Hak Pengguinan Tetap Menjadi Keutamaan SPAD




KUALA LUMPUR, 27 MAC, 2018 – Pendirian Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD)
terhadap pengawalseliaan sektor e-hailing tidak berubah dengan penggabungan Grab dan
Uber di Asia Tenggara.

Pihak Suruhanjaya akan terus memantau dan menyelia sektor e-hailing berdasarkan rangka
perundangan dan polisi yang sedia ada agar industri ini mampu berkembang sejajar dengan
medan persaingan yang sihat, tahap keselamatan operasi yang baik, serta memastikan
kebajikan penumpang dan pemandu sentiasa terpelihara.

Bagi memastikan hak pengguna terjamin di bawah gabungan Grab-Uber, pihak SPAD akan
bekerjasama dengan agensi-agensi Kerajaan seperti Suruhanjaya Persaingan Malaysia
(Malaysia Competition Commission) dan badan bukan kerajaan (NGO) yang relevan agar
pengguna dilindungi daripada amalan yang tidak adil.

Pada masa yang sama, SPAD akan memastikan bahawa industri teksi dan e-hailing akan
beroperasi dan bersaing secara adil di bawah inisiatif Program Transformasi Industri Teksi
(TITP) yang bertujuan meningkatkan tahap profesionalisme dan daya saing teksi
konvensional.

-Tamat–

Comments

Popular posts from this blog

LRT3 dari Bandar Utama ke Klang dibina tahun depan dan siap 2020

Lapan maut - SPAD gantung permit pengendali