Posts

Showing posts from January, 2016

Maklum balas SPAD berkaitan video viral yang memaparkan salah laku pemandu bas ekspres

Image
31 Januari, 2016 - Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD atau ‘Suruhanjaya’) ingin merujuk kepada video yang telah dikongsikan di media sosial baru-baru ini berkaitan salah laku pemandu bas ekspres yang telah mengasari penumpang pada Januari 25, 2016 ketika di dalam perjalanan dari Melaka ke Pulau Pinang.  Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat ingin merakamkan rasa kesal atas pengalaman buruk yang telah dialami oleh penumpang tersebut. SPAD memandang serius perkara ini dan telah berhubung dengan penumpang terlibat bagi merekodkan kenyataan beliau.  SPAD juga telah menggesa beliau untuk membuat laporan Polis dan susulan itu, laporan telah dibuat pada 28 Januari, 2016 di Balai Polis Melaka Tengah. SPAD akan terus menyokong dan berkongsi maklumat berkaitan pemandu dan pengendali terlibat dengan Polis Diraja Malaysia (PDRM).  Ini adalah untuk memastikan tindakan tegas dan pantas dapat diambil terhadap pemandu yang tidak bertanggungjawab tersebut.  SPAD juga telah mengarah

Penambahbaikkan 7 laluan RapidKL dan Nadi Putra bermula 1 Februari 2016

Image
Kuala Lumpur, 29 Januari 2016 – Dalam usaha berterusan untuk menambahbaik perkhidmatan laluan bas di bawah Penyusunan Semula Rangkaian Bas Henti-Henti (BNR), SPAD akan mengatur semula 7 laluan bas di koridor Sungai Besi dan koridor Jalan Klang Lama yang kini dikendalikan oleh Metrobus kepada Nadi Putra dan RapidKL berkuatkuasa 1 Februari 2016.  Langkah ini telah diambil bagi memastikan penumpang di kawasan permintaan tinggi di koridor Sungai Besi dan koridor Jalan Klang Lama akan menerima perkhidmatan yang lebih baik.  Pengaturan semula laluan bas adalah seperti berikut:  1. Laluan 523 (Dengkil - IOI City Mall melalui Putrajaya/Cyberjaya) akan dikendalikan oleh Nadi Putra dan disusun semula sebagai Laluan 521 yang bermula dari Dengkil ke IOI City Mall melalui Putrajaya. Perkhidmatan ini akan beroperasi dari pukul 6:30 pagi hingga 11:00 malam dengan kekerapan 30 minit.  2. Laluan 608 (IOI Mall Puchong - Dengkil melalui Pulau Meranti) akan dikendalikan oleh Nadi Putra dan d