Posts

Showing posts from October, 2013

Suasana sekitar Mengo-SPAD Green Hunt 2013

Image
MENGO-SPAD GREEN HUNT 2013   SPAD in collaboration with MENGO, a network of 22 Environmental Civil Society groups in Malaysia  is organising a Green Hunt, which will focus on public transportation and the 3Rs – Reduce, Reuse, and Recycle. This public event, will be held in conjunction with the Malaysian National Environmental Week.  Venue           :       Main Foyer of Platinum Sentral (SPAD HQ)                              Platinum Sentral,                              Jalan Stesen Sentral 2,                              Kuala Lumpur Sentral,                              50470 Kuala Lumpur   Date             :        Sunday, 27 October 2013

Program Interaksi bersama pengguna (SPAD)

Image
Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) menjangkakan struktur kadar tambang baharu perkhidmatan teksi untuk seluruh Semenanjung akan diumumkan  pada suku pertama tahun depan. Pengerusi SPAD, Tan Sri Syed Hamid Albar berkata, hasil penyelidikan dan kajian yang telah dan sedang dijalankan dengan pihak-pihak berkepentingan menunjukkan kos mengendalikan teksi meningkat sejak semakan kadar tambang kali terakhir dibuat empat tahun lalu. "Kali terakhir semakan dibuat ialah pada 2009. Maka langkah SPAD untuk mengemukakan struktur baharu tambang teksi untuk semua kelas adalah tepat pada masanya," katanya pada sidang media selepas merasmikan program Interaksi Bersama Pengguna dan Industri Teksi - Kajian Kadar Tambang Teksi di Kuala Lumpur, Jumaat Menurut Syed Hamid, kajian yang sedang dilaksanakan oleh SPAD di seluruh negara dijangka selesai pada penghujung tahun ini. "Perbincangan dan kajian dengan pihak-pihak yang berkepentingan seperti pengusaha dan pemandu

TEKS1M sudah mula beroperasi!

Image
Setelah menanti hampir setengah tahun sejak pengumuman mengenainya dibuat, akhirnya perkhidmatan Teksi 1Malaysia (TEKS1M) yang menggunakan model Proton Exora dilancarkan di Terminal Bersepadu Selatan (TBS) di Kuala Lumpur, pada Jumaat. Majlis pelancaran yang diadakan secara sederhana tetapi signifikan itu dirasmikan oleh Ketua Pegawai Eksekutif Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD), Mohd. Nur Ismal Mohamed Kamal. Pada pelancaran itu, 50 unit TEKS1M Proton Exora dilepaskan untuk memulakan operasi di Lembah Klang. Menjelang hujung tahun ini, 1,000 unit akan beroperasi bukan sahaja di Lembah Klang, tetapi juga di Johor Bahru dan Pulau Pinang Menurut Mohd Nur, TEKS1M adalah kelas perkhidmatan baru yang diperkenalkan oleh SPAD dalam melaksanakan agenda transformasi industri teksi di negara ini. Walaupun lebih cantik dan canggih serba-serbi, TEKS1M masih mengenakan tambang teksi bajet. "Kita mensasarkan sejumlah 7,500 teksi bajet, eksekutif dan premi