Posts

Showing posts from February, 2015

Sepanjang Januari-Februari 526 teksi dikesan tak guna meter dan 102 disita

Image
Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) telah menahan 526 Teksi Tak Guna Meteri (TGM) sejak awal Januari tahun ini. Daripada jumlah itu 102 teksi telah disita dengan berpandukan kepada peruntukan di bawah Seksyen 81 Akta Pengangkutan Awam Darat (APAD) 2010. Ketua Bahagian Penguatkuasaan SPAD, Datuk Paduka Che Hasni Che Ahmad berkata, daripada 102 teksi itu, 15 buah telah disita dalam operasi TGM yang dijalankan pada Rabu. Katanya, kes teksi TGM disiasat di bawah seksyen 22 APAD 2010 dan jika sabit kesalahan, boleh didenda tidak kurang RM1,000 dan tidak lebih RM500 ribu atau penjara dua tahun atau kedua-duanya sekali. Menurut Hasni, hukuman berat dikenakan untuk memastikan pemandu teksi lebih bertanggungjawab dan tidak menipu penumpang terutama pelancong dan rakyat tempatan. “Tindakan sita lebih berkesan kerana jika dikeluarkan notis sahaja, mereka ambil mudah,” katanya kepada  media selepas tamat operasi berkenaan. Operasi TGM yang bermula sejak awal tahun ini d

MRT Sungai Buloh-Kajang siap 2017

Image
Pengerusi Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD), Tan Sri Dr Syed Hamid Albar berkata, pembinaan jajaran 1 MRT Sungai Buloh-Kajang adalah mengikut jadual dan kini 60 peratus siap dan ia dijangka siap sepenuhnya menjelang 2017. Katanya lagi, penyambungan LRT Jajaran Ampang pula sudah mencapai tahap 65 peratus dan LRT Kelana Jaya 77 peratus. Fasa pertama dijangka siap sepenuhnya pada Oktober tahun ini dan fasa terakhir pada Mac 2016. “Pada masa akan datang, Kuala Lumpur akan mempunyai kesalinghubungan yang lebih baik apabila semua projek MRT, LRT dan keretapi laju KL-Singapura siap. Pada masa itu semua orang akan lebih suka menggunakan pengangkutan awam sebagai mod utama daripada memandu kenderaan sendiri,” katanya. Syed Hamid berkata demikian ketika melancarkan ikon baharu Express Rail Link (ERL) di Kuala Lumpur, pada Khamis. Turut hadir ialah Ketua Pegawai Eksekutif SPAD, Mohd Nur Ismal Mohamed Kamal dan Ketua Pegawai Eksekutif ERL, Noormah Mohd Noor. Ikon terbahar

Pemberhentian Penggunaan Hentian Bas Greenwood Sebagai Hentian Bas Ekspres Sementara

Image
Pemberhentian Penggunaan Hentian Bas Greenwood Sebagai Hentian Bas Ekspres Sementara Kuala Lumpur, 11 Februari 2015 – Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (‘SPAD’ atau ‘Suruhanjaya’) ingin mengumunkan kepada pengguna dan pengendali bas ekspres ke Pantai Timur, bahawa penggunaan hentian bas Greenwood sebagai hentian bas ekspres sementara akan dihentikan selepas 8 Mac, 2015. Pengendali bas ekspres telah diarahkan untuk memindahkan operasi ke Terminal Bersepadu Selatan (TBS). Orang awam yang mahu ke Pantai Timur dinasihatkan menggunakan perkhidmatan bas ekspres di TBS bagi keselamatan, keselesaan dan kemudahan mereka. Penurunan dan pengambilan penumpang di hentian Greenwood juga menyumbang kepada kesesakan jalan raya di kawasan tersebut dan menambahkan risiko keselamatan terhadap pengguna jalan raya serta penumpang.   Suruhanjaya juga menggalakkan orang ramai yang mahu ke Pantai Timur supaya menggunakan perkhidmatan LRT dan KTM Komuter yang berintegrasi dengan TBS. Pengguna bas da