Posts

Showing posts from September, 2013

PELAKSANAAN KOD AMALAN INDUSTRI S.P.A.D. – KESELAMATAN UNTUK PENGENDALI BAS BAGI OPERASI DI KAWASAN TANAH TINGGI

Image
PELAKSANAAN KOD AMALAN INDUSTRI S.P.A.D. – KESELAMATAN UNTUK PENGENDALI BAS BAGI OPERASI DI KAWASAN TANAH TINGGI  KUALA LUMPUR: 27 September 2013 - Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) sedang menjalankan siasatan dalaman ke atas syarikat bas yang terlibat dengan kes kemalangan Bas Henti-henti di KM 3.5 Jalan Genting Highland. SPAD akan meneliti secara terperinci segala aspek keselamatan dan pengurusan penyelenggaraan syarikat tersebut. Memandangkan kepentingan aspek keselamatan bagi pengendali bas di kawasan tanah tinggi, SPAD telah mengeluarkan Pekeliling mengenai pelaksanaan kod amalan industri bagi keselamatan pengendali bas yang beroperasi di kawasan tanah tinggi. Pekeliling ini amat penting sebagai makluman dan rujukan semua pengendali bas di kawasan tanah tinggi berhubung dengan pelaksanaan Kod Amalan Industri (ICOP) SPAD - Keselamatan. Antara keperluan yang terkandung di dalam pekeliling yang telah diwajibkan bagi kenderaan adalah seperti Pemasangan Glob

Ramai graduan sertai penguatkuasaan SPAD

Image
Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) menerima 15,000 permohonan untuk jawatan pegawai penguatkuasa menerusi iklan di laman webnya baru-baru ini, dan daripada jumlah itu 750 disenarai pendek tetapi hanya 94 yang berjaya terpilih. Daripada 98 orang itu yang terpilih menjalani kursus asas dan induksi selama lima minggu, 46 daripada mereka adalah graduan daripada pelbagai bidang, antaranya forensik, kimia, kejuruteraan, statistik dan macam-macam lagi. Pengerusi SPAD, Tan Sri Syed Hamid berkata, berikutan jumlah permohonan yang ramai dan dalam menghadapi masa depan yang penuh mencabar, SPAD menitikberatkan kualiti daripada kuantiti dalam pengambilan tenaga kerja. “Buat masa sekarang SPAD cuma ada 402 orang penguatkuasa. Kita tidak mampu mempunyai jumlah yang ramai seperti Polis DiRaja Malaysia (PDRM) dan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ). “Berdasarkan kekangan ini, kita harus bijak memilih. Syarat pemilihan kini lebih ketat. Memandangkan semakin ramai orang mahu menyertai SPAD, kita bo

Skim Pinjaman TEKS1M - BSN hanya luluskan 85 permohonan!

Image
Skim Pinjaman TEKS1M - BSN hanya luluskan 85 permohonan! Daripada 1,000 pemandu teksi yang telah mendapat lesen teksi individu, hanya 85 sahaja yang pinjamannya diluluskan oleh Bank Simpanan Nasional (BSN) setakat ini dan hal ini membimbangkan Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD). Sehubungan itu, Pengerusi SPAD, Tan Sri Syed Hamid Albar memohon agar BSN menyegerakan proses kelulusan pinjaman kepada pemandu teksi yang sudah mendapat lesen individu untuk membeli Proton Exora sebagai TEKS1M. "Kami mensasarkan 200 kenderaan TEKS1M dapat berada di atas jalan sebelum akhir September dan selebihnya menjelang akhir tahun. Tetapi berdasarkan maklumat yang kami dapat, setakat hari ini BSN cuma meluluskan 85 permohonan sahaja. "Saya faham bank amat berhati-hati dalam meluluskan pinjaman. Tetapi saya berharap semua permohonan pinjaman TEKS1M dapat disegerakan prosesnya. Kami akan memantau BSN untuk melihat apakah masalah yang menjadi punca kelewatan kelulusan i

Kerajaan tambah RM160billion untuk projek berkaitan rel menjelang 2020.

Image
Kerajaan telah melaburkan lebih RM50billion dalam projek-projek berkaitan rel sejak 1990 dan dijangka membelanjakan tambahan RM160 bilion menjelang 2020, kata Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak. Katanya berikutan perkembangan pesat industri rel, aplikasi infrastruktur pintar boleh mengurangkan kos dan meningkatkan tahap keselamatan serta kebergantungan pada industri pengangkutan awam. "Aspek paling kritikal ialah melatih tenaga mahir dalam industri rel untuk memastikan pembinaan dan operasi berjalan mengikut jadual yang ditetapkan. "Industri rel memerlukan pekerja terlatih untuk pembinaan trek, kemudahan dan lain-lain infrastruktur penyelidikan dan pembangunan, serta pengeluaran peralatan komunikasi dan isyarat.  Di samping itu banyak kekosongan perlu diisi di mana projek MRT sahaja dijangka mewujudkan lebih 130,000 peluang pekerjaan," katanya. Najib berkata demikian ketika berucap merasmikan Persidangan Industri