KTMB, SPAD teliti tata cara operasi koc wanita

Pelekat menandakan koc wanita ketika
tinjauan lelaki duduk di koc khas wanita
dalam KTM komuter di sekitar
Lembah Klang, baru-baru ini.
 - UTUSAN ONLINE/SURIYA BONMA
KUALA LUMPUR 23 Feb. - Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) sedang meneliti semula tata cara pengoperasian koc wanita dalam perkhidmatan KTM-Komuter bagi memastikan penggunaan kemudahan itu dapat dikhaskan untuk wanita sahaja.

Ketua Pegawai Eksekutif KTMB, Mohd. Rani Hisham Samsudin berkata, usaha menangani isu pencerobohan koc wanita melalui usaha mendidik dan memberi kesedaran kepada orang ramai mengenai etika penggunaan koc berkenaan dimulakan sejak Khamis lalu melibatkan polis bantuan KTMB dengan Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD).

“Selain penguatkuasaan, kami menyeru orang ramai supaya lebih sensitif dengan saling memperingati antara satu sama lain tentang kepentingan koc itu untuk keselesaan kaum wanita.

Utusan Malaysia baru-baru ini melaporkan pencerobohan koc wanita perkhidmatan KTMB oleh pengguna lelaki sehingga menganggu keselesaan golongan wanita terutama yang mengandung, menyusukan anak dan warga emas yang menggunakan kemudahan itu.

Menurut Mohd Rani, pencerobohan itu tidak seharusnya berlaku kerana kewujudan dua buah ‘koc merah jambu’ pada setiap kereta api itu sudah dimaklumkan secara terbuka kepada pengguna.

“Dua koc berkenaan bukan sahaja dihias dengan warna merah jambu tetapi turut dilekatkan notis ‘wanita sahaja’. Begitu juga dengan platform tempat penumpang menunggu yang ditanda dengan pelekat warna merah jambu.

“Pengumuman secara berkala di dalam gerabak dan stesen KTMB juga dilakukan, begitu juga dengan hebahan melalui surat khabar, majalah, media sosial, televisyen dan radio,’’ katanya. - BERNAMA

Comments

Popular posts from this blog

LRT3 dari Bandar Utama ke Klang dibina tahun depan dan siap 2020

3 Bulan Untuk Mengambil Kad Bantuan Teksi 1Malaysia

30 minit dari Putrajaya ke KL bila MRT siap