SPAD serah lagi 300 lesen teksi individu

SPAD MENYERAHKAN 300 LESEN INDIVIDU KEPADA KUMPULAN PEMANDU TEKSI YANG KELIMA DIBAWAH TITP

47 Pemandu Turut Menerima Bantuan Geran Tunai Kerajaan Sebanyak RM5,000



KUALA LUMPUR, 20 Mac 2018 – Seramai (300) pemandu teksi telah menerima lesen individu hari
ini daripada Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) melalui Program Transformasi Industri
Teksi (TITP). Ini adalah selaras dengan usaha Kerajaan bagi mempertingkatkan industri teksi untuk
menjadi lebih responsif kepada kuasa pasaran.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, YB Dato’ Sri Hajah Nancy Shukri yang telah menyempurnakan
majlis tersebut, berkata pemberian lesen teksi individu itu adalah satu inisiatif progresif oleh
Kerajaan dan SPAD untuk membuka jalan bagi menyelesaikan isu serta rungutan pemandu teksi di
bawah sistem pajak yang telah lama membebankan mereka. Tambah beliau, pemberian lesen
individu itu diadakan menerusi inisiatif TITP bagi menambah baik kebajikan pemandu teksi, sekali
gus mewujudkan daya saing yang lebih sihat di pasaran masa kini.

Kumpulan kelima penerima lesen individu pada hari ini telah melalui proses saringan yang ketat oleh Suruhanjaya dengan kerjasama Polis Diraja Malaysia dan Jabatan Pengangkutan Jalan serta menepati syarat-syarat kelayakan pelesenan SPAD. Penerima lesen individu kumpulan kelima ini terdiri daripada 159 pemandu teksi dan 142 pemandu kereta sewa.

Daripada jumlah itu, 52% pemandu adalah daripada Lembah Klang dan Negeri Sembilan, 24% daripada Pulau Pinang dan Pulau Langkawi, dan 23% daripada Melaka dan Johor Bahru. Tambahan lagi, 74 daripada penerima lesen individu pada kali ini turut menerima geran tunai Kerajaan sebanyak RM5,000 bagi membantu mereka membeli kenderaan baru. Geran ini merupakan
sebahagian daripada RM150 juta yang telah diperuntukkan oleh Kerajaan untuk pemegang lesen
individu yang layak seperti mana yang telah diumumkan oleh YAB Perdana Menteri ketika Pembentangan Bajet 2017.

Sejak dilaksanakan, seramai 2,493 pemandu teksi telah menerima lesen individu dan sebanyak 82
Geran Tunai kerajaan yang bernilai RM410,000 telah diberikan kepada pemandu teksi yang layak.
(Bilangan ini adalah setakat 3 Jan 2018.)

Pindaan kepada Akta Pengangkutan Awam Darat 2010 yang telah diluluskan oleh Parlimen pada
Julai 2017 akan membolehkan penyeragaman peraturan syarat-syarat sewa pajak yang akan dikawal
selia oleh SPAD. Ini termasuk peruntukkan bagi hari bebas sewa untuk pemeriksaan PUSPAKOM, cuti tahunan dan cuti sakit, insurans kenderaan pihak pertama, dan pembayaran balik deposit pada
pengakhiran kontrak.

Pindaan undang-undang bagi Akta Pengangkutan Awam Darat 2010 dan Akta Lembaga Perlesenan
Kenderaan Perdagangan 1987 telah pun diluluskan di peringkat Dewan Rakyat pada akhir Julai lalu
dan akan diwartakan pada suku ke 2, 2018.

Untuk maklumat lanjut mengenai TITP, sila rujuk www.spad.gov.my/ms/pusat-media/kenyataan-
media/2016/spad-memperkenalkan-perancangan-untuk-mempertingkatkan-industri atau hubungi

SPAD (Hotline: 1-800-88-7723 atau titp@spad.gov.my.




Comments

Popular posts from this blog

LRT3 dari Bandar Utama ke Klang dibina tahun depan dan siap 2020

3 Bulan Untuk Mengambil Kad Bantuan Teksi 1Malaysia

30 minit dari Putrajaya ke KL bila MRT siap