Posts

Showing posts from January, 2015

SPAD perkenal konsep baru bas henti-henti di lima ibu negeri

Image
Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) telah memeterai perjanjian dengan Cityliner Sdn Bhd dan MARA Liner Sdn Bhd untuk memperkenalkan konsep baru perkhidmatan bas henti-henti yang berasaskan konsep ‘network planning’ bagi Seremban dan Kangar. Menerusi skim Transformasi Perkhidmatan Bas Henti-henti (‘SBST’) rakyat akan menikmati perkhidmatan yang lebih cekap dan boleh dipercayai. Skim ini akan dilancarkan pada bulan April bagi Seremban, manakala Perlis pada bulan Jun 2015. Skim ini juga dijangka akan diperkenalkan di Ipoh, Kuala Terengganu dan Kuching pada tahun ini. Projek bernilai RM100 juta yang melibatkan lima ibu negeri ini dibiayai sepenuhnya oleh Kerajaan Persekutuan. Projek ini akan meningkatkan akses kepada perkhidmatan bas di kelima-lima bandar di mana bas henti-henti akan menjadi tunjang kepada sistem perkhidmatan awam. Menjelang 2020, projek ini dengan kerjasama rapat kerajaan negeri akan dilaksanakan di kesemua daerah di seluruh negara. Pada majlis pemeterian

SPAD akan nilai kerosakan pengangkutan awam akibat banjir

Image
Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) akan ke Kelantan Jumaat ini bagi menilai kerosakan pengangkutan awam di negeri itu yang terjejas akibat banjir sebelum mengesyorkan bentuk atau jumlah peruntukan bantuan yang boleh diberikan oleh kerajaan kepada mereka. Pengerusi SPAD, Tan Sri Dr Syed Hamid Albar berkata, pengangkutan awam yang dimaksudkan itu membabitkan perkhidmatan rel, teksi/kereta sewa, bas henti-henti dan bas sekolah. “Buat masa ini saya tak tahu sejauh mana kerosakan itu. Apa yang saya tahu banyak bas ekspres, henti-henti, bas sekolah serta kereta sewa yang musnah atau mengalami kerosakan teruk akibat banjir. Kita akan minta mangsa terbabit mengemukakan kepada SPAD nilai kerosakan sebelum kami mengesyorkan bantuan kepada kerajaan,” katanya. Syed Hamid berkata demikian kepada pemberita selepas menerima sumbangan bernilai RM126,500 daripada pengendali-pengendali industri pengangkutan awam dan badan bukan kerajaan untuk diserahkan kepada mangsa banjir di ibupe