tarikh dan tempat pengambilan untuk para pemandu di Sabah dan Sarawak akan diumumkan dalam masa terdekat oleh pejabat Lembaga Pelesenan Kenderaan Perdagangan (LPKP) Sabah dan Sarawak. Semua kad bantuan akan diaktifkan setelah diambil oleh pemandu teksi dan mereka boleh membelanjakan nilai

Kenyataan SPAD mengenai insiden agihan Kad Bantuan Teksi 1 Malaysia

Image
Foto: Sairien Nafis/NSTP Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) telah mengeluarkan kenyataan mengenai insiden berebut untuk ambil Kad Kad Bantuan Teksi 1Malaysia di MAEPS,Serdang petang Jumaat. Menurutnya seramai 30 orang pemandu teksi mengalami kecederaan ringan dalam insiden itu . Pemandu-pemandu yang terlibat telah menerima rawatan serta-merta, manakala seorang lagi individu telah mengalami kecederaan dan terpaksa dibawa ke hospital bagi menerima rawatan selanjutnya. SPAD akan menanggung kos perubatan bagi individu tersebut. Anggota penguatkuasaan SPAD, PDRM dan RELA telah mengambil tindakan serta-merta untuk mengawal keadaan dan pada jam 7.00 malam keadaan sudah terkawal. Insiden yang tidak diingini ini telah berlaku akibat segelintir para hadirin yang tidak mematuhi langkah-langkah pengurusan kawalan sistematik yang disediakan apabila mereka masuk ke dewan pengambilan kad. Seramai 12,000 pemandu teksi telah hadir dan didapati sebahagian besar pe

Pemandu teksi pula dapat durian runtuh dari PM…

Image
Seramai 67,000 pemandu teksi di seluruh negara dapat khabar gembira dari Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak. Beliau mengumumkan pemberian Kad Bantuan Teksi 1 Malaysia yang bernilai RM800. Ia merupakan kad prabayar yang boleh diguna untuk membeli petrol dan NGV Petronas. Pengumuman itu dibuat dalam himpunan bersama 10,000 warga teksi di MAEPS, Serdang pada Jumaat. Najib memberitahu pemberian kad berkenaan melibatkan dana RM53.6 juta. Kad berkenaan juga membolehkan mereka mendapat kemudahan lain di bawah program kesetiaan Mesra (Petronas) termasuk pelindungan insurans kemalangan peribadi sehingga RM50 ribu. "Saya percaya dengan penggunaan kad ini pemandu teksi dapat mengurangkan kos operasi harian, dan dengan itu meningkatkan pendapatan" katanya. Satu lagi berita gembira yang diumumkan oleh Perdana Menteri pada majlis itu ialah pemandu teksi yang layak memohon Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) tetapi gagal kerana berdaftar sebagai pemilik s

Handal Indah akan kedalikan myBAS Johor Bahru

Image
SPAD MEMETERAI KONTRAK myBAS JOHOR BAHRU 11 April 2018, Johor Bahru – Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) pada hari ini telah memeterai kontrak bersama Handal Indah Sdn Bhd (Handal Indah) yang menandakan pra-pelancaran perkhidmatan myBAS Johor Bahru di bawah program Transformasi Bas Berhenti-henti (SBST). Kontrak tersebut telah ditandatangani oleh Ketua Pegawai Operasi SPAD, Puan Qamar Wan Noor, dan Pengarah Urusan Handal Indah, En. Lim Han Weng. Pemeteraian kontrak tersebut telah disaksikan oleh Menteri Besar Johor, YAB Dato’ Sri Mohamed Khaled Nordin dan Pemangku Pengerusi SPAD Tan Sri Datuk Seri Utama Mohd Isa Abdul Samad. Perkhidmatan myBAS di Johor Bahru akan memperkenalkan 27 laluan utama dan perantara yang mencecah jarak perjalanan 16.8 juta kilometer setahun, dengan kekerapan setiap 20 minit berbanding kekerapan setiap 30 minit sebelum ini. Ini akan membolehkan pengguna di Johor Bahru dan kawasan sekitar untuk menikmati perkhidmatan bas yang boleh dipercayai dan se

Hak Pengguinan Tetap Menjadi Keutamaan SPAD

Image
KUALA LUMPUR, 27 MAC, 2018 – Pendirian Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) terhadap pengawalseliaan sektor e-hailing tidak berubah dengan penggabungan Grab dan Uber di Asia Tenggara. Pihak Suruhanjaya akan terus memantau dan menyelia sektor e-hailing berdasarkan rangka perundangan dan polisi yang sedia ada agar industri ini mampu berkembang sejajar dengan medan persaingan yang sihat, tahap keselamatan operasi yang baik, serta memastikan kebajikan penumpang dan pemandu sentiasa terpelihara. Bagi memastikan hak pengguna terjamin di bawah gabungan Grab-Uber, pihak SPAD akan bekerjasama dengan agensi-agensi Kerajaan seperti Suruhanjaya Persaingan Malaysia (Malaysia Competition Commission) dan badan bukan kerajaan (NGO) yang relevan agar pengguna dilindungi daripada amalan yang tidak adil. Pada masa yang sama, SPAD akan memastikan bahawa industri teksi dan e-hailing akan beroperasi dan bersaing secara adil di bawah inisiatif Program Transformasi Industri Teksi (

Akta e-hailing diwarta suku kedua 2018

Image
Dua akta bagi mengesahkan perkhidmatan e-hailing seperti Uber dan Grabcar akan diwartakan pada suku kedua tahun ini. Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Nancy Shukri berkata ia membabitkan Akta Pengangkutan Awam Darat 2017 dan Akta Lembaga Perlesenan Kenderaan Perdagangan 2017 yang telah diluluskan di Parlimen pada Julai tahun lepas. Katanya buat masa ini pihaknya perlu menyelaraskan beberapa perkara membabitkan tambang, pemeriksaan PUSPAKOM dan pembahagian kuasa antara Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) dengan Jabatan Pengangkutan Jalan sebelum e-hailing dapat dilaksanakan sepenuhnya. "Selepas mengkaji pelbagai aspek dan melakukan penyelarasan, kedua-dua akta itu akan diwartakan secara rasmi pada suku kedua tahun ini," katanya kepada pemberita selepas menyampaikan surat tawaran kelulusan bagi permit teksi individu kepada pemandu teksi di Kuala Lumpur Selasa. Turut hadir Pemangku Pengerusi SPAD Tan Sri Isa Samad. Terdahulu, seramai 300 pemand

SPAD serah lagi 300 lesen teksi individu

Image
SPAD MENYERAHKAN 300 LESEN INDIVIDU KEPADA KUMPULAN PEMANDU TEKSI YANG KELIMA DIBAWAH TITP 47 Pemandu Turut Menerima Bantuan Geran Tunai Kerajaan Sebanyak RM5,000 KUALA LUMPUR, 20 Mac 2018 – Seramai (300) pemandu teksi telah menerima lesen individu hari ini daripada Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) melalui Program Transformasi Industri Teksi (TITP). Ini adalah selaras dengan usaha Kerajaan bagi mempertingkatkan industri teksi untuk menjadi lebih responsif kepada kuasa pasaran. Menteri di Jabatan Perdana Menteri, YB Dato’ Sri Hajah Nancy Shukri yang telah menyempurnakan majlis tersebut, berkata pemberian lesen teksi individu itu adalah satu inisiatif progresif oleh Kerajaan dan SPAD untuk membuka jalan bagi menyelesaikan isu serta rungutan pemandu teksi di bawah sistem pajak yang telah lama membebankan mereka. Tambah beliau, pemberian lesen individu itu diadakan menerusi inisiatif TITP bagi menambah baik kebajikan pemandu teksi, sekali gus mewujudkan daya sa